Khir Rahman

Pelakon, pengarah, penyanyi dan penulis skrip Malaysia

Khairulizam "Khir" Abdul Rahman (lahir 12 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh terkenal, Allahyarham Dato' A. Rahman Hassan dan Allahyarhamah Datin Azizah Mohamad. Beliau menyerlah melalui filem pertama arahannya, ...Dalam Botol dan watak sebagai Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Beliau mempunyai seorang adik bernana Khairulazmi Abd Rahman.

Khir Rahman
Ketika melakonkan watak Kemawas dalam Hikayat Merong Mahawangsa, bersama Stephen Rahman-Hughes (kanan)
Kelahiran
Khairulizam bin Abdul Rahman[1]

(1973-03-12) 12 Mac 1973 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengarah, pemuzik, komposer, penulis skrip, pengacara
Tahun aktif1996–kini
PasanganSiti Jasmina Ibrahim (k. 2002)
Anak-anak2
Ibu bapaDato' A. Rahman Hassan (bapa)
Datin Azizah Mohamad (ibu)
Datin Fadilah Mansor (ibu tiri)
SaudaraKhairulazmi Abd Rahman (adik)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Khairulizam bin Abdul Rahman pada 12 Mac 1973 dan merupakan anak kepada pasangan penyanyi Pop Yeh-Yeh, iaitu Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad. Membesar di Johor, darah seni itu mengalir kuat di badannya sehingga kini.

Kerjaya sunting

Teater sunting

Memulakan langkah beliau dalam bidang seni melalui teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Antara teman - teman seangkatan beliau ialah Zul Huzaimy, Adlin Aman Ramlie dan anak kepada seniwati Mariani, Melissa Saila.

Beliau kembali semula ke pentas teater apabila mendapat tawaran untuk menjayakan watak Aduka dalam teater Semerah Padi. Beliau bergandingan dengan Fauzi Nawawi dan Jue Aziz[2].

Muzik sunting

Khir Rahman juga popular sebagai komposer lagu-lagu etnik kreatif. Lagu ciptaannya yang paling popular adalah Mahligai Permata nyanyian Siti Nurhaliza yang dipetik daripada album Sahmura pada tahun 2000. Khir juga pernah merakamkan album solo pada tahun 2004 di bawah label MIG Music yang berjudul Filsafat.

Khir Rahman juga pernah menjadi vokalis kumpulan Iklim menggantikan Saleem dan Azmani dan sempat merakamkan lagu 'Pergimu Satu Tanda'[3]

Filem sunting

Beliau akhirnya ditawarkan berlakon dalam filem Puteri Gunung Ledang, membawa watak Tun Mamat. Impak dari lakonan beliau dalam filem itu, beliau menerima tawaran pada tahun berikutnya dengan 3 filem ditayangkan pada 2005.

Beliau sering mendapat tawaran berlakon menerusi pengarah Mamat Khalid dan Afdlin Shauki. Nama beliau mula menjadi sebutan selepas lakonan berhasil beliau dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai Kemawas.

Pengarahan sunting

Sebagai seorang penulis cerita, beliau turut bersama - sama dalam menghasilkan filem Syaitan.

Peluang sebagai pengarah tiba apabila beliau ditawarkan oleh penerbit, Raja Azmi untuk mengarah filem kontroversi, ...Dalam Botol. Hasil pengarahan beliau, filem ini mendapat sambutan di luar negara dan menaikan nama beliau dalam bidang pengarahan.[4] Beliau seterusnya mengarahkan filem keduanya, drama romantik Balada Pencinta yang dibintangi oleh Johan As'ari dan Siti Saleha.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Khir berkahwin dengan novelis dan penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim pada 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata.[6][7]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pengarah Penulis Pelakon
2002 Anak Mami The Movie       Awang Filem pertama
2004 Hooperz       Wan Zubair
Puteri Gunung Ledang       Tun Mamat
2005 Potret Mistik       Hayden
Pontianak Harum Sundal Malam II       Tok Urut
Rock       Jijo Alfonso Pareira Abdullah @ Jijoe
2006 Gubra       Ki
Bilut       Wan Mat
2007 Syaitan       Sebagai cerita asal
2008 Cuci       Wira
Los dan Faun       Amran Askor
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang       Nakhoda Galigor
2010 Kapoww       Faizal Borhan @ FaiBo
2011 ...Dalam Botol       Filem arahan pertama
Hikayat Merong Mahawangsa       Kemawas
2012 Pontianak vs Orang Minyak       Sudiro
2013 Rock Oo!       Jijoe Alfonso Pareira Abdullah @ Jijo
Langgar       Mail
Lemak Kampung Santan       Badrul
KL Zombi       Juri persembahan 2 Penampilan khas
Balada Pencinta      
Papadom 2       Jay Rahman
2014 Hantu Nan Sempit       Spid
Tembus       Mazri
Terbaik dari Langit       Warung Patron 1 Penampilan khas
2015 Bangunan       Juga sebagai pengarah bersama Sein Qudsi
Gangsterock Kasi Sengat      
2016 Rock Bro!       Jijoe Alfonso Pareira Abdullah @ Jijo
2017 Lebuhraya Ke Neraka       Tyson
2019 Bella & Jamie       Badrul
Till Death: Azalea's Wrath       Azman Ditayangkan eksklusif di Netflix
2020 Rock 4: Rockers Never Dai       Jijo Penampilan khas
Bulan dan Pria Terhebat       Agus
2021 10 Tips Tipu Bini       Kay
Arwah Pak Mat, Lif & AJK      
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan       Usup
Gadis Jolobu The Movie       Acong
Cikgu VS Hantu       Cikgu Samad
Abang Long Fadil 3       Presiden Republik Nusantara
2023 Bukan Hantu Biashe Biashe       Ustaz
2024 Leha       Me. TB
Ngesot      
Raja Hitam      
Padang Kertas       Juga sebagai pengarah bersama Sein Qudsi
Harimau Malaya: The Untold Journey      
The Original Gangster       Carlos

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Hati Kristal TV1
2008 Seri Budi Emas
Bilik No.13 Joe TV2 Episod: "Karipap"
2009 Mingguan Lelaki Bos Tonton
2011 Oh Yeah! Pelbagai watak Astro Warna
2012 Kias Ramadan Si Buta TV3 Episod: "Tongkat Mustaqim"
Tanah Kubur (Musim 4) Rahman Astro Oasis Episod: "Dosa Anak"
2013 Langit Yang Sama Pok Ku TV2
2014 Tanah Kubur (Musim 10) Pak Derus Astro Oasis Episod: "Aku Bukan Dayus"
2016 Gabuk Qalam TV1
2018 Gerak Khas (Musim 18) Pelbagai TV2 2 episod: "Ops Malindo" dan "Jejak"
2019–2021 Keluarga Baha Don Mat Don Viu
Black Detektif Borhan
2022 AI.5YA Pak Mail
Hilang Inspektor Munir
Anak Abah Abah Awesome TV
2023 Nenek Bongkok Tiga Tuan Tanah Viu
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Kapten Hali Astro Ria
2024 Kampung Puasa Astro Ceria
Terlanjur Cinta Pak Majid Viu
Hari Itu Dalam Sejarah TV1 Drama pendek
Ya, Cikgu! Cikgu Zaman TV3 Juga sebagai pengarah
Framed Hassan Astro Premier

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pengarah Pelakon
2010 Pabila Larut Malam     Astro Prima
2013 4 Beradik     Along
2014 Warkah Syurga     Rahman Astro Prima
2015 Tanah Kubur: Ummah Jahiliah     Encik Khalid Astro Oasis
Hanya Suara    
Rekah     Hayat TV2
2016 Dari Kerana Mata     HyppTV
Dalam Kasut     Salleh TV3
2017 Saling     Rawan TV1
Cik Misi     TV9
Ana Anak Ibu     Mazlan Astro Citra
Mak Tak Bagi Balik     Hisham TV3
Mat So'od     Mat So'od Astro Citra
Psikosis    
Beli Adik     TV2
2018 Kampung Kuala Lambat     Saadon Astro Citra
Aku Posmen     Usop
Bebel     TV1
2019 Salam Manis     TV2
2020 Pencipta Pegang Waktu     Zaman TV3
Stesen Ke Daerah Qalbi     TV1
Koboi & Vampire     Jali BOO
2023 Heist- Dil Fitri     Dato' Jack Astro Ria
Memorealiti     Azman Metrowealth Pictures

Peserta sunting

Tahun Tajuk
2019 Muzikal Lawak Superstar
Maharaja Lawak Mega 2019

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2011 Semerah Padi Aduka

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Berita Hangit Wan Tujus Wan Tusom Astro Warna Sitkom berkonsepkan berita
2020 Rumah No. 107 Pengacara Astro Warna
2021 Borak Dulu Sampai Menang TV1 mengacara bersama Amin Idris
2022–kini Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini TV1 / TV Okey mengacara bersama Amin Idris & Wany Hasrita
2022 Gelanggang Awesome Raja Lawak Juri Awesome TV
Anak Abah Sitkom
2023 I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) Penyiasat Tetap TV3
Hiburan Minggu Ini Pengacara TV2

Animasi sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010/11 Mickey Mouse Clubhouse Mickey Mouse (Alih Suara) TV2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Harapan ...Dalam Botol Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hikayat Merong Mahawangsa Tercalon
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rock Oo! Tercalon
2022 Anugerah Seri Angkasa 2022 Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik Pencipta Pegang Waktu Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ http://aper.my/group/groups/27/articles/3205
  2. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-18.
  4. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Pilih_Khir_arah_...Dalam_Botol_2934[pautan mati kekal]
  5. ^ Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2013). Khir Rahman Terap Nilai Komersial & Seni Dalam 'Balada Pencinta' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  6. ^ "Dua cerita, satu cinta - Utusan Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.
  7. ^ "'Masih ingat asal-usul' - Harian Metro". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 2018-05-28.

Pautan luar sunting