10 Tips Tipu Bini ialah filem komedi Malaysia 2021 arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan skrip ditulis oleh Armada Al-Haq. Filem ini ialah filem pertama terbitan Awie melalui syarikat Rumah Produksi Merah miliknya dan ditayangkan di Astro First pada 7 Januari 2021.[1][2][3]

10 Tips Tipu Bini
PengarahAzizi "Chunk" Adnan
PenulisArmada Al-Haq
Dihasilkan olehAwie
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Rumah Produksi Merah
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
7 Januari 2021
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1 juta

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang tiga sahabat karib — Raffi, Kay dan Jepp yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events milik Datuk Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya, bila mereka berada di rumah, mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Pun begitu, mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Dan disebabkan mereka bertiga ini boleh dikatakan sedang mengalami masalah "Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami seangkatan itu, terbit niat untuk melakukan sesuatu tetapi dalam keadaan takut-takut. Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis pelatih yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

10 Tips Tipu Bini ialah percubaan sulung Awie sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan miliknya, Rumah Produksi Merah yang ditubuhkan pada 2020. Dalam temuramah bersama Astro Gempak, Awie menjelaskan filem ini diinspirasikan daripada kisah teman-teman sekeliling dan isu yang diketengahkan ialah hakikat sebenar yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Malaysia.[2] Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada Julai 2020.[4] Awie sendiri turut berlakon dalam filem pertama terbitannya ini dan turut menyumbangkan runut bunyi filem berjudul "Sang Kekasih" dan "Dubuk Liar", yang dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda, Wings.[1]

Keluaran dan sambutan sunting

10 Tips Tipu Bini dikeluarkan pada 7 Januari 2021 di Astro First.[2] Sejak tayangan perdana rasmi, filem ini mendapat sambutan menggalakan daripada penonton dan berjaya menduduki 5 Teratas senarai filem Astro First.[5][6]

Menulis untuk Harian Metro, Riadz Radzi menyifatkan jalan cerita filem ini "agak ringkas" dan pengakhirannya yang dianggap "kurang menarik".[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Nisa Irdina (6 Januari 2021). "Filem pertama terbitan Awie, "10 Tips Tipu Bini" ke Astro First". Cinema Online. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  2. ^ a b c Fiza Kamarudin (5 Januari 2021). "10 Tips Tipu Bini filem pertama terbitan Awie - 'Saya tak takut kecaman sebab yang kritik tu pun 'acah-acah' padahal". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  3. ^ Deel Anjer (8 Januari 2021). "Awie dedah punca suami suka tipu bini". WilayahKu. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  4. ^ a b Riadz Radzi (18 Januari 2021). "Pengakhiran kurang menarik". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 Januari 2021). "10 Tips Tipu Bini Awie dapat sambutan". Harian Metro. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  6. ^ Fiza Kamarudin (8 Januari 2021). "Baru sehari tayang, 10 Tips Tipu Bini nombor 1 di Astro First". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2021.

Pautan luar sunting