HMS Onslow (G17)adalah sebuah kapal pembinasa British yang dibina sebagai pemimpin flotilla. Kapal ini adalah dari kelas “O” kapal-kapal pembinasa yang mempunyai kelajuan tinggi (37 knot). Kapal-kapal kelas ini mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja British dalam tahun 1941.

St Vincet Sherbrook Pegawai Pemerintah HMS Onlsow Semasa Pertempuran Laut Barents
HMS Onlsow

Kapal ini mula dibina oleh limbungan kapal John Brown, Clydebank pada 1 Julai 1940 dan dilancarkan pada 21 Mac 1941. Pembinaan siap pada 8 Oktober 1941. HMS Onslow mempunyai berat standard 1,610 tan (lebih daripada berat 1,500 tan untuk kapal-kapal jkelas “O” yang lain kerana HMS Onslow dilengkapkan sebagai Pemimpin Flotilla.) Kapal ini diberikan persenjataan 4 x meriam 4.7 inci dan 1 pucuk meriam 4 inci, dan juga 4 tiub pelancar torpedo 21 inci. Selain itu, HMS Onslow mempunyai senjata lain meriam anti kapl terbang terdiri dari 4 x meriam 2 pounder , 4 x meriam 20mm Oerlikon dan 2 laras mesingan .303 inci.

HMS Onslow mencapai kejayaan semasa Pertempuran Laut Barents dalam tahun 1942 semasa mengiringi konvoi JW51B ke Rusia. Konvoi tersebut diserang dan HMS Onslow bersama kapal pengiring yang lain bersama-sama menangkis serangan daripada kapal perang dan kapal kruiser Jerman Lutzow dan Admiral Hipper. HMS Onslow sendiri mengalami kerosakan teruk akibat pertempuran ini dan pegawai pemerintahnya, Komander Robert St. Vincent Sherbrooke, cedera parah dan hilang penglihatan salah satu daripada matanya.

Tetapi disebabkan kecekalan dan keazaman kapal-kapal pengiring konvoi, Admiral Hipper terpaksa berundur. Konvoi tersebut tidak mengalami apa-apa kerosakan. Robert St. Vincent Sherbrooke kemudiannya diberikan anugerah pingat Victoria Cross kerana keberaniannya. Kesan pertempuran ini amat menyengat, Adolf Hitler naik berang dan mengarahkan semua kapal-kapal berat Tentera Laut Jerman dilucutkan senjata. Laksamana Raeder pula meletakkan jawatan sebagai panglima Kriegsmarine. Sebaliknya, berita bagaimana enam buah kapal pembinasa British berjaya menewaskan dua buah kruiser Jerman membakar semangat dan moral pasukan British.

HMS Onslow juga terlibat dalam kemusnahan kapal selam U-589 dalam bulan September 1942 apabila mengiringi konvoi PQ-18. HMS Onslow ditugaskan mengiringi konvoi JW55B ketika Pertempuran North Cape. Dalam tahun 1944, HMS Onslow mengiringi pasukan yang diserang oleh bot laju Jerman semasa Eksesais Tiger. Semasa operasi D-Day, HMS Onslow menjadi sebahagian daripada kapal pengiring yang memberikan perlindungan kepada kapal-kapal yang menyertai operasi Penaklukan Normandy.

Dalam tahun 1949, kapal ini dijual kepada Pakistan dan ditauliahkan sebagai PNS Tippu Sultan. Kapal itu berkhidmat dengan Tentera Laut Pakistan sehingga tahun 1979.