Harith Zazman (lahir Mohamad Harith Saifuzzaman; 29 Jun 1994) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Cute (Stop Lah Being So Cute)" bersama MFMF dan Loca B.[1][2] Harith juga ialah pengasas syarikat kandungan, Sterk Production.[3]

Harith Zazman
Nama lahirMohamad Harith bin Saifuzzaman
Kelahiran (1994-06-30) 30 Jun 1994 (umur 29)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, personaliti media sosial
InstrumenVokal
Tahun aktif2020–kini
Pengkarya berkait
MFMF, Loca B, Sophia Liana

Kerjaya sunting

Pada 18 Jun 2020, Harith melancarkan single pertamanya bertajuk "Stop Lah So Being Cute" dengan menampilkan kumpulan penulisan lagu dan penerbit rakaman, MFMF dan penyanyi rap, Loca B.[1][2] Single ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih 2.3 juta tontonan di YouTube.[1][2] Proses penerbitan lagu itu tercetus apabila Harith mendapat idea untuk lagu itu dari seorang gadis comel. Ia dirakamkan tidak sampai 10 minit.[1][2]

Kehidupan peribadi sunting

Harith mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju, kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian filem di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1] Beliau berkahwin dengan model, Nuramalina Ghakaskhah (yang 2 tahun lebih tua daripadanya) pada 13 Mac 2021 selepas sekian lama berkenalan di Instagram.[4][5] Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Ogos 2021.[6]

Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Farrel Ali.

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Stop Lah So Being Cute" (bersama MFMF & Loca B) 2020
"Tak Tahu" (bersama MFMF & TUJULOCA)
"Shut Up" 2021
"Alamak" (bersama Sophia Liana) 2022

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Dulu tular kereta kabel, sekarang dah jadi penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2021.
  2. ^ a b c d Nur Asyikin Mayudin (11 Julai 2020). "Penyanyi baharu, Harith Zazman dedah kisah di sebalik Cute - "Seronok dapat berkarya, duit itu datang kemudian"". mStar Online. Dicapai pada 9 April 2021.
  3. ^ Robin Augustin (26 Ogos 2020). "Bermula dari minat, pelajar kolej berjaya jana pendapatan lumayan melalui kandungan digital". FMT. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  4. ^ Azwa Rahman (14 Mac 2021). "Harith Zazman Stop Lah Being So Cute bertunang dengan kekasih hati". Astro Gempak. Dicapai pada 9 April 2021.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (14 Mac 2021). "Harith Zazman 'Cute' dah bertunang". Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2021.[pautan mati kekal]
  6. ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 Ogos 2021). "Penyanyi Cute, Harith Zazman kini suami orang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting