Hassan Adli Mohd Arshad

Dato' Haji Hassan Adli bin Mohd Arshad (Pak Aji) (17 April 1929 – 1 Oktober 1987) merupakan ahli politik di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974 bagi kawasan Bagan Datoh, Perak mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Yang Berbahagia Dato' Haji

Hassan Adli Mohd Arshad

DPCM (Perak); JSM
Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
Dalam jawatan
5 Mac 1976 – 8 Julai 1978
Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat
Dalam jawatan
5 September 1974 – 4 Mac 1976
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bagan Datok, Perak
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului olehSulaiman Bulon
Digantikan olehYahya Zakaria
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehWan Abdul Kadir Ismail
Kawasan pilihan rayaKuala Terengganu Utara
Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1969–1977
PresidenMohd Asri Haji Muda
Didahului olehMohd Asri Haji Muda
Digantikan olehAbu Bakar Umar
Duta Besar Malaysia Ke Republik Arab Mesir
Dalam jawatan
November 1978 – Oktober 1981
RajaSultan Haji Ahmad Shah
Didahului olehShahuddin Mohd Taib
Digantikan olehAbdullah Zawawi Mohamed
Butiran peribadi
Lahir(1929-04-17)17 April 1929
Perak Perak Darul Ridzuan
Meninggal dunia1 Oktober 1987(1987-10-01) (umur 58)
Parti politik Barisan Nasional (bermula 1977)
Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 1977)

Pendidikan sunting

Hassan Adli bersekolah di Sekolah Melayu Bagan Pasir dan di Madrasah Al Ulum Al Syariah di Bagan Datoh. Madrasah ini diasaskan oleh bapanya. 1941, belajar pula di Madrasah Al-Akhlak Al Islamiah, Masjid Tinggi, Bagan Serai. Mudir sekolah itu ialah Haji Abdul Rahman Arshad, sepupu kepada ayah beliau.

1954-1955 menjadi guru di madrasah bapanya di Bagan Pasir . Beliau menubuhkan Persatuan Guru-guru Sekolah Agama Rakyat Perak bersama-sama Haji Abdul Samad Noh. Beliau banyak membaca dan mengkaji pemikiran Muhammad Abduh, Hassan al Banna ,Mustafa Al-Ghalayin,Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Fadhlullah Shuhaimi, Dr. Burhanuddin Al Helmi , Ustaz Abu Bakar Baqir, Prof. Hamka, Muhammad Natsir, Hassan Bandong dan Abdul Qahar Muzakkar.

Beliau juga meminati pidato Presiden Sukarno dan penyair Angkatan 45, Indonesia, Khairil Anwar. Oleh itu beliau berkebolehan menulis rencana, sajak dan cerpen berunsur Islam.

Keluarga sunting

Hassan Adli keturunan Banjar dari Banjarmasin. Kedua-dua ibubapanya adalah dari keturunan Banjar dari Banjarmasin, walaupun ibu kepada ayahnya adalah keturunan bangsawan Pulau Kei, Sulawesi Tenggara. Bapanya, Haji Arshad bin Haji Muhammad Salleh seorang ulama besar yang berasal dari sebuah perkampungan kecil di Kei, Daerah Tual, Provinsi Maluku Tenggara di kepulauan Indonesia. Pada tahun 1918 Haji Muhammad belayar dari Banjarmasin dan menetap di Tanah Melayu. Pada 1953, Bapanya mengasaskan dan menjadi guru besar Madrasah al-Ulum as-Syar'iyyah, Batu 20 Bagan Datoh, Perak. Bapanya adalah ulama yang sangat dihormati dan mendapat pendidikan dari Mekah.

Bapanya, Haji Arshad berkahwin dengan Saiyah Ujal dari Kampung Parit Dayang, Bagan Datoh dan semasa mengerjakan haji di Mekah , Hassan Adli dilahirkan.

Pilihan raya 1955 , 1959 dan 1964 sunting

Beliau tewas ketika bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1955 di kawasan Telok Anson menentang calon Perikatan, Bahaman Samsudin. Ketika itu Bagan Datoh termasuk dalam kawasan Teluk Intan/ Hilir Perak.

Beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959 di Kuala Terengganu Utara. Tapi tewas semula dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964 di Hilir Perak. Beliau juga tewas di DUN Rungkup, Perak kepada Lope Hashim Ketong

Pemimpin PAS sunting

Pada 1953 beliau menjadi ahli PAS pada usia 24 tahun. Pada 1954 menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS.

Pada 1962, Hassan Adli menjadi Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sementara Dr. Burhanuddin Al Helmi sebagai Yang Dipertua.Semasa Tan Sri Asri Haji Muda menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1965, Hassan Adli kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua sehingga tahun 1972.

Beliau juga Setiausaha PAS Hilir Perak . PAS Hilir Perak yang ketika dipimpin oleh Dato' Othman Abdullah. PAS Bagan Datoh melahirkan ramai pemimpin seperti Haji Ahmad Ali, Ustazah Zaharah Othman, Dato' Hassan Adli dan Ustaz Jaiz Anwar. Dato' Mohd Ghazali Abdullah,ayah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo', Mufti Perak dan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS pernah mengajar di madrasah ini.

Ustaz Hassan Adli adalah Setiausaha Persatuan Guru-guru Madrasah Agama Rakyat Perak (PGMR). Ulama seperti Tuan Guru Abdul Samad Noh sering melawat madrasah ini.

Timbalan Menteri dan Menteri sunting

Pada 1974, ketika PAS bergabung dengan Barisan Nasional, beliau menganjurkan Persidangan Pengerusi-pengerusi Sekolah Agama Rakyat di Al Ulum , Bagan Pasir , Bagan Datoh bagi mengesyorkan dan merangka sukatan pelajaran sekolah agama rakyat. Persidangan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib.

Pada Ogos 1974 beliau menang Pilihan raya umum Malaysia 1974 kawasan Bagan Datoh atas tiket Barisan Nasional. Lalu Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat. Tahun 1975, menjadi perwakilan Malaysia ke Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Tahun 1976, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

Hassan Adli menang di Bagan Datoh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 sebagai calon bebas yang bertanding atas tiket BN kerana telah terpecat dari PAS pada 1977 apabila beliau mengambil keputusan berbeza dari yang diarahkan oleh pucuk pimpinan PAS. Beliau yang tidak menyertai UMNO masih mampu menewaskan calon PAS dengan meraih 14,294 undi.

Seterusnya beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Mesir[1], Sudan dan negara-negara berdekatan. Beliau menubuhkan asrama pelajar Perak/Malaysia yang bernilai RM600 ribu ketika bertugas di Kaherah. Atas usahanya, Universiti Al Azhar mengiktiraf sijil empat senawi Madrasah A Ulum, Bagan Datoh.

Beliau berjaya mengesan ulama/ penulis Kamus Marbawi iaitu Sheikh Idris Al Marbawi kelahiran Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Idris Marbawi menetap di Mesir selama 55 tahun dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan , UKM.

Pada 2 November 1985, Hassan Adli dianugerah Tokoh Sasterawan Islam oleh Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PESAKA) di Ipoh .

Atas jasa dan sumbangannya, beliau menerima gelaran Dato’ oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 1974.

Dipecat dari PAS sunting

Pada November 1977, berlaku krisis kepimpinan PAS di Kelantan apabila PAS mengundi tidak percaya terhadap Menteri Besar Kelantan, Muhamad bin Nasir. Penyokong Muhamad Nasir tidak bersetuju Muhamad Nasir ditumbangkan dan mereka merusuh di Kota Bharu. Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda selaku Ketua Whip PAS di Parlimen mengarahkan semua ahli parlimen PAS menentang Rang Undang-Undang Darurat Kelantan jika menyokong undang-undang ini maka automatik dipecat daripada PAS. Walaupun Dato' Hassan Adli memegang jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS pada waktu itu, beliau telah memilih untuk menyokong rang undang-undang tersebut dan dengan itu beliau automatik dipecat daripada PAS pada 8 November 1977.

Pada November 1977, kerajaan mengisytiharkan darurat di Kelantan dan akhirnya PAS disingkirkan dari Barisan Nasional. Pilihan raya kecil Kelantan 1978 diadakan selepas MAGERAN pada 11 Mac 1978. Akibatnya, Kerajaan PAS Kelantan yang telah berkuasa lebih 18 tahun jatuh ke tangan Barisan Nasional dan Berjasa. Pada PRK 1978, PAS memperoleh 2 kerusi manakala BN/UMNO berjaya memperoleh 31 kerusi.

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Hassan Adli Mohd Arshad
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1955 Telok Anson Hassan Adli Mohd Arshad PAS 3,812 Bahaman Samsuddin Perikatan 10,514 6,702
1959 Kuala Terengganu Utara Hassan Adli Mohd Arshad PAS 7,262 Wan Abdul Kadir Ismail Perikatan 6,535 727
Ibrahim Abdul Kadir Bebas 540
1964 Hilir Perak Hassan Adli Mohd Arshad PAS 3,845 Othman Abdullah Perikatan 7,883 4,038
Jaafar Sitik Maamor UDP 375
1964 Rungkup Hassan Adli Mohd Arshad PAS 2,565 Lope Hashim Ketong Perikatan 6,696 4,131
1974 Bagan Datoh Hassan Adli Mohd Arshad BN (PAS) 15,781 Ibrahim Karim PEKEMAS 2,208 13,573
1978 Bagan Datoh Hassan Adli Mohd Arshad BN 16,894 Abdullah Basiran PAS 2,600 14,294
Thee Ah Pow @ Thee You Min DAP 2,527

Meninggal dunia sunting

Pada 1 Oktober 1987 beliau meninggal dunia meninggalkan seorang isteri Datin Hajjah Fatimah Zaharah @ Rokiah binti Haji Nasir. Mereka mempunyai 9 orang anak; lapan perempuan dan seorang lelaki.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting