Hortikultur ialah sains dan seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap.[1] Dalam erti kata lain, hortikultur ialah salah satu cabang pertanian dengan tumpuan lebih kepada tumbuhan yang diusahakan oleh manusia sebagai makanan, tujuan perubatan, dan untuk kepuasan estetik. Terdapat dua kunci utama definisi ini yang membezakan antara tanaman hortikultur daripada tanaman lain: "tumpuan lebih kepada" dan "diusahakan oleh manusia untuk ...". Dengan itu, tanaman hortikultur adalah berbeza daripada tanaman lain dengan aras pengurusan pekerja dalam pengeluaran mereka dan kegunaan selepasnya. Tumbuhan hortikultur selalunya dibahagikan kepada yang boleh dimakan dengan kicap, iaitu yang digunakan dalam masakan atau tujuan perubatan, dan yang digunakan untuk hiasan atau tujuan estetik.[2]

Lanskap taman adalah salah satu cabang dalam hortikultur.

Etimologi sunting

Perkataan hortikultur dimodelkan selepas pertanian, dan datang dari perkataan Latin hortus,[3] iaitu kebun dan cultūra, iaitu penanaman, dari cultus, partisipel pasif lengkap untuk kata kerja colō, iaitu "Saya tanam".[4] Hortus ialah kata seasal dengan perkataan bahasa Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan bangunan) dan kata pinjaman garden (taman/kebun).[5]

Bidang kajian sunting

Hortikultur boleh dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan.[2] Istilah digunakan untuk menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu lagi berdasarkan penggunaan umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani. Contohnya, sayuran dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya dimakan mentah atau masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur, diterangkan sebagai tumbuhan yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan dengan struktur botani selalunya dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi ini, tumbuhan seperti tomato, timun, dan labu dianggap sebagai sayur walaupun secara struktur botani ia dikelaskan sebagai buah.

 
Pomologi adalah antara bidang disiplin penting dalam hortikultur.

Sejak 60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah hortikultur, banyak bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan keuntungan pengeluaran. Bidang kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai sub-disiplin.

  • Pomologi didefinasikan sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan buahan dan pokok. Pengeluaran buah termasuklah pokok buah; seperti epal, mangga, betik, dan oren, serta buah kecil; seperti strawberi, beri biru dan raspberi.
  • Olerikultur didefinasikan sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan sayur dan herba.
  • Florikultur pula ialah cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan tumbuhan di ladang atau rumah hijau untuk kegunaan bunga atau daunnya yang menarik.
  • Hortikultur persekitaran ialah cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran, sama ada dalam bangunan (indoor) atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak ceraian untuk hortikultur persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan dengan pengurusan intensif untuk kegunaan di kawasan lain.
  • Hortikultur landskap melibatkan rekaan, pemasangan, dan penyelenggaraan persekitaran dalam dan luar bangunan. Hortikultur awam melibatkan rekaan dan penyelenggaraan arboretum, taman awam dan taman botani.

Hortikultur terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi meningkatkan keadaan kesihatan manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga melibatkan penggunaan tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi mengurangkan kesakitan pesakit.

  • Hortikultur rumah melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur sebagai aktiviti rekreasi, secara umumnya oleh golongan bukan profesional seperti suri rumah.

Tanaman hortikultur sunting

Ia diterima umum oleh para penyelidik dan pendidik dalam bidang sains hortikultur bahawa tanaman hortikultur termasuklah:

Kadang-kala tumbuhan hortikultur digunakan oleh haiwan untuk mengeluarkan tanaman tersebut. Madu ialah contoh terbaik dan selalu dianggap sebagai produk hortikultur. Sutera mentah yang dihasilkan oleh ulat sutera yang memakan daun pokok mulberi (juga menghasilkan buah boleh dimakan), walau bagaimanapun sutera bukanlah satu tanaman hortikultur. Di Kanada madu dan sirap mapel keduanya dikelaskan sebagai tanaman hortikultur. Penanaman atau pengumpulan cendawan (kulat boleh dimakan) adalah antara yang selalu dikelaskan sebagai tanaman hortikultur.[6]

Produk hortikultur sunting

Produk hortikultur termasuklah segala produk, mentah atau telah diproses, yang terhasil dari industri hortikultur. Produk dari industri hortikultur yang pergi ke pasaran secara mentah (segar) sememangnya adalah produk hortikultur. Apabila ia telah jus, potong atau puri, tapai, sejukbeku, tin, kering, tersinar atau digunakan dalam ubahan hiasan (seperti dalam pengubahan bungaan), ia kekal sebagai produk hortikultur. Walaupun begitu, apabila satu produk hortikultur menjadi bahan utama dalam pengeluaran barangan lain, kategori tersebut menjadi semakin rumit. Maka, apabila epal menjadi pai epal atau yogurt dikaitkan dengan buah, produk itu boleh dianggap satu produk hortikultur dan hasil barkeri atau tenusu.[6]

Bacaan lanjut sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hortikultur. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ a b Definasi tanaman khusus Diarkibkan 2012-03-08 di Wayback Machine. Institut Nasional Pertanian dan Makanan. Jabatan Pertanian Amerika.
  3. ^ hortus. Charlton T. L. dan S. Charles. en:A Latin Dictionary di en:Perseus Project.
  4. ^ Douglas Harper. "horticulture". Online Etymology Dictionary.
  5. ^ Entry for yard Dictionary.com (presenting information supposedly from Random House Dictionary)
  6. ^ a b Mendefinasikan Hortikultur, Produk Hortikultur dan Sains Hortikultur. Diarkibkan 2012-02-03 di Wayback Machine Persatuan Antarabangsa untuk Sains Hortikultur. Dicapai 1 Februari 2012.

Pautan luar sunting