Datin Sri Zuraila Mohamed Yassin atau lebih dikenali sebagai Ilyka (lahir 17 Disember 1972) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjaya dalam industri muzik sejak 1989, beliau terkenal menerusi lagu popularnya, "Diusung Duka". Selain itu, Ilyka juga bergiat aktif sebagai pelakon dan pengacara.[2][3]

Datin Sri
Ilyka
Nama lahirZuraila binti Mohamed Yassin
Kelahiran (1972-12-17) 17 Disember 1972 (umur 51)
Johor Bahru Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman

Kerjaya sunting

Ilyka mula bergiat aktif dalam industri muzik 1989 dengan menyanyi secara serius di sekitar kampung halamannya, Johor Bahru dan mencuba nasib menjadi artis rakaman. Pada tahun 1991, Ilyka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan K3P yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Berbekalkan bakat yang ada, Ilyka menerima tawaran oleh syarikat rakaman New Southern Records (NSR) dan merakamkan album pertamanya pada tahun 1994. Lagu hitnya "Diusung Duka" mendapat tempat di hati peminat dan dimainkan di stesen radio ketika itu.[2][4]

Pada tahun 1997, Ilyka menjadi pengacara rancangan Sendaloka di TV1.[5] Beliau pernah membuat persembahan menjelang Merdeka Tahun 2000 bersama Orkestra Kebangsaan, pernah terpilih menjadi artis jemputan di persembahan istimewa An Evening with Al Jerreau di PWTC pada tahun 2000. Ilyka juga mewakili Celcom dalam persembahan istimewa di Bangladesh, persembahan koktel istimewa F1 Sepang 2001 dan persembahan makan malam istimewa West McLaren pada 2002.[2]

Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi rakaman, Ilyka kemudian mencuba nasib sebagai penyanyi di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.[1] Pada tahun 2007, beliau muncul dengan single terbaru berjudul "Bila Ada Denganmu" ciptaan Ajai.[1][6] Setelah itu, Ilyka mengundurkan diri seketika daripada kerjaya nyanyian kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya. Pada tahun 2010, Ilyka kembali kembali aktif menyanyi dengan melancarkan lagu "Sistematik" ciptaan bersama Ajai.[1] Untuk lagu ini, beliau memilih konsep teknotronik serta muzik tarian.[2][7]

Pada tahun 2016, Ilyka muncul dengan dua single baru, "Persembahan Cinta" dan "Sempurnakan Takdirku".[8][9] Pada tahun berikutnya, beliau muncul dengan lagu "My Love".[3]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Ahmad Azizi Ali dan dikurniakan seorang anak perempuan, Arisya.[1] Anaknya pernah terpilih ke World Scholars Cup Competition di Sydney, Australia pada 2019.[10]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Diusung Duka

Single sunting

Tajuk Tahun
"Diusung Duka" 1994
"Pijar"
"Dari Sudut Hati"
"Bila Ada Denganmu" 2007
"Sistematik" 2010
"Persembahan Cinta" 2016
"Sempurnakan Takdirku"
"My Love" 2018

Filemografi sunting

Teater sunting

Tahun Tajuk
2006 Puteri Gunung Ledang: The Musical

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Stesen TV
1997 Sendaloka TV1

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Norliza Mohamad Zakaria (23 Ogos 2010). "Suami izin menyanyi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2010. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  2. ^ a b c d Budiey (23 Disember 2010). "Ilyka lancarkan single terbaru Sistematik". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  3. ^ a b Norhayati Nordin (26 Februari 2018). "Ilyka tak rasa tergugat". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  4. ^ Adam Salleh (10 Disember 1994). "Ilyka beli CD sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  5. ^ Noor Sham Salleh (5 Januari 1997). "Ilyka seronok kendali Sendaloka". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  6. ^ "Misi baru Ilyka". Berita Harian. 24 April 2007. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  7. ^ Kemalia Othman (10 April 2010). "Ilyka lebih bertenaga dengan Sistematik". mStar Online. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  8. ^ Nor Akmar Samudin (12 Disember 2016). "Buah tangan Ilyka". Harian Metro. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (17 Januari 2017). "Ilyka muncul semula bukan nak bersaing". Berita Harian. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  10. ^ Rosmah Idayu (24 Ogos 2020). "Didik anak tunggal 'cintakan buku', Datin Sri Zuraila Yassin seronok kongsi ilmu dengan anak gadisnya". Nona. Dicapai pada 24 Ogos 2020.

Pautan luar sunting