Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau kini dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merupakan sebuah organisasi peringkat akar umbi bagi mentadbir dan menguruskan sesebuah kampung di Malaysia. JKKK/JPKK diketuai oleh seorang ketua kampung atau nama lainnya Tok Batin (bagi masyarakat orang asli). Dalam perkampungan tradisional Melayu, Ketua Kampung secara automatik menjadi ketua/pengerusi JKKK atau JPKK. Di beberapa tempat, ketua kampung dipangil sebagai Tok Sidang (Perak), Tok Empat (Pahang) dan Tok Dagang (Negeri Sembilan) dan Tok Penggawa (Kelantan).

Mesyuarat JKKK atau JPKK diadakan sebulan sekali dan ahli JKKK atau JPKK baik Pengerusi dan juga Setiausaha serta AjK akan mendapat elaun kehadiran mesyuarat. Turut serta bersama ialah Tok Penghulu yakni pihak perwakilan Mukim. Tok Penghulu ialah kaki tangan tetap kerajaan negeri dengan kelulusan SPM dan ke atas. Di sesebuah mukim, terdapat pejabat tok penghulu atau Balai Penghulu. Contohnya di Semenyih, terdapat Kompleks Balai Penghulu kerana menempatkan beberapa pejabat agensi kerajaan yang lain.

Tok Penghulu akan melaporkan masalah, aduan dan rayuan daripada JKKK atau JPKK kepada Pegawai Daerah. Pegawai Daerah bertanggungjawab kepada Menteri Besar di setiap negeri . Di peringkat pusat, ianya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah .[1]

Fungsi JPKK dan JPKKP sunting

Fungsi utama JKKK/JPKK dan JKKKP/JPKKP adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek/program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. JKKK/JPKK dan JKKKP/JPKKP juga adalah merupakan perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.

Pihak Berkuasa Melantik (PBM) sunting

Bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, anggota JPKK akan dilantik oleh Kerajaan Negeri masing-masing. Manakala bagi negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, anggota JPKKP akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kelam-kabut 2008 sunting

Biasanya , Pengerusi JKKK/JPKK adalah juga ketua dari Parti Cawangan sesebuah kampung sebagai contohnya dari UMNO Cawangan. Oleh itu, selepas pilihan raya 2008 diadakan, terdapat konflik pentadbiran . Menterinya waktu itu , Tan sri Muhammad Haji Muhd Taib mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) atau kini dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP). Akibatnya terdapat dua pentadbiran di sesebuah kampung dan membawa kepada perpecahan orang kampung yang serius. Antaranya ialah perebutan , tohmahan dan fitnah seperti penutupan balai raya, ambil alih tadika perpaduan , kelas fardhu ain dan pertukaran jawatankuasa surau di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKKK/JPKK enggan mematuhi arahan daripada kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat. Ahli JKKK/JPKK berasa bimbang kerana mereka daripada parti berlainan jenis , khususnya daripada parti UMNO. Beberapa bulan selepas 8 Mac 2008, fungsi JKKK/JPKK tidak bergerak dan terkejut dengan tsunami politik 2008.

Secara pentadbiran , kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat mentadbir dan menyusun semula dewan orang ramai atau balai raya. Ada pihak yang mengunci balai raya dengan rantai besi , Semua khemah kenduri-kendara , alat siaraya, kerusi meja , televisyen dan set komputer dibawa keluar dengan pelbagai alasan. Kekeliruan semakin reda apabila JKKK/JPKK akur bahawa balai raya dan surau bukan milik mana-mana parti politik. JKKKP/JPKKP terpaksa mengadakan mesyuarat di tempat lain , bukan lagi di balai raya.

Bayaran Elaun dan Kemudahan Jenis Elaun sunting

Kadar Elaun dan Kekerapan Pembayaran :

Pengerusi RM500 Setiap bulan @ 12 kali setahun

Setiausaha RM300 Setiap bulan @ 12 kali setahun

Pengendalian Mesyuarat RM100 Berdasarkan tuntutan maksimum 6 kali setahun

Kehadiran Ahli Dalam Mesyuarat RM50 Berdasarkan tuntutan maksimum 6 kali setahun

Bilangan JPKK dan JPKKP Mengikut Negeri sunting

*Data sehingga Oktober 2023

1) Melaka 316

2) Kelantan 636

3) Perak 829

4) Labuan 27

5) Johor 670

6) Pahang 542

7) Sarawak 5,976

8) Perlis 387

9) Terengganu 1,046

10) Kedah 1,025

11) Sabah 2,853

12) Selangor 373

13) Negeri Sembilan 394

14) Pulau Pinang 375

JUMLAH KESELURUHAN = 15,449

Lihat juga sunting

Rujukan sunting