Juadah bawaan (Bahasa Inggeris: "potluck") ialah perhimpunan di mana setiap tetamu menyumbang makanan yang berbeza dan unik lazimnya dimasak sendiri untuk dikongsi. [1][2]

Pelbagai makanan dalam juadah bawaan di sebuah gereja di Amerika Syarikat.

Penerangan sunting

Acara ini melibatkan mana para hadirin membawa hidangan untuk makan bersama-sama dalam sebuah majlis yang biasanya sering dianjurkan oleh kumpulan keagamaan, kejiranan atau masyarakat, kerana mereka menyederhanakan perancangan makan dan mengagihkan kos di kalangan peserta. Pengambilan makanan yang lebih kecil dan lebih tidak rasmi dengan penyediaan makanan yang diedarkan juga boleh dipanggil juadah bawaan.

Satu-satunya aturan tetap yang dipersetujui ramai ialah bahawa setiap hidangan cukup besar untuk dikongsi antara sebahagian besar (tidak semestinya semua) tetamu yang dijangka hadir. Adakalanya setiap peserta bersetuju terlebih dahulu untuk membawa hidangan tunggal, maka jamuan yang dibawa turut pelbagai. Tetamu boleh membawa apa-apa bentuk makanan, mulai dari hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut.

Mengikut negara sunting

Di Amerika Syarikat, juadah bawaan dikaitkan dengan hidangan crockpot, kaserol (sering dipanggil hidangan panas di Midwest atas), bar pencuci mulut, dan salad jello. Secara tradisinya, juadah bawaan adalah gabungan mudah hidangan yang dibawa bersama oleh peserta acara tanpa tema umum. Baru-baru ini telah melihat pertumbuhan makan malam bertemakan juadah bawaan untuk parti atau majlis-majlis khas.

Kalangan masyarakat Melayu seperti di Malaysia, Singapura dan Brunei juga turut mengamalkan keramaian sebegini untuk tujuan tertentu seperti ketika mengadakan majlis surau, perjumpaan kejiranan di balai raya ataupun ketika menghadiri rewang, majlis tahlil atau perkabungan untuk mengelakkan daripada menyusahkan si balu, keluarga si mati atau tuan rumah yang terlalu sibuk akan urusan isi rumahnya. Keramaian sebegini turut lazim di pejabat kantor apabila para pekerja mengadakan jamuan sempena hari lahir rakan sekerja, hari perayaan atau ulang tahun syarikat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Partridge, Eric and Paul Beale. A Dictionary of Slang and Unconventional English, 8th ed. (1984).
  2. ^ Bachelor, Lisa (October 4, 2002). "Surviving on a student budget". The Guardian.

Pautan luar sunting