Datuk Jumat Idris merupakan bekas Ahli Parlimen Sepanggar yang berkhidmat dalam Parlimen Malaysia ke-13 mewakili bekas partinya iaitu BN-UMNO. Pada Oktober 2023, beliau mengesahkan untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), iaitu salah satu komponen rasmi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Datuk

Jumat Idris
Anggota Parlimen
untuk P171 Sepanggar,Sabah
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh SAPP - Eric Enchin Majimbun
Digantikan oleh WARISAN - Mohd Azis Jamman
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
(tamat keahlian pada 2020)
Gagasan Rakyat
(Ahli rasmi sejak 2023)
PekerjaanAhli politik Sabah

Datuk Jumat Idris berusia 62 tahun merupakan bekas Ahli Parlimen Sepanggar dan pernah memegang jawatan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas, Penerangan Sabah.

Penglibatan diri dalam dunia politik bermula ketika beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar pada 2008 sehingga 2015.

Kemudiannya dilantik Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepanggar pada 2010 sehingga 2015.

Beliau kekal setia bersama BN meskipun ramai rakannya telah lompat parti menyertai parti pembangkang pada 2018 setelah kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Jumat pernah digantung keahlian sejak tahun 2015 sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar dan tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh parti tersebut kerana menjejaskan imej parti.

Namun Pilihan Raya Negeri Sabah, beliau diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi N 17 Darau atas tiket BN.

Kerjaya:

  • Bekas Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas, Penerangan Sabah
  • Pengerusi Eksekutif Kumpulan Kojasa Holdings
  • Pengerusi Sabah Marketing Corporation
  • Pengerusi Pemodalan Bumiputera Sabah
  • Pengerusi YayasanBumiputera Sabah
  • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Mara

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua UMNO Bahagian Sepangga (2008-2015)
  • Pengerusi BN Sepanggar (2010-2015)

Pendidikan:

  • London Chamber of Commerce & Industry