Kebakaran hutan Texas 2011

Kebakaran hutan Texas 2011 berterusan dari bulan April - Mei 2011 dan September 2011. Sehingga kini telah membakar kawasan hutan seluas 3582000 ekar di seluruh Texas , Amerika Syarikat .Antara puncanya ialah kemarau yang berterusan , perubahan iklim yang menyebabkan penumpuan luar biasa angin kencang, suhu tidak menurut musim panas, dan kelembapan yang rendah. Pada Hari Buruh, Isnin 5 September 2011, kira-kira 500 rumah telah musnah di sekitar Bastrop, TX (25 batu timur Austin) . Bastrop County Complex, yang mempunyai keluasan sehingga 26 kilometer turut terbakar.

pada 2 September 2011 di Texas

Perkhidmatan perhutanan Texas menganggarkan sejumlah 424 rumah musnah setakat ini, termasuk 300 kebakaran di timur Austin.63 kebakaran baru menyebabkan kemusnahan kawasan seluas 13,000 hektar termasuk 22 kebakaran baru yang besar.Tiada tanda kebakaran itu akan berkurangan.Jalan raya yang sepatutnya menjadi penghalang kebakaran turut terbakar.

Anggota bomba dari 43 neger dikejarkan ke sini.Dua anggota bomba terbunuh. Sukarelawan bomba Eastland, Gregory M. Simmons, 51, meninggal dunia pada 15 April ketika mengawal kebakaran 3,000 ekar (12 km 2 ) di Eastland. Sukarelawan bomba Cactus , Elias Jaquez meninggal dunia pada 20 April 2011 di Moore County.

Gabenor Texas , Rick Perry mengisytiharkan Texas sebagai "Negeri Bencana" yang bermula pada 21 Disember, 2010.Pad 16 April 2011 , permintaan Rick Perry agar Presiden AS ,Barack Obama mengisytiharkan 252 254 daerah Texas sebagai kawasan bencana kebakaran. Namun permintaan itu ditolak. Rick Perry bertanding sebagai seorang calon presiden Republikan terpaksa memendekkan kempen beliau dan kembali dari South Carolina ke Texas ekoran kebakaran itu.

Taufan Irene sunting

Timur laut Amerika Syarikat juga diancam banjir kilat ekoran dari taufan Irene. Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran banjir kilat di tengah Vermont, sebahagian New Hampshire, Maine, Massachusetts, Connecticut, Pennsylvania, New York ,utara New Jersey dan Long Island New York. [1]

Kebakaran besar sunting

Kaunti Bastrop sunting

 
Helikopter UH-60 Blackhawk cuba mengawal kebakaran

Sekitar jam 3:00 p.m. (CDT) pada 4 September, dua kebakaran bermula di utara Taman Negeri Bastrop di komuniti Circle D-KC Estates dan Kampung Taihitan.[2][3] Puncanya belum dapat ditentukan tetapi diburukkan oleh aliran keluar Ribut Tropika Lee bersama dengan kemarau luar biasa.[4] Api merebak dengan pantas, menelan 400 rumah.[3] Pada 7:30 pm 5 September, kebakaran ini telah meliputi kawasan seluas 25,000 ekar dan memusnahkan 500 rumah.

Pada pagi 7 September, Perkhidmatan Hutan Texas melaporkan yang 785 rumah semuanya telah musnah, dengan kebakaran itu cuma dapat dikawal 30 peratus. [5] Pada 8 September, jumlah rumah yang musnah mencapai 1,386 buah,[6] menjadikannya kebakaran terburuk dalam sejarah Texas.[7] Luas kawasan terbakar mencapai 34,356 ekar (139.03 km2)[8]

Rujukan sunting

  1. ^ 60 hutan Texas musnah terbakar[pautan mati kekal]
  2. ^ "Bastrop County Complex". Texas Forest Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-08. Dicapai pada 5 September 2011.
  3. ^ a b "Bastrop fire still uncontained, and it may get worse". The Gonzales Cannon. Dicapai pada 5 September 2011.
  4. ^ "Wind-driven fires kill woman, child in East Texas". The Austin American Statesman. Dicapai pada 5 September 2011.
  5. ^ "Current Texas Wildfire Situation". Texas Forest Service. Dicapai pada 7 September 2011.
  6. ^ Karen Brooks (2011-09-08). "Officials triple number of homes destroyed in Texas fire". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-08. Dicapai pada 2011-09-08.
  7. ^ Karen Brooks (2011-09-05). "Austin-area wildfire burns a record 476 homes in Texas". Reuters. Chicago Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-26. Dicapai pada 2011-09-06.
  8. ^ "Firefighters gain some control over Texas blaze". Reuters. KGMI. 2011-09-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02. Dicapai pada 2011-09-08.