Piala AFF 2022

pertandingan bola sepak antarabangsa

Piala AFF 2022 merupakan edisi keempat belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan buat pertama kalinya di bawah nama Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 (atas sebab penajaan).[1] Kejohanan ini akan berlangsung dari 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Piala AFF 2022
Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
Perincian kejohanan
Negara tuan rumahPersatuan Negara-negara Asia Tenggara Rantau ASEAN
Tarikh20 Disember 2022 – 16 Januari 2023
Pasukan10 (dari 1 sub-konfederasi)
Tempat12 (di 11 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Thailand (Kejuaraan Ke-7)
Naib Juara Vietnam
Separuh Akhir Malaysia
 Indonesia
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan26
Jaringan gol90 (3.46 per perlawanan)
Kehadiran479,571 (18,445 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Teerasil Dangda
Nguyễn Tiến Linh
(Masing-masing 6 gol)
Pemain terbaik Theerathon Bunmathan
Anugerah Permainan Bersih Malaysia
2020
2024

Thailand merupakan juara bertahan.

Format sunting

Edisi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan meneruskan format pada kejohanan 2018, perubahan daripada format 2020 yang dimainkan di tempat berpusat akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara

Dalam format kejohanan 2018, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan kedudukan ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan secara timbal balik. 10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan lima pasukan dan bermain secara sistem perlawanan dalam kumpulan, dengan setiap pasukan bermain empat perlawanan. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Undian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah, dengan separuh akhir dan perlawanan akhir akan dimainkan secara timbal balik, dengan format dua perlawanan.[2] Pemenang akan disahkan menerusi agregat, peraturan gol tempat lawan atau penalti.[perlu rujukan]

Pasukan sunting

Sembilan pasukan iatu Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam secara automatik layak ke kejohanan berikutan dari prestasi mereka dalam kejohanan.[perlu rujukan] Brunei dan Timor Leste menduduki kedudukan terendah antara semua anggota AFF, mereka akan bermain kelayakan bagi menentukan satu pasukan yang akan layak ke pusingan akhir. Brunei dan Timor Leste akan bermain perlawanan secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan yang akan dimainkan pada 2022. Australia, menjadi anggota sejak tahun 2013, namun tidak akan menyertai kejohanan.

Pasukan layak sunting

Pasukan Penampilan Prestasi Terbaik sebelumnya
  Brunei
2 Kali
Peringkat Kumpulan (1996)
  Kemboja
9 Kali
Peringkat Kumpulan (1996, 2000, 2002, 2004, 2008, 2016, 2018, 2020)
  Indonesia
14 Kali
Naib Juara (2000, 2002, 2004, 2010, 2016, 2020)
  Laos
13 Kali
Peringkat Kumpulan (1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2007, 2008, 2010, 2012, 2014, 2018, 2020)
  Malaysia
14 Kali
Juara (2010)
  Myanmar
14 Kali
Tempat Keempat (2004), Separuh Akhir (2016)
  Filipina
13 Kali
Separuh Akhir (2010, 2012, 2014)
  Singapura
14 Kali
Juara (1998, 2004, 2007, 2012)
  Thailand
14 Kali
Juara (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020)
  Vietnam
14 Kali
Juara (2008, 2018)
Huruf tebal menunjukkan juara untuk tahun itu. Huruf condong menunjukkan tuan rumah atau tuan rumah bersama untuk tahun itu.
Nota

Cabutan sunting

Cabutan untuk kejohanan dijadualkan diadakan pada jam 15:00 (UTC+7), 30 Ogos 2022 di Bangkok, Thailand.[3] Penempatan balang adalah berdasarkan prestasi setiap pasukan dalam dua edisi sebelumnya.

Pada masa cabutan, identiti pasukan yang memenangi kelayakan belum disahkan dan diletakkan secara automatik ke dalam Balang 5.

Balang 1
Pasukan
  Thailand (juara bertahan)
  Vietnam
Balang 2
Pasukan
  Malaysia
  Filipina
Balang 3
Pasukan
  Indonesia
  Singapura
Balang 4
Pasukan
  Myanmar
  Kemboja
Balang 5
Pasukan
  Laos
  Brunei (Pemenang Kelayakan)

Jadual sunting

Jadual perlawanan adalah seperti berikut.

Fasa Pusingan Tarikh Cabutan Perlawanan Pertama Perlawanan Kedua
Peringkat Kumpulan Hari Perlawanan 1 30 Ogos 2022

15:00 (UTC+7)

20–21 Disember 2022
Hari Perlawanan 2 23–24 Disember 2022
Hari Perlawanan 3 26–27 Disember 2022
Hari Perlawanan 4 29–30 Disember 2022
Hari Perlawanan 5 2–3 Januari 2023
Peringkat kalah mati Separuh Akhir 6–7 Januari 2023 9–10 Januari 2023
Pentas Akhir 13 Januari 2023 16 Januari 2023

Pegawai Perlawanan sunting

Pasukan pegawai yang akan dilantik untuk setiap perlawanan. Pegawai akan terdiri daripada pengadil, penolong pengadil dan pegawai keempat. Berikut ialah pegawai terpilih untuk perlawanan ini.[perlu rujukan]

Persekutuan Negara Pengadil
AFF   Brunei Mohammad Faisal Ali
Abdul Hakim Haidi
  Kemboja Chy Samdy
  Filipina Clifford Daypuyat
  Indonesia Nurhadi Sulchan
Thoriq Alkatiri
Bangbang Syamsudar
Kilar Ladsavong
  Laos Xaypasert Phongsanit
Souei Vongkham
  Malaysia Amirul Izwan Yaacob
Nazmi Nasaruddin
Arif Shamil Rasid
Tuan Mohd Yassin
Muhammad Usaid Jamal
  Myanmar Kaw Zawl Lwin
  Singapura Muhammad Taqi
Ahmad A'Qashah
Ronnie Koh Kiat
  Thailand Sivakorn Pu-udom
Pattarapong Kijsathit
Pansa Chaisanit
Mongkolchai Pechsri
Supawan Hinthong
Songkran Bunmeekiart
Tanate Chuchuen
Warintorn Sassadee
Torpong Somsingha
Nophuan Apichit
  Vietnam Nguyễn Trung Hậu
Ngô Duy Lân
CAFA   Uzbekistan Aziz Asimov
Timur Gaynullin
Persekutuan Negara Pengadil
EAFF   Hong Kong Tam Ping Wun
So Kai Man
  Jepun Jumpei Iida
Ryuji Sato
Hiroki Kasahara
Yosuke Takabe
Jun Mihara
Yudai Yamamoto
Kota Watanabe
Isao Nishihashi
Takumi Takagi
Yusuke Hamamoto
Yusuke Araki
  Korea Selatan Kim Jong-hyeok
Kim Dae-yong
Yoon Jae-Yeol
Kim Hee-gon
Kang Dong-Ho
Choi Hyun-jai
Kwak Seung Soon
Park Sang-Jun
Jang Jong-Pil
Song Bong-geun
Ko Hyung-jin
Bang Ki-yeol
Park Gyun-Yong
  Taipei Cina Chen Hsin-Chuan
Chen Hsiao-En
WAFF   Arab Saudi Majed Al Shamrani
Fahad Al-Amri
Mohammed Al Hoish
Alshammari Zaid
Faisal Al Qahtani
Khalaf Al Shammari
Omar Al Jamel
  Bahrain Juma Al Burshaid
  Jordan Ahmed Faisal Al-Ali
Ahmad Mansour Muhsen
Hamza Adel Abuobead
Adham Makhadmeh
Mustafa Al Kalaf
Ahmed Al Roalle
  Oman Omar Al-Yaqoubi
Hamed Talib Al Ghafri
  Emiriah Arab Bersatu Omar Mohamed Al Ali
Jasem Abdulla Al Ali
  Qatar Yousef Aref Al Shamari
Faisal Al Shammari

Skuad sunting

Skuad akhir 23 pemain (tiga daripada mereka mestilah penjaga gol) mesti didaftarkan sehari sebelum perlawanan pertama kejohanan.[perlu rujukan]

Venue sunting

Terdapat satu venue perlawanan untuk setiap negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu, dengan setiap negara mendapat dua perlawanan kumpulan yang dimainkan di stadium rumah mereka. Brunei mengadakan perlawanan tempat sendiri mereka di Stadium Kuala Lumpur di Malaysia, kerana stadium mereka tidak memenuhi piawaian.[4]

  Kuala Lumpur   Singapura   Jakarta
Stadium Nasional Bukit Jalil Stadium Kuala Lumpur[nota 1] Stadium Jalan Besar[nota 2][5][6] Stadium Gelora Bung Karno[7][8]
Kapasiti: 87,411 Kapasiti: 18,000 Kapasiti: 6,000 Kapasiti: 77,193
       
  Yangon Lokasi stadium Kejohanan AFF 2022Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Southeast Asia" does not exist.   Hanoi
Stadium Thuwunna Stadium Nasional Mỹ Đình
Kapasiti: 32,000 Kapasiti: 40,192
   
  Manila   Phnom Penh   Vientiane   Pathum Thani
Stadium Rizal Memorial Stadium Nasional Morodok Techo Stadium Nasional Baru Laos Stadium Thammasat
Kapasiti: 12,000 Kapasiti: 60,000 Kapasiti: 25,000 Kapasiti: 25,000
     
1.  Stadium untuk perlawanan terpilih.

Peringkat Kumpulan sunting

Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Pemecah Seri

Kumpulan-kumpulan tersebut ditentukan melalui pungutan mata (3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kekalahan). Jika terikat pada mata, pemecah seri digunakan dalam perintah yang berikut:[9]

  1. Jumlah pungutan mata yang lebih besar diperolehinya dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
  2. Keputusan perbezaan gol dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
  3. Jaringan gol terbanyak yang dijaringkan dalam perlawanan kumpulan antara pasukan berkenaan;
  4. Jika, selepas menggunakan kriteria 1-3, pasukan masih mempunyai kedudukan yang sama, kriteria 1-3 digunakan semata-mata untuk perlawanan antara pasukan berkenaan untuk menentukan kedudukan akhir mereka. Jika prosedur ini tidak membawa kepada keputusan, kriteria 5-7 terpakai;
  5. Hasil perlawanan langsung antara pasukan yang berkenaan;
  6. Penalti jika hanya dua pasukan yang terlibat dan kedua-duanya akan terus dimainkan di padang permainan;
  7. Cabutan undi oleh Jawatankuasa Penganjur.

Kumpulan A sunting

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1   Thailand 4 3 1 0 13 2 +11 10 Peringkat kalah mati
2   Indonesia 4 3 1 0 12 3 +9 10
3   Kemboja 4 2 0 2 10 8 +2 6
4   Filipina 4 1 0 3 8 10 −2 3
5   Brunei 4 0 0 4 2 22 −20 0
Sumber: AFF
Kemboja  3–2  Filipina
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 4,860
Pengadil: Majed Al Shamrani (Arab Saudi)
Brunei  0–5  Thailand
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 480
Pengadil: Chen Hsin-Chuan (Taipei Cina)

Filipina  5–1  Brunei
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 1,650
Pengadil: Tam Ping Wun (Hong Kong)
Indonesia  2–1  Kemboja
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 25,332
Pengadil: Ryuji Sato (Jepun)

Thailand  4–0  Filipina
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 6,567
Pengadil: Yudai Yamamoto (Jepun)

Indonesia  1–1  Thailand
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 49,985
Pengadil: Mohammed Al Hoish (Arab Saudi)
Kemboja  5–1  Brunei
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 6,169
Pengadil: Choi Hyun-jai (Korea Selatan)

Thailand  3–1  Kemboja
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 8,415
Pengadil: Omar Mohamed Al Ali (Emiriah Arab Bersatu)
Filipina  1–2  Indonesia
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 2,370
Pengadil: Ahmed Faisal Al-Ali (Jordan)

Kumpulan B sunting

Pos Pasukan P M S K JG GB PG Mt Penyingkiran
1   Vietnam 4 3 1 0 12 0 +12 10 Peringkat kalah mati
2   Malaysia 4 3 0 1 10 4 +6 9
3   Singapura 4 2 1 1 6 6 0 7
4   Myanmar 4 0 1 3 4 9 −5 1
5   Laos 4 0 1 3 2 15 −13 1
Sumber: AFF
Myanmar  0–1  Malaysia
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 4,500
Pengadil: Ahmed Faisal Al-Ali (Jordan)
Laos  0–6  Vietnam
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 10,240
Pengadil: Hiroki Kasahara (Jepun)

Malaysia  5–0  Laos
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 29,961
Pengadil: Majed Al Shamrani (Arab Saudi)
Singapura  3–2  Myanmar
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 5,370
Pengadil: Kim Jong-hyeok (Korea Selatan)

Laos  0–2  Singapura
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 1,087
Pengadil: Omar Al-Yaqoubi (Oman)

Singapura  0–0  Vietnam
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 5,434
Pengadil: Hiroki Kasahara (Jepun)
Myanmar  2–2  Laos
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 4,100
Pengadil: Aziz Asimov (Uzbekistan)

Vietnam  3–0  Myanmar
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 11,575
Pengadil: Choi Hyun-jai (Korea Selatan)
Malaysia  4–1  Singapura
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 65,147
Pengadil: Mohammed Al Hoish (Arab Saudi)

Peringkat kalah mati sunting

Gambaran sunting

  Separuh Akhir Pentas Akhir
                         
A2    Indonesia 0 0 0  
B1    Vietnam 0 2 2  
    B1    Vietnam 2 0 2
  A1    Thailand 2 1 3
B2    Malaysia 1 0 1
A1    Thailand 0 3 3  

Separuh Akhir sunting

Pasukan #1   Agg.   Pasukan #2   Tempat sendiri     Tempat lawan  
Indonesia   0–2   Vietnam 0–0 0–2
Malaysia   1–3   Thailand 1–0 0–3

Separuh Akhir Pertama sunting

Indonesia  0–0  Vietnam
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 49,595
Pengadil: Omar Al-Yaqoubi (Oman)

Malaysia  1–0  Thailand
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 62,989
Pengadil: Kim Dae-yong (Korea Selatan)

Separuh Akhir Kedua sunting

Vietnam  2–0  Indonesia
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 23,989
Pengadil: Yusuke Araki (Jepun)

Thailand  3–0  Malaysia
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 18,927
Pengadil: Adham Makhadmeh (Jordan)

Pentas Akhir sunting

Pasukan #1   Agg.   Pasukan #2   Tempat sendiri     Tempat lawan  
Vietnam   2–3   Thailand 2–2 0–1

Pentas Akhir Pertama sunting

Pentas Akhir Kedua sunting

Thailand  1–0  Vietnam
Laporan (AFFMEC)
Laporan (AFF)
Kehadiran: 19,306
Pengadil: Jumpei Iida (Jepun)

Pemenang sunting

 Juara Piala AFF 2022 
 
Thailand
Juara Ketujuh

Anugerah sunting

Pemain Terbaik Penjaring Terbanyak Pemain Muda Terbaik Permainan Bersih
  Theerathon Bunmathan   Teerasil Dangda
  Nguyễn Tiến Linh
(6 gol)
  Marselino Ferdinan   Malaysia

Statistik sunting

Penjaring gol sunting

Terdapat 90 gol dijaringkan dalam 26 perlawanan, bagi purata 3.46 gol setiap perlawanan.

6 gol

4 gol

3 gol

2 gol

1 gol

1 gol sendiri

Disiplin sunting

Dalam kejohanan akhir, seorang pemain digantung perlawanan berikutnya dalam pertandingan itu kerana sama ada mendapat kad merah atau mengumpul dua kad kuning dalam dua perlawanan berbeza.

Pemain Kesalahan Penggantungan
  Boris Kok   dalam Kumpulan A v Filipina (hari perlawanan 1; 20 Disember)
  dalam Kumpulan A v Indonesia (hari perlawanan 2; 23 Disember)
Kumpulan A v Brunei (hari perlawanan 3; 26 Disember)
  Jordi Amat   dalam Kumpulan A v Kemboja (hari perlawanan 2; 23 Disember)
  dalam Kumpulan A v Thailand (hari perlawanan 4; 29 Disember)
Kumpulan A v Filipina (hari perlawanan 5; 2 Januari 2023)
  Billy Ketkeophomphone   dalam Kumpulan B v Vietnam (hari perlawanan 1; 21 Disember)
  dalam Kumpulan B v Myanmar (hari perlawanan 4; 30 Disember)
Pasukan tersingkir dari kejohanan
  Anantaza Siphongphan   dalam Kumpulan B v Malaysia (hari perlawanan 2; 24 Disember)
  dalam Kumpulan B v Myanmar (hari perlawanan 4; 30 Disember)
Pasukan tersingkir dari kejohanan
  Maung Maung Lwin   dalam Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 2; 24 Disember)
  dalam Kumpulan B v Laos (hari perlawanan 4; 30 Disember)
Kumpulan B v Vietnam (hari perlawanan 5; 30 Januari 2023)
  Alinur Jufri     dalam Kumpulan A v Indonesia (hari perlawanan 3; 26 Disember) Kumpulan A v Kemboja (hari perlawanan 4; 29 Disember)
  Nguyễn Văn Toàn     dalam Kumpulan B v Malaysia (hari perlawanan 3; 27 Disember) Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 4; 30 Disember)
  Azam Azmi   dalam Kumpulan B v Vietnam (hari perlawanan 3; 27 Disember) Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 5; 3 Januari 2023)
Separuh Akhir Pertama v Thailand (Separuh Akhir 1; 7 Januari 2023)
  Nanda Kyaw   dalam Kumpulan B v Singapura (hari perlawanan 2; 24 Disember) Kumpulan B v Laos (hari perlawanan 4; 30 Disember)
  Sanrawat Dechmitr   dalam Kumpulan A v Indonesia (hari perlawanan 4; 29 Disember) Kumpulan A v Kemboja (hari perlawanan 5; 2 Januari 2023)
  Suphanan Bureerat   dalam Separuh Akhir Pertama v Malaysia (Separuh Akhir 1; 7 Januari 2023)
  dalam Pentas Akhir Kedua v Vietnam (Pentas Akhir 2; 16 Januari 2023)
Kejohanan tamat
  Vũ Văn Thanh   dalam Separuh Akhir Pertama v Indonesia (Separuh Akhir 1; 6 Januari 2023)
  dalam Pentas Akhir Kedua v Thailand (Pentas Akhir 2; 16 Januari 2023)
Kejohanan tamat
  Peeradon Chamratsamee     dalam Pentas Akhir Kedua v Vietnam (Pentas Akhir 2; 16 Januari 2023) Kejohanan tamat

Kedudukan akhir sunting

Kedudukan berdasarkan keputusan keseluruhan perlawanan, jika kemenangan pada penalti, keputusan hanya dicatatkan sebagai seri.

Pos Kum Pasukan P M S K JG GB PG Mt Kedudukan Akhir
1 A   Thailand 8 5 2 1 19 5 +14 17 Juara
2 B   Vietnam 8 4 3 1 16 3 +13 15 Naib Juara
3 B   Malaysia 6 4 0 2 11 7 +4 12 Tersingkir di
Separuh Akhir
4 A   Indonesia 6 3 2 1 12 5 +7 11
5 B   Singapura 4 2 1 1 6 6 0 7 Tersingkir di
Peringkat Kumpulan
6 A   Kemboja 4 2 0 2 10 8 +2 6
7 A   Filipina 4 1 0 3 8 10 −2 3
8 B   Myanmar 4 0 1 3 4 9 −5 1
9 B   Laos 4 0 1 3 2 15 −13 1
10 A   Brunei 4 0 0 4 2 22 −20 0
Sumber: AFF

Pemasaran sunting

Bola perlawanan sunting

Bola rasmi untuk edisi 2022 dipanggil BERSATU, yang ditaja oleh Warrix.[11] Ini adalah edisi kedua Warrix telah ditetapkan sebagai Pembekal Bola Perlawanan Rasmi dan Pakaian Sukan Kejohanan.[12]

Penajaan sunting

Piala AFF 2022 mempunyai "rakan kongsi" berikut:[13]

Penaja hakmilik Penaja rasmi Penyokong rasmi Rakan kongsi laman web rasmi bola sepak

Liputan media sunting

Penyiar televisyen Kejohanan AFF 2022 di Asia Tenggara
Negara Rangkaian penyiaran Televisyen Radio Penstriman
  Brunei RTB RTB Aneka RTB Go
  Kemboja FPT Play[19] Akan diumumkan
  Laos
  Indonesia MNC Media[20] RCTI[nota 3], iNews, Soccer Channel [id], MNC Sports RCTI+ [id] dan Vision+
  Malaysia Astro[21], RTM[22] Astro Arena, Astro Arena 2 TV2, TV Okey, Sukan RTM Astro Go, RTMKlik
  Myanmar FPT Play[19] Akan diumumkan
  Singapura Mediacorp[23] Saluran 5[nota 4] MeWATCH
  Vietnam FPT Play,[19] VTV[24] VTV5, VTV Cần Thơ Akan diumumkan FPT Play[nota 5], VTV Go
Penyiar televisyen antarabangsa Kejohanan AFF 2022
  Korea Selatan Sistem Penyiaran Seoul[25] SBS, SBS Sports[26][27][nota 6] SBS TV Live, saluran YouTube SBS Sports, SBS app (semua perlawanan)
Seluruh Dunia YouTube Saluran AFF Mitsubishi Electric Cup

Insiden dan kontroversi sunting

Perlawanan kumpulan B antara Malaysia dan Vietnam dicemari kontroversi, apabila pengadil Jepun Ryuji Sato yang merasmikan perlawanan memberikan keputusan kontroversi secara tiba-tiba menghadiahkan penalti kepada Vietnam berikutan pertembungan antara pemain Malaysia Azam Azmi dan pemain Vietnam Đoàn Văn Hậu di luar kotak penalti yang menyaksikan Azam dibuang padang walaupun kekasaran serupa yang dilakukan oleh Văn Hậu terhadap Azam tidak diendahkan oleh pengadil yang sama.[28][29] Aduan telah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berhubung "persepsi berat sebelah terhadap tingkah laku perasmian Sato" sejak insiden serupa juga pernah berlaku sebelum ini dalam satu lagi pertemuan Malaysia-Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 diadakan di Emiriah Arab Bersatu.[30][31] Namun begitu, lebih awal sebelum keputusan kontroversi itu dibuat; Sato telah mengumumkan bahawa 2022 akan menjadi yang terakhir dalam kerjaya pengadilnya apabila dia mengumumkan persaraannya menjelang akhir tahun.[32][33]

Sebelum perlawanan kumpulan A antara Indonesia dan Thailand, sebuah bas yang mengangkut pasukan bola sepak kebangsaan Thailand telah diganggu dan dihentikan oleh peminat hooligan yang mengakibatkan bas tersebut perlu diiring dan venue perlawanan dikawal rapi oleh Tentara Nasional Indonesia (TNI), Agensi Ketenteraman Awam (Satpol PP), bomba dan pekerja perubatan.[34][35] Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) telah menyatakan permohonan maaf mereka berhubung insiden itu dan menggesa pemimpin dan perhubungan untuk penyokong untuk terus memastikan kejadian yang tidak diingini dapat dicegah.[36]

Kerusi kehadiran untuk perlawanan pusingan separuh akhir pertama yang akan datang antara Malaysia dan Thailand di stadium Nasional Bukit Jalil hanya tersedia untuk 59,000 tempat duduk, di mana 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana konsert jelajah dunia oleh Jay Chou di mana penyanyi itu sebelum ini turut mengadakan konsert di Stadium Nasional Singapura, yang memaksa Singapura menggunakan Stadium Jalan Besar sebagai gantinya.[nota 2][5][6] Pada asalnya akan diadakan pada 3 Januari 2023, yang jatuh pada hari perlawanan yang sama antara Malaysia dan Singapura, namun ia telah ditangguhkan kepada 15 Januari 2023.[37] Kerajaan Malaysia dan FAM hampir tidak cuba membuat rundingan dan rayuan, namun keputusan itu tidak digunakan.[38] Ini telah membangkitkan beberapa peminat bola sepak Malaysia untuk melemparkan kebencian kepada akaun media sosial penyanyi itu.[39][40] Pada 7 Januari 2023, Chou akhirnya menyatakan bahawa dia boleh menangguhkan konsert itu, dengan kebenaran dari FAM.[41] Untuk melegakan kekecewaan ramai peminat bola sepak yang tidak dapat hadir kerana tempat terhad di stadium akibat isu tersebut, kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah memasang 14 skrin besar di lokasi terpilih di seluruh negara.[42]

Terdahulu sebelum perlawanan pusingan pertama antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan langkah keselamatan termasuk pemeriksaan badan serta pemeriksaan beg dan barangan akan dijalankan di setiap pintu masuk dan selepas memasuki perkarangan stadium.[43] Polis mengeluarkan senarai barang terlarang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke stadium seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, pen laser, objek tajam dan arak. Ini termasuk payung atau tongkat kaki, powerbank, botol air, pemetik api dan rokok (termasuk rokok elektronik).[43] Di sebalik langkah pencegahan ini, seperti yang dilihat semasa perlawanan, sebilangan penyokong Malaysia masih dapat menyeludup barangan terlarang ke dalam stadium apabila sebahagian daripada mereka dilihat menghalakan lampu laser hijau ke arah pemain pertahanan Thailand, Pansa Hemviboon serta ke arah muka sebelah kiri pengadil perlawanan, Kim Dae-yong, terutamanya selepas gol kedua Malaysia daripada pemain bek tengah mereka Dominic Tan telah dibatalkan oleh pengadil kerana berlanggar dengan pemain Thailand.[44][45][46]

Nota sunting

  1. ^ a b c Brunei bermain perlawanan tempat sendiri mereka di Malaysia, kerana stadium mereka tidak memenuhi piawaian.[10]
  2. ^ a b Venue dua perlawanan tempat sendiri Singapura dipindahkan ke Stadium Jalan Besar, kerana Stadium Nasional telah ditempah untuk konsert "Carnival World Tour 2022" oleh penyanyi Taiwan Jay Chou pada 17 dan 18 Disember.
  3. ^ Perlawanan Indonesia sahaja
  4. ^ Perlawanan Singapura sahaja
  5. ^ Juga di saluran YouTube FPT Play
  6. ^ Perlawanan Indonesia, Malaysia dan Vietnam sahaja

Rujukan sunting

  1. ^ a b "AFF ANNOUNCES MITSUBISHI ELECTRIC AS THE NEW TITLE SPONSOR OF AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022" (dalam bahasa Inggeris). affmitsubishielectriccup.com. 23 Mei 2022. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  2. ^ "ABOUT THE TOURNAMENT" (dalam bahasa Inggeris). www.affmitsubishielectriccup.com. 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  3. ^ "DATE OF OFFICIAL DRAW SET FOR THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". www.affsuzukicup.com (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 2022.
  4. ^ "Brunei to play home matches at KLFA Stadium in AFF meet". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-18.
  5. ^ a b Singh, Surej (13 April 2022). "Jay Chou Announces Two Concerts in Singapore This December". MNE. Dicapai pada 27 October 2022.
  6. ^ a b Lee, David (22 November 2022). "Football: Lions to play AFF C'ship home group games at Jalan Besar". The Straits Times. Dicapai pada 6 January 2023.
  7. ^ "Stadion Gelora Bung Karno Siap Gelar Piala AFF 2022 untuk Timnas Indonesia". Bolasport.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-11-29.
  8. ^ "FIFA Izinkan GBK untuk Piala AFF 2022, Larang Konser". CNNIndonesia.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-11-30.
  9. ^ "Format, Aturan, dan Jadwal Piala AFF 2022". Bola.net (dalam bahasa Indonesia). 2022-12-03.
  10. ^ "Piala AFF 2022: Tak Punya Stadion Berstandar FIFA, Brunei Akan Jamu Timnas Indonesia di Malaysia". Superball.ID (dalam bahasa Indonesia). 18 November 2022.
  11. ^ snesports.co-admin (2022-10-03). "Warrix revealed "BERSATU" Official Match ball AFF 2022". SNE Sports.Co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-08.
  12. ^ "Warrix Renews Their Partnership For Upcoming AFF Mitsubishi Electric Cup 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-08.
  13. ^ a b "AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 (Homepage)". AFF Mitsubishi Electric Cup (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-08.
  14. ^ "TIGER BROKERS UNVEILED AS AN OFFICIAL SPONSOR OF AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup. 22 August 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
  15. ^ "AFF WELCOMES YANMAR BACK AS OFFICIAL SPONSOR FOR AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup. 9 December 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
  16. ^ "HERBALIFE VIETNAM BECOMES AN OFFICIAL SUPPORTER OF THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP FOR THE SECOND TIME". AFF Mitsubishi Electric Cup. 17 November 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
  17. ^ "POCARI SWEAT ANNOUNCED AS OFFICIAL SUPPORTER OF THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP FOR 2022 AND 2024". AFF Mitsubishi Electric Cup. 25 August 2022. Dicapai pada 19 December 2022.
  18. ^ "TIKTOK ON BOARD AS OFFICIAL SUPPORTER OF THE AFF MITSUBISHI ELECTRIC CUP 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup. 22 December 2022. Dicapai pada 22 December 2022.
  19. ^ a b c "FPT Play Awarded Media Rights In Four Countries For The AFF Championship 2022". AFF Mitsubishi Electric Cup 2022. 23 May 2022.
  20. ^ "Hak Siar AFF Cup 2022 di Indonesia". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). 9 December 2022.
  21. ^ "Astro Returns As Official Broadcast Partner As AFF Mitsubishi Electric Cup Trophy Tour Lands In Malaysia". AFF Mitsubishi Electric Cup 2022. 25 October 2022.
  22. ^ "RTM siar perlawanan Piala AFF mulai hari ini - Fahmi". Sinar Harian. 27 December 2022.
  23. ^ "Mediacorp to air all AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 matches for free". CNA. 5 December 2022.
  24. ^ "VTV trực tiếp toàn bộ các trận tại AFF Cup 2022". VTV (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 2022-12-20.
  25. ^ "[AFF아세안축구선수권] '韓감독' 동남아 삼국지 박항서-신태용-김판곤 격돌, SBS스포츠 생중계" [[AFF ASEAN Football Championship] ‘Korean Coach’, the Three Kingdoms of Southeast Asia Park Hang-seo – Shin Tae-yong – Kim Pan-gon Clash, SBS Sports Live]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-12-20.
  26. ^ "2022 AFF 아세안축구선수권대회" ["2022 AFF ASEAN Football Championship"]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-12-19.
  27. ^ "2022 AFF 아세안축구선수권대회 중계안내 (12/21~)" ["2022 AFF ASEAN Football Championship Broadcast Guide (12/21~)".]. SBS (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2022-12-19.
  28. ^ Kin Fai, Ooi (27 December 2022). "Malaysia fall to Vietnam in controversial AFF Cup match". New Straits Times. Dicapai pada 30 December 2022.
  29. ^ Looi, Sylvia (29 December 2022). "AFF Cup: Japanese referee draws ire of Malaysians after controversial red for defender in Vietnam clash". The Malay Mail. Dicapai pada 30 December 2022.
  30. ^ Azharie, Farah (29 December 2022). "Malaysia file complaint against Japanese referee". New Straits Times. Dicapai pada 30 December 2022.
  31. ^ "Malaysia Sudah Dua Kali Bermasalah dengan Wasit Ryuji Sato" [Malaysia has had problems with referee Ryuji Sato twice]. CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 28 December 2022. Dicapai pada 30 December 2022.
  32. ^ "AFF Cup 2022: Trọng tài bắt chính trận Việt Nam - Malaysia nghỉ hưu" [AFF Cup 2022: The referee of the Vietnam - Malaysia match retires]. VTV (dalam bahasa Vietnam). 29 December 2022. Dicapai pada 31 December 2022.
  33. ^ Cuong, Kim (31 December 2022). "Trọng tài bắt chính trận Việt Nam - Malaysia giải nghệ" [The referee of the match between Vietnam and Malaysia retired]. Đời sống Việt Nam.vn (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 31 December 2022.
  34. ^ Afifa, Laila; Mohammad Nugraha, Ricky (29 December 2022). "AFF Cup; Jakarta Police Investigate Thailand Team Bus Incident". Tempo. Dicapai pada 30 December 2022.
  35. ^ Robbani, Muhammad (29 December 2022). "Usai Insiden Pelemparan, Kepulangan Bus Thailand Dijaga Ketat" [After the Throwing Incident, the Return of the Thai Bus Was Heavily Guarded]. Sport Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 31 December 2022.
  36. ^ Haryati, Sri; Siahaan, Michael; S, Resinta (30 December 2022). "PSSI apologizes for damage caused to Thailand national team bus". Antara. Dicapai pada 31 December 2022.
  37. ^ "AFF Cup: Only 59,000 tickets will be sold for match against Thailand, prices unchanged". The Malaysian Reserve. 5 January 2023. Dicapai pada 5 January 2023.
  38. ^ John Wong, Dale (6 January 2023). "Fury After Stadium Prioritizes Jay Chou Concert Over Malaysia's Football Semi-Final". Mashable SEA. Dicapai pada 6 January 2023.
  39. ^ Ng, Scott (5 January 2023). "Malaysian football fans in uproar over reduced AFF Cup match audience capacity due to Jay Chou concert stage". NME. Dicapai pada 6 January 2023.
  40. ^ Suraya Ismail, Melissa (6 January 2023). "Frustrated Over Limited Tickets, Malaysian Football Fans Attack Jay Chou's Instagram With Hateful Comments". The Rakyat Post. Dicapai pada 6 January 2023.
  41. ^ "Jay Chou to Malaysian football fans: 'I can postpone my concert, it's not a problem'". Channel NewsAsia. 7 January 2023. Dicapai pada 7 January 2023.
  42. ^ "Malaysia-Thailand AFF first leg semifinal match to be shown on 14 big screens nationwide, says Hannah Yeoh". Bernama. 6 January 2023. Dicapai pada 7 January 2023 – melalui The Malay Mail.
  43. ^ a b Mohd Noor, Hafidzul Hilmi (7 January 2023). "Larangan buat penyokong Malaysia, Thailand" [Prohibition for Malaysian, Thai supporters]. Harian Metro. Dicapai pada 8 January 2023.
  44. ^ "จะโดนปรับไหม! แฟนเสือเหลือง ยิงเลเซอร์ใส่ พรรษา" [Will it be fined! Yellow tiger fans shooting a laser into Pansa]. Siam Sport (dalam bahasa Thai). 8 January 2023. Dicapai pada 8 January 2023.
  45. ^ "Suporter Malaysia Main Laser, Bek Thailand dan Wasit Jadi Sasaran" [Malaysian supporters play lasers, Thai defender and referee become targets]. CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 8 January 2023. Dicapai pada 8 January 2023.
  46. ^ An, Hoàng (8 January 2023). "CĐV Malaysia chiếu laser vào cầu thủ Thái Lan" [Malaysian fans shine lasers at Thai player]. VnExpress (dalam bahasa Vietnam). Dicapai pada 8 January 2023.

Pautan luar sunting