Keragaman bahasa Arab

Bahasa Arab dalam rumpun Semitik yang berasal dari Semenanjung Arab dituturkan dalam pelbagai jenis ragam atau "lahjah" (لَهْجَةlahjah mufrad لَهَجَاتlahajāt jamak[1]) yang tersendiri dengan nama الدارجةad-dārijah di belah barat (Maghrib) dan العاميةal-ʿāmmiyyah "bahasa am" di belah timur seperti Syam dan Hijaz. Perbezaan terbesar terdapat pada bahasa-bahasa pertuturan di rantau-rantau berbeza. Sesetengah lahjat bahasa Arab di Afrika Utara misalnya tidak dapat difahami oleh seorang penutur bahasa Arab yang datang dari wilayah Syam ataupun Teluk Parsi; oleh itu para penutur Arab yang hendak berkomunikasi lebih memahami sesama mereka menggunakan bahasa Arab Fusha yang dipelajari di bangku sekolah di samping lahjah ibunda mereka.

Lahjah-lahjah dituturkan dalam dunia Arab

Tambah lagi, perbezaan ketara juga terdapat (antara lain) antara pertuturan orang Badwi dengan pertuturan orang bandar, desa dengan kota, etnik, kumpulan agama, kelas sosial, lelaki dengan wanita, dan yang muda dengan yang tua. Perbezaan ini sedikit sebanyak dapat diselaraskan. Sering kali penutur bahasa Arab dapat menyesuaikan pertuturan mereka dalam beraneka ragam mengikut konteks dan niat mereka – misalnya, untuk bercakap dengan orang yang datang dari wilayah atau rantau lain, untuk menunjukkan tahap pendidikan, ataupun untuk mengguna kuasa bahasa yang digunakan.

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 331. ISBN 967-65-7321-3.