Kerana Korona ialah sebuah filem drama Malaysia 2021 arahan Kabir Bhatia dengan skrip ditulis oleh Natasha Azlan dan Shemad Al-Jufri terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Wildsnapper TV. Diinspirasikan daripada latar sebenar pandemik COVID-19 di Malaysia, ia dibintangi oleh Rashidi Ishak, Jalaluddin Hassan, Rita Rudaini dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 21 Januari 2021 di Astro First.[1][2][3]

Kerana Korona
PengarahKabir Bhatia
Penulis
  • Natasha Azlan
  • Shemad Al-Jufri
  • Zaim Zakki
Dihasilkan oleh
  • Raja Jastina Raja Arshad
  • Zena Choo
  • Natasha Azlan
  • Zabrina Fernandez
  • Joanna Lee
Dibintangi
SinematografiNurhanisham Muhammad
Disunting olehWong Hui Lynn
Syarikat
penerbitan
Wildsnapper TV
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 21 Januari 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
87 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian di mana Zati tidak bahagia bersama Razman. Meskipun suaminya sentiasa berada di rumah, namun mereka semakin menjauh. Manakala, anak mereka Harun yang mempunyai cita-cita sebagai jurufoto, namun impiannya dipandang rendah oleh Zati dan Razman. Bosan kerana melihat ibu bapanya sering bertengkar, Harun mula keluar secara sembunyi ketika PKP bersama Maya. Manakala adiknya Bob berusaha menyediakan aktiviti di rumah untuk Zati dan Razman agar mereka berbaik.

Kisah kedua menyaksikan tentang seorang doktor bernama Janna yang berdepan dengan dilema tanggungjawab dan pendirian.

Manakala, kisah ketiga mengenai warga emas, Leman yang keras kepala dan abaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya Leila. Sementara itu, Leila hidup kesunyian dan tidak berhubung dengan anaknya, Razman.

Pelakon sunting

Penerbitan dan keluaran sunting

Filem ini merupakan gandingan layar lebar pertama Rita Rudaini dan Rashidi Ishak dalam tempoh 15 tahun sejak filem Cinta (2006).[1][4]

Kerana Korona dikeluarkan pada 21 Januari 2021 di Astro First.[1][5][6] Aqmar Mustaza, menulis untuk Sinar Harian berpendapat filem ini memiliki "jalan cerita santai".[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (19 Januari 2021). "Tiga kisah kala pandemik". Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  2. ^ Asraf Adied (24 Januari 2021). ""Cerita arahan Kabir Bhatia tak pernah tak best" - Penonton teruja dengan filem Kerana Korona". Astro Gempak. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  3. ^ Aref Omar (20 Januari 2021). "#Showbiz: Msian film highlights tales of hope during MCO" [#Hiburan: Filem Malaysia menyoroti kisah harapan semasa PKP] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  4. ^ "Kerana Korona paparkan kisah kehidupan semasa PKP". Femag Online. 21 Januari 2021. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  5. ^ Nisa Irina (18 Januari 2021). "Kerana Korona papar kehidupan keluarga ketika PKP". Cinema Online. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  6. ^ Fariza Saidin (21 Januari 2021). "Ditayang di Astro First! Kabir Bhatia kembali Kerana Korona! Hasilkan filem tiga dalam satu". Kitareporters. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  7. ^ Aqmar Mustaza (23 Januari 2021). "Kerana Korona papar tiga cerita berkaitan sarat mesej". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 1 Jun 2021.

Pautan luar sunting