Kereta kebal Type 89

IJA memutuskan bahawa kereta kebal Type 87 terlalu berat pada 18 tan dan terlalu perlahan untuk digunakan sebagai kereta kebal utamanya, dan kereta kebal Type 89 Chi-Ro (juga dikenali sebagai Type 89 "I-Go") di majukan untuk mengatasi kelemahan ini. Rekaan baru seberat 12.8 tan dan menggunakan kepingan keluli lebih kuat dan ringan menggantikan perisai besi kereta kebal Type 87. Persenjataan adalah meriam Type 90 57 mm, bersama satu (kemudian dua) mesingan Type 91 6.5 mm. Rekabentuk Type 89 disiapkan pada April 1929, dengan pengeluaran bermula pada tahun 1931, menjadikan kereta kebal ini yang pertama dikeluarkan secara pukal di Jepun. Kereta kebal Type 89 terdapat dalam dua bentuk - versi Kō ("A"), yang menggunakan enjin petrol sejukan air, dan versi Otsu ("B"), dengan enjin disel sejukan udara dan perisai hadapan yang dipertingkatkan. Kereta kebal Type 89 mula bertempur di China, tetapi dalam proses digantikan oleh kereta kebal Type 97 Chi-Ha pada permulaan Perang Dunia Kedua.

Kereta kebal Type 89 "I-Go" dipameran di Muzium Ordanance Tentera Amerika Syarikat.
Kereta kebal Type 89 Chi-Ro mara kea rah Manila, Filipina, Januari 1942