Kerteh F.C.

kelab bola sepak dari Malaysia

Kelab Bola Sepak Kerteh (English: Kerteh Football Club), biasanya dirujuk sebagai Kerteh FC merupakan sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Kerteh, Terengganu, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2018, kelab ini bertanding dalam Liga Amatur Terengganu (TAL),[1] yang merupakan sebahagian daripada Liga M4 Malaysia, pertandingan bola sepak peringkat keempat dalam sistem liga bola sepak Malaysia.

Kerteh F.C.
Logo Kelab Bola Sepak Kerteh
Nama penuhKelab Bola Sepak Kerteh
GelaranThe Oilers
Diasaskan25 September 2018; 5 tahun yang lalu (25 September 2018)
StadiumKerteh Sports City
(Kapasiti: 500)
PemilikKAL Services Sdn. Bhd.
PresidenMohd Razeman Mat Nashim
Pengurus PasukanMohd Rozi Taib
JurulatihShafib Salmi Muda
LigaLiga Amatur Terengganu
Tapak sesawangLaman kelab
Jersi Tuan Rumah
Warna tuan rumah
Jersi Pelawat
Warna tempat lawan
Jersi Alternatif
Warna ketiga

Diberi jolokan sebagai The Oilers, mereka menjuarai Liga Amatur Terengganu dan Piala TAL pada musim sulung mereka pada tahun 2019.[2][3][4] Sejak penubuhannya, Kerteh FC mempunyai persaingan sengit dengan Real Chukai FC, satu lagi pasukan yang berpangkalan di Kemaman. Persaingan antara mereka ini dirujuk sebagai Kemaman Derby oleh penyokong kedua-dua kelab.

Sejarah sunting

Permulaan sunting

Kerteh FC ditubuhkan secara tidak rasmi pada bulan Julai 2017 oleh Syed Khairi Amier Syed Radzuan, Ramzan Ibrahim dan Muhamad Badrrol Idris, tiga rakan dari pertubuhan bukan kerajaan Gabungan Pemuda-Pemuda Islam (GAPPs) yang berpusat di Kerteh. NGO ini telah menganjurkan pelbagai kejohanan sukan sejak 2008.

Musim sulung sunting

 
Kerteh FC meraikan kemenangan Piala TAL pada tahun 2019.

Pasukan ini dibentuk secara rasmi pada 25 September 2018 dan bertanding dalam pertandingan kompetitif pertama mereka pada 25 Oktober 2019 di Liga Amatur Terengganu [en]. Di bawah bimbingan Kamal Rodiarjat, kelab ini telah memenangi kejuaraan liga dan piala pada 2019, sekaligus menjadi pasukan divisyen empat pertama di Terengganu yang melakukan double dan layak ke Piala FA Malaysia 2020.

Kelab ini membuat penampilan pertama dalam Piala FA menentang Northern Lions FC pada pusingan kelayakan yang menyaksikan mereka tewas 2-0 di Stadium Mak Chili, Kemaman.[5]

Pemilikan dan kewangan sunting

KAL Services Sdn. Bhd. sunting

Syarikat yang merupakan pemilik kepada Kelab Bola Sepak Kerteh, KAL Services Sdn. Bhd. adalah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk menjamin kelestarian kewangan dan pertumbuhan komersial kelab. Selain daripada perniagaan bola sepak, syarikat ini terlibat dalam kegiatan perniagaan lain yang berkaitan dengan industri minyak dan gas, marin dan pembinaan, dengan semua hasil pendapatan disalurkan kepada kelab. Pada 5 Disember 2020, kelab mengumumkan bahawa INKA Creative Agency, sebuah agensi kreatif yang berpangkalan di Kuala Lumpur membeli 10% saham milik syarikat.[6][7][8]

Penyata kewangan dan pengiktirafan sunting

 
Peminat Kerteh FC di Stadium Mak Chili ketika perlawanan menentang Northern Lions FC dalam saingan pusingan kelayakan Piala FA Malaysia 2020.

Walaupun Kerteh bertanding di peringkat keempat Liga Malaysia, Kerteh FC adalah salah satu daripada beberapa buah kelab di Malaysia yang menerbitkan penyata kewangan mereka kepada umum[9] dan dianggap sebagai salah satu kelab bola sepak yang paling menguntungkan di negara ini[10] sekaligus mendapat pujian dari Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Stuart Michael Ramalingam.[11]

Kelab ini mencatatkan keuntungan sebanyak 20.9% untuk tahun berakhir 2018. Pada tahun 2019, pendapatan Kerteh FC meningkat sebanyak 232.8%.[12] Kelab ini juga mempelbagaikan sumber pendapatan mereka, terutama melalui perniagaan yang merangkumi minyak dan gas, sekolah bola sepak,[13][14] siaran langsung atas talian,[15] pengiklanan,[16] liga akar umbi, dan perdagangan.[17] Walaupun dilanda wabak COVID-19, kelab ini berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak 4% untuk tahun yang berakhir pada 2020.

Pada 15 Jun 2020, Kerteh FC menerima jemputan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk berkongsi pengalaman, pendapat dan pelbagai maklumat teknikal dan komersial kelab komuniti.[18]

Jenama dan identiti sunting

Logo dan warna sunting

 
Logo kedua (2021–sekarang)

Setelah pembelian saham syarikat oleh INKA Creative pada disember 2020, kelab ini melalui proses penjenamaan semula dan telah melancarkan logo baru pada 27 Mac 2021.[19] Logo baru mereka mendapat inspirasi utama daripada kilang pemprosesan petroleum di Kerteh dan menampilkan huruf K iaitu huruf awal pada nama dan lokasi kelab. Ia juga mengekalkan beberapa elemen reka bentuk daripada logo lama seperti batu permata merah, yang diilhamkan oleh api yang dipancarkan dari cerobong tinggi di tepi laut, pemandangan yang cukup sinonim dengan bandar Kerteh. Usaha penjenamaan kelab ini dipuji secara meluas dalam kalangan pemerhati bebas dan peminat bola sepak di Malaysia.[20]

Jersi sunting

Kit Kerteh FC pada mulanya dihasilkan oleh syarikat pakaian sukan Thailand Pegan Sport pada tahun 2018. Sejak musim 2021 dan seterusnya, kit kelab telah dihasilkan dan ditaja oleh syarikat pakaian sukan tempatan Vayorken, termasuk untuk pasukan utama, pasukan akademi dan pasukan sukan eletronik.

Tempoh Syarikat Penaja Jersi (dada) Penaja Jersi (belakang) Penaja Jersi (lengan) Penaja Jersi (bahu)
2018   Pagen Sport Imanoffshore  – Nur E&I  –
2019–2020   ELklasiko Muksyn Engineering ELklasiko
Mag Travel
Montis
139
 –
2021–sekarang   Vayorken  –  –  –  –
 
Gambar pasukan Kerteh FC pada tahun 2018 yang memakai jersi tuan rumah pertama mereka.

Warna rasmi kelab ini ialah hijau dan putih. Pada permulaan penubuhan, Kerteh memakai jersi warna hijau pendarfluor pada tahun 2018. Pada musim pertama mereka di Liga Malaysia, jersi tuan rumah berwarna hijau dengan gelung putih dan jersi pelawat pula berwarna hijau dengan jalur hijau gelap. Jersi ketiga pula berwarna merah pekat.[21] Pada tahun 2020, jersi edisi khas telah dihasilkan kerana pembatalan Liga M4 Malaysia oleh Liga Bola Sepak Malaysia.[22]

Tuan rumah sunting

 
 
 
 
 
 
 
 
2018
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2019–20

Pelawat sunting

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2019–20

Alternatif sunting

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2019–20

Edisi khas sunting

Pada bulan Jun 2020, Kerteh FC telah melancarkan jersi khas iaitu 'Kerteh FC Jersey 2020 #StayAtHome Edition' sebagai peringatan kepada sekatan kerajaan yang disebabkan oleh wabak COVID-19 di Malaysia. Setiap jersi mempunyai nombor siri tersendiri di bahagaian kiri bawah jersi. Jersi itu juga mempunyai tulisan 'Perintah Kawalan Pergerakan' dengan tarikh '18.3.2020 - 9.6.2020 ' di dada untuk mengenang perintah kawalan pergerakan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan. Angka 20 di bahagian belakang jersi melambangkan tahun 2020, tahun bermulanya wabak COVID-19 melanda Malaysia. Kerana permintaan yang tinggi, jersi itu dilancarkan semula pada September 2020 dan sekali lagi pada bulan Julai 2021.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
2020 (Edisi Khas)

Lagu sunting

Pada 4 Februari 2019, Kerteh FC telah menerbitkan lagu rasmi kelab berjudul Kerteh FC (The Oilers) – The City of Light. Lirik dan komposisi musik oleh Azizul Hj Umar dan dinyanyikan oleh Oja.[23]

Lirik Asli Bahasa Melayu

Bukan tunjuk belang,
Demi kejayaan,
Bangkit semangat hingga ke puncak gemilang,

Lawan siapa sahaja,
Mara dengan gaya,
Sepak bola sehingga kita juara,

Biar putih tulang,
Bukan putih mata,
Ayuh kita laungkan bersama,

Oohhh..Satukan suara!
The Oilers,
Ooohh..Siapa juara?
Kerteh FC!,
Ooohh..Kitalah juara!
The Oilers!,
Ooohh..The city of light!

Stadium sunting

 
Pandangan Stadium Mini Kertih pada awal tahun 2021 sebelum bermulanya projek pembangunan Kerteh Sports City.

Kelab ini telah bermain di beberapa padang dan stadium di sekitar daerah Kemaman sejak penubuhan mereka. Setelah mengadakan pertemuan dengan Majlis Perbandaran Kemaman pada 24 Jun 2020, kelab ini berjaya mendapatkan hak pajakan untuk penggunaan Stadium Mini Kertih sebagai stadium tuan rumah mereka untuk musim 2021.[24] Pajakan ini termasuk dengan sebidang tanah seluas 8.49 hektar di sekitar stadium mini yang akan dibangunkan oleh kelab itu menjadi Bandar Sukan Kerteh (English: Kerteh Sports City) yang merangkumi kemudahan sukan lain.[25][26][27][28] Kelab ini juga telah mengumumkan Red Antlers Sdn. Bhd. sebagai pelabur untuk projek pembangunan tersebut dan memberi peluang kepada rakan kongsi yang berminat dengan hak penamaan stadium yang akan datang.[29][30]

Pembangunan bola sepak sunting

Kerteh FC mempunyai program pembangunan akademi dan elitnya sendiri sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang kelab untuk memupuk bakat bola sepak dan mendorong gaya hidup sihat dan penyertaan bola sepak dalam kalangan masyarakat di Kerteh dan Kemaman. Melatih pemain seawal umur 8 tahun, program pembangunannya disediakan oleh Penasihat Teknikal kelab dari Sepanyol, Oscar Riera Alvarez.[31][32] Selain latihan bola sepak, para pemain diberikan biasiswa oleh kelab dan didaftarkan ke sekolah terbaik di Kerteh atau Kemasik, dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti di Kemaman. Kelab ini merancang untuk mengendalikan beberapa sekolah bola sepak di luar Terengganu pada tahun 2026.[13]

Rakan kelab sunting

Pada 5 September 2020, Unió Esportiva Sant Andreu, kelab bola sepak yang berpangkalan di Barcelona mengumumkan perjanjian kerjasama dengan Kerteh FC,[33][34] yang menjadikan kelab Malaysia itu sebahagian daripada Program Antarabangsa pasukan Sepanyol tersebut.[35][36][37] Kerjasama ini membolehkan pemain akademi Kerteh FC dibimbing oleh jurulatih Sant Andreu dan memberikan mereka peluang sekaligus membantu perkembangan mereka.[38][39][40] Pemain terbaik dari skuad B-18 dihantar untuk pemilihan dan latihan, sementara mereka yang tidak berpeluang untuk pergi ke Sepanyol diserap ke Senior B, pasukan simpanan untuk skuad utama.

Akar umbi sunting

Kerteh FC menganjurkan Kemasik Grassroot Cup pada tahun 2018 dan bekerjasama dengan syarikat seperti RHB Bank Kerteh[41] dalam memberikan biasiswa latihan kepada kanak-kanak yang berbakat tetapi kurang berkemampuan. Kelab ini juga menubuhkan Kemasik Amateur League pada tahun yang sama dengan tujuan mengesan bakat di Kerteh dan Kemasik. Pada musim sulungnya, lapan pasukan mengambil bahagian dalam liga yang berlangsung selama lebih kurang enam bulan. Pasukan yang mengambil bahagian diberikan geran, kursus dan program perkongsian untuk membantu mereka menguruskan kewangan, latihan dan pengurusan kelab masing-masing.

Pada 4 Disember 2020, kelab ini dianugerahkan Ahli Gangsa Piagam SupaRimau FAM,[42][43][44][45] iaitu alat sokongan untuk menyokong akademi bola sepak dalam peranan mereka melaksanakan program dan aktiviti akar umbi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.[46][47]

Penajaan dan kerjasama sunting

Musim Penaja Rakan Kongsi Musim Penaja Rakan Kongsi
2018   Offshore Avenue Sdn Bhd
  Lingtec Instruments Sdn Bhd
  Glores Engineering Sdn Bhd
  Ponterosso Technics Sdn Bhd
  Iman Offshore Engineering & Services Sdn Bhd
  MVP Engineering Sdn Bhd
  Montis Inspection & Services Sdn Bhd
  DiPetro Synergy Engineering Sdn Bhd
  Rotomeca Resources Sdn Bhd
  NUR E&I Sdn Bhd
  Muksyn Engineering & Services Sdn Bhd
  Permy Engineering & Services Sdn Bhd
  JLH NDT Inspection & Services Sdn Bhd
  MRA Properties & Development Sdn Bhd
  MRA Hardware & Services
  Eyeris Optometri Kemaman
  PlayHard
  AKZ Solution Sdn Bhd
  Bumitech Global Energy Sdn Bhd
  Loud Global Sdn Bhd
  NA Solution
2019   Offshore Avenue Sdn Bhd
  Glores Engineering Sdn Bhd
  Iman Offshore Engineering & Services Sdn Bhd
  Montis Inspection & Services Sdn Bhd
  Rotomeca Resources Sdn Bhd
  NUR E&I Sdn Bhd
  Muksyn Engineering & Services Sdn Bhd
  PlayHard
  AKZ Solution Sdn Bhd
  Loud Global Sdn Bhd
  NA Solution
  ELklasiko.my
  Pusat Rehabilitasi All Rehab[48]
  139associates
  RHB Bank (Kerteh branch)[41]
2020   Glores Engineering Sdn Bhd
  Iman Offshore Engineering & Services Sdn Bhd
  Rotomeca Resources Sdn Bhd
  NUR E&I Sdn Bhd
  Muksyn Engineering & Services Sdn Bhd
  AKZ Solution Sdn Bhd
  NA Solution
  ELklasiko.my
  Kaki Jersi Sdn Bhd
  WQA Resources Sdn Bhd
  Wosh Hiro Kerteh
  MZM Technology (M) Sdn Bhd
  Reliacraft Engineering Sdn Bhd
  Kapten Beard
  Warung Ikan Bakar Kak Chik
  Metamorph Technical Sdn Bhd
  Kedai Emas HNP Kerteh
  RieraSport
  Red Antlers Sdn Bhd[29]
  BalrzTV
  BBB Express (Kerteh Branch)
   INKA Creative[7]
2021   Glores Engineering Sdn Bhd
  Iman Offshore Engineering & Services Sdn Bhd
  Rotomeca Resources Sdn Bhd
  NUR E&I Sdn Bhd
  AKZ Solution Sdn Bhd
  NA Solution
  Kaki Jersi Sdn Bhd
  WQA Resources Sdn Bhd
  Wosh Hiro Kerteh
  Reliacraft Engineering Sdn Bhd
  MZM Technology (M) Sdn Bhd
  Kapten Beard
  Warung Ikan Bakar Kak Chik
  Metamorph Technical Sdn Bhd
  Kedai Emas HNP Kerteh
  Muzium 3D Kertih[49][50][51][52]
  RieraSport
  Red Antlers Sdn Bhd
  Vayorken
  BalrzTV
  BBB Express (Kerteh Branch)
  Gadis Baker
  Kerepek Ralit
   INKA Creative[53]
  Ghazoo Sports[54][55][56]
  Virtual Pro Gaming Inc.[57]

Pemain sunting

 
Aksi kapten Kerteh FC Ramadhan Jalil ketika perlawanan akhir Liga Amatur Terengganu 2019 menentang Markless ST.

Skuad Utama sunting

Sehingga 20 February 2020
Nombor Nama Warganegara Posisi Tarikh Lahir (umur)
Penjaga Gol
1 Muhammad Syazwan Aiman Zulkifli   Malaysia GK (1999-06-04) 4 Jun 1999 (umur 24)
31 Muhammad Syawal Azri Zulkipeli   Malaysia GK (1998-02-08) 8 Februari 1998 (umur 26)
25 Muhammad Azraei Nuqman Azhari   Malaysia GK (2000-12-14) 14 Disember 2000 (umur 23)
Pertahanan
4 Mohamad Rafiq Razak   Malaysia LB (1997-05-09) 9 Mei 1997 (umur 27)
18 Muhamad Yusof Ramli   Malaysia LB (1997-10-06) 6 Oktober 1997 (umur 26)
29 Muhammad Irfan Firdaus Maidin   Malaysia LB (2002-04-03) 3 April 2002 (umur 22)
24 Wan Muhammad Idham Wan Ahmad Hasbullah   Malaysia LB (2002-01-24) 24 Januari 2002 (umur 22)
2 Wan Hanizam Alif Wan Ab Rahim   Malaysia CB (1997-08-18) 18 Ogos 1997 (umur 26)
21 Muhammad Azim Mohd Shukry   Malaysia CB / LB / RB (1995-03-09) 9 Mac 1995 (umur 29)
12 Muhamad Amizan Azha   Malaysia CB (1996-02-09) 9 Februari 1996 (umur 28)
20 Muhammad Akif Zamry   Malaysia RB (1996-06-08) 8 Jun 1996 (umur 27)
26 Muhammad Adib Fahmi Ramli   Malaysia RB (2001-08-29) 29 Ogos 2001 (umur 22)
14 Mohd Fakhrul Hakimie Ghani   Malaysia RB (1998-07-22) 22 Julai 1998 (umur 25)
Pemain Tengah
32 Mohd Ramadhan Jalil (kapten)   Malaysia DM (1998-01-14) 14 Januari 1998 (umur 26)
19 Adib Humaidi Baharuddin   Malaysia DM (1994-09-19) 19 September 1994 (umur 29)
17 Muhammad Hafidz Zahari   Malaysia CM (1995-05-27) 27 Mei 1995 (umur 28)
13 Muhammad Hakimi Daniel Sabri   Malaysia CM (2002-04-09) 9 April 2002 (umur 22)
10 Muhammad Syahmi Aiman Mohd Zaki   Malaysia AM (1998-03-17) 17 Mac 1998 (umur 26)
6 Wan Amir Ikram Wan Sazali   Malaysia AM (2003-07-21) 21 Julai 2003 (umur 20)
Penyerang
3 Hamizzal Halija Ghazali   Malaysia LW (1994-08-25) 25 Ogos 1994 (umur 29)
37 Muhammad Syarmeer Iman Shamsuddin   Malaysia LW (1998-09-14) 14 September 1998 (umur 25)
7 Muhammad Shazwan Afham Jusoh   Malaysia RW (2000-02-14) 14 Februari 2000 (umur 24)
23 Mohd Izzul Fadhli Mohd Fauzi   Malaysia RW (1996-11-17) 17 November 1996 (umur 27)
33 Mohd Al-Akraaf Mohd Kamal   Malaysia ST (1996-12-25) 25 Disember 1996 (umur 27)
5 Tuan Afif Nasrullah Tuan Hazahar   Malaysia ST (1997-11-22) 22 November 1997 (umur 26)
11 Mohd Hazwan Zakaria   Malaysia CF (1993-05-17) 17 Mei 1993 (umur 31)

Kapten sunting

Nama Warganegara Tempoh
Mohd Ramadhan Jalil   Malaysia 2018–2020

Pengurusan dan staf kejurulatihan sunting

 
Pegawai pasukan Kerteh FC bersama trofi Liga Amatur Terengganu ketika meraikan kejuaraan pada tahun 2019.

KAL Services Sdn. Bhd. sunting

Jawatan Nama
Ahli Lembaga Pengarah   Mohd Razeman Mat Nashim
  Syed Khairi Amier Syed Radzuan
  Che Muhammad Bukhari Che M. Razali
Pengarah Bukan Eksekutif   Wan Norazam Munir Wan Arifin
  Mohd Khusyairi Kusmaniirat
  Ramzan Ibrahim
  Mohd Shahrim Ibni Hajjal
Ketua Pegawai Eksekutif   Syed Khairi Amier Syed Radzuan
Ketua Pegawai Kewangan   Che Muhammad Bukhari Che M. Razali
Pengurus Am   Mohammad Taslim Mohd Razin
Pengurus Liga   Ramzan Ibrahim

Kelab Bola Sepak Kerteh sunting

Jawatan Nama
Presiden   Mohd Razeman Mat Nashim
Timbalan Presiden   Mohd Khusyairi Kusmaniirat
Setiausaha   Mohd Shahrim Ibni Hajjal
Bendahari   Che Muhammad Bukhari Che M. Razali
Penasihat Teknikal   Oscar Riera Alvarez
Pengarah Teknikal   Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor
Perunding Pemasaran   IMC Sports and Entertainment
Pengarah Media   Mohd Ridzuan Mansor
Pengurus Pasukan   Mohd Rozi Taib
Ketua Jurulatih   Shafib Salmi Muda
Penolong Jurulatih   Fazli Mohamad
Jurulatih Kecergasan   Shafib Salmi Muda
Jurulatih Penjaga Gol   Noordin Pidalah
Kitman   Abidin Syafiqin Yusof
  Mohd Azri Yusof
Ketua Akar Umbi   Mohd Alhafiz Ab Aziz

Ketua jurulatih sunting

Nama Tarikh Mula Tarikh Tamat Kejuaraan
  Mohd Nasuha Abdullah 1 Jun 2018 30 November 2018
  Kamal Rodiarjat Md Ali @ Madi 1 Disember 2018 28 Februari 2020 Liga Amatur Terengganu 2019
Piala TAL 2019
  Shafib Salmi Muda 1 Januari 2021 Sekarang

Rekod kelab sunting

Penampilan sunting

Peringkat Kejohanan Tempoh Musim Musim
Bermain
Jumlah Musim dalam
Kejohanan
Divisyen Pertama Liga Super  –  – 0 0
Divisyen Kedua Liga Premier  –  – 0 0
Divisyen Ketiga Liga M3 Malaysia  –  – 0 0
Divisyen Keempat Liga M4 Malaysia 2019 - sekarang 2019 1 1
Kejohanan
Domestik
Piala FA 2020 - sekarang 2020 1 1
Piala Malaysia  –  – 0 0
Charity Shield  –  – 0 0
Piala Cabaran  –  – 0 0
TAL Cup 2019 - sekarang 2019 1 1
Kejohanan
Benua
Liga Juara-Juara AFC  –  – 0 0
Piala AFC  –  – 0 0

Statistik setiap musim sunting

Sehingga 16 February 2020

Key:

  • Pld = Played, W = Won, D = Drawn, L = Lost, F = Goals for, A = Goals against, GD = Goal difference, Pts= Points, Pos = Position

      Pertama atau Juara       Kedua or Naib Juara       Ketiga       Promosi       Penyingkiran

Musim Liga Domestik Piala Domestik Kejohanan Benua Penjaring Terbanyak
Division Pld W D L F A GD Pts Pos Sumbangsih Malaysia FA TAL Pemain Gol
2019 Liga M4 8 5 1 2 18 13 +5 16 1st  –  –  – Juara  –   Izzul Fadhli 9
2020 Liga M4 Dibatalkan kerana COVID-19  –  – Kelayakan[58][59]  –  –  –  –
2021 Liga M4 Dibatalkan kerana COVID-19  –  –  –  –  –  –  –

Kejuaraan sunting

Domestik sunting

Liga sunting

  • Liga M4 Malaysia: Liga Amatur Terengganu
    •   Juara (1): 2019

Piala sunting

  • TAL Cup
    • Juara (1): 2019

Rujukan sunting

  1. ^ Tengku Danish Bahri (23 October 2019). "TAL: Tujuh Pasukan Baru Meriahkan Saingan". Stadium Astro. Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  2. ^ Meor Abdullah Syamim (21 December 2019). "Terengganu Amateur League 2019: Kerteh FC Muncul Juara Liga Premier". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  3. ^ Lukman Ismail (7 February 2020). "Kerteh FC juara Piala TAL, tewaskan Markless di final". EDISI 9. EDISI 9 Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  4. ^ Meor Abdullah Syamim (22 December 2019). "Mohd Rozi Taib: Kejayaan Kerteh FC Diluar Jangkaan". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  5. ^ "Jaringan Pertama Dalam Piala FA 2020 Bangkitkan Semangat Faiz Subri". VOCKET FC. 2020-02-18. Dicapai pada 2021-07-27.
  6. ^ Ahmad Ridzuan (5 December 2020). "Kerteh FC Umum INKA Creative Beli 10% Saham Syarikat, Bakal Garap Strategi Lonjak 'Branding' Kelab". Vocket FC. The Vocket Sdn Bhd. Dicapai pada 11 July 2021.
  7. ^ a b "Kerteh FC Bakal Jadi Kelab Komuniti Paling 'advance'". Utusan Malaysia. Media Mulia Sdn Bhd. 5 December 2020. Dicapai pada 11 July 2021.
  8. ^ Borhan Abu Samah (5 December 2020). "INKA Creative Miliki 10% Kerteh FC". Suara Merdeka. Lintaq Digital Sdn Bhd. Dicapai pada 11 July 2021.
  9. ^ Mohamad Azim (31 December 2020). "Kerteh FC: Model Kejayaan Kelab Bola Sepak Malaysia". The Outlook Asia. Dicapai pada 11 July 2021.
  10. ^ Muhammad Yunus Zakariah (6 August 2019). "Kerteh FC Leads The Way, As One Of The Most Profitable Football Club In The Country". Linda Workroom. Dicapai pada 11 July 2021.
  11. ^ Nazreen Izahar (22 April 2021). "Stuart Ramalingam Puji Inovasi Dan Pengurusan Cemerlang Kerteh FC". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 11 July 2021.
  12. ^ "Kerteh FC: Model Kejayaan Kelab Bola Sepak Malaysia". 1Media.My. 1 January 2021. Dicapai pada 14 July 2021.
  13. ^ a b Hafizuddin Omar (25 June 2021). "Kerteh FC Usahakan 'Kerteh Soccer School' Untuk Bangunkan Pemain Utama Kelab Pada Masa Hadapan". Sukanz. Dicapai pada 10 July 2021.
  14. ^ Meor Abdullah Syamim (29 August 2019). "Kerteh FC Terapkan Elemen 'Nikmati Bola Sepak' Buat Pemain Cilik Mereka". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  15. ^ Meor Abdullah Syamim (13 February 2020). "Kerteh FC Cari Penaja 'Live Streaming' Perlawanan Kelayakan Piala FA". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 11 July 2021.
  16. ^ Meor Abdullah Syamim (31 July 2019). "Kerteh FC Buka Peluang Penajaan & Ruang Iklan Bagi Menghadapi Musim Baharu". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 11 July 2021.
  17. ^ Mohd Fitrie Muhamad (5 February 2021). "Kelab Perlu Pelbagaikan Usaha Untuk Jana Pendapatan". CakapSukan. Dicapai pada 14 July 2021.
  18. ^ Meor Abdullah Syamim (15 June 2020). "Perkembangan Kerteh FC Curi Perhatian MATRADE". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 11 July 2021.
  19. ^ Lukman Ismail (27 March 2021). "Kerteh FC Tampil Dengan Wajah, Semangat Dan Azam Baharu". EDISI 9. EDISI 9 Sdn Bhd. Dicapai pada 13 July 2021.
  20. ^ Syafiq Freman (28 March 2021). "Penjenamaan Baru Kerteh FC Terima Pujian Orang Ramai". Makan Bola. Dicapai pada 13 July 2021.
  21. ^ Meor Abdullah Syamim (6 July 2019). "Kerteh FC Perkenalkan Jersi Ketiga, Tampil Dengan Lebih 'Membara'". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  22. ^ Mrizalar (10 June 2020). "Liga Amatur Bola Sepak Malaysia (AFL) Batalkan Saingan Liga M3 Dan Liga M4 Musim 2020". Sukan Malaysia. Sports Images. Dicapai pada 14 July 2021.
  23. ^ "Kerteh FC official anthem". Kerteh FC YouTube channel (dalam bahasa Inggeris). 4 February 2019. Dicapai pada 18 July 2021.
  24. ^ Meor Abdullah Syamim (24 June 2020). "Kerteh FC, Majlis Perbandaran Kemaman Intai Peluang Jalin Kerjasama". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 12 July 2021.
  25. ^ Hafizuddin Omar (28 December 2020). "Kerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera". Sukanz. Dicapai pada 5 July 2021.
  26. ^ Sulaiman Ismail (31 March 2021). "Kerteh Sport City Bakal Beri Pengalaman Baharu Kepada Peminat Bola Sepak Tempatan". Vocket FC. The Vocket Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  27. ^ Syafiq Freman (31 March 2021). "Konsep Rekabentuk Stadium Kerteh FC Diperkenalkan". MakanBola. Dicapai pada 5 July 2021.
  28. ^ Mohd Shariza Abdullah (31 March 2021). "Stadium Mini Kertih Dinaik Taraf RM7 Juta". Utusan Malaysia. Media Mulia Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  29. ^ a b Al-Zaim Arzaman (27 December 2020). "Jalinan Kerjasama Kerteh FC, Red Antlers Wujudkan Kerteh Sports City". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 5 July 2021.
  30. ^ "Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh". Vocket FC. The Vocket Sdn Bhd. 27 December 2020. Dicapai pada 5 July 2021.
  31. ^ Dito (10 May 2020). "Kerteh FC Lantik Bekas Pengarah Sukan Espanyol Sebagai Penasihat Teknikal Kelab". Vocket FC. The Vocket Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  32. ^ Gary Lugard (10 May 2020). "Kerteh FC Lantik Bekas Pengarah Sukan Kelab La Liga Sebagai Pengarah Teknikal". Grandstand Kita. Dicapai pada 10 July 2021.
  33. ^ Meor Abdullah Syamim (6 September 2020). "Kerteh FC Jalin Kerjasama Antarabangsa Bersama EU Sant Andreu". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  34. ^ Lukman Ismail (6 September 2020). "Kerjasama Dengan Kelab Sepanyol: Kerteh FC Hampir Setanding JDT?". EDISI 9. EDISI 9 Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  35. ^ "Acord de col·laboració amb el Kerteh FC". Unió Esportiva Sant Andreu (dalam bahasa Catalan). 5 September 2020. Dicapai pada 10 July 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ Ahmad Ridzuan (6 September 2020). "Kerteh FC Umumkan Kerjasama Dengan UE Sant Andreu, Kelab Liga Divisyen 4 Sepanyol Berpangkalan Di Barcelona". Vocket FC. The Vocket Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  37. ^ Zuhaily Badlishah (6 September 2020). "Nama Kerteh FC Kini 'tembus' Barcelona". Kosmo. Media Mulia Sdn. Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  38. ^ Muzaffar Musa (6 September 2020). "Kerteh FC Jalin Kerjasama Dengan UE Sant Andreu Di Barcelona". Stadium Astro. Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  39. ^ "Kerteh FC Jalin Kerjsama Dengan UE Sant Andreu Di Barcelona". Arena Bola Sepak. 6 September 2020. Dicapai pada 10 July 2021.
  40. ^ "Kerteh FC Jalin Kerjasama Dengan Kelab Sepanyol". MalaysiaGazette.Com. Malaysia Gazette. 7 September 2020. Dicapai pada 10 July 2021.
  41. ^ a b Kapten SB (13 April 2019). "Kerteh FC Umum RHB Bank Sebagai Rakan Kerjasama Perbankan Rasmi". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  42. ^ Nazreen Izahar (4 December 2020). "Kerteh FC Terus Pacu Langkah, Akademi Mereka Kini Diiktiraf FAM". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  43. ^ Zaid Adnan (4 December 2020). "Kerteh Soccer School Terima Akreditasi FAM". EDISI 9. EDISI 9 Sdn Bhd. Dicapai pada 10 July 2021.
  44. ^ Omar Zin (4 December 2020). "Kerteh Soccer School Diiktiraf FAM". Football Tribe. Football Tribe Inc. Dicapai pada 10 July 2021.
  45. ^ "Tahniah Kerteh FC! Kerteh Soccer School Ahli Gangsa Suparimau". KitaReporters.com. 6 December 2020. Dicapai pada 10 July 2021.
  46. ^ "PELANCARAN PIAGAM SUPARIMAU FAM". Football Association of Malaysia (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). 4 May 2019. Dicapai pada 10 July 2021.
  47. ^ "FAM SupaRimau Charter" (PDF). Dicapai pada 10 July 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  48. ^ Meor Abdullah Syamim (19 May 2019). "Kerteh FC Umum All Rehab Sebagai Rakan Fisioterapi Rasmi Pasukan". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  49. ^ Hafizuddin Omar (8 March 2021). "Kerteh FC, Muzium 3D Bekerjasama Tarik Pelancong ke Pantai Timur". Sukanz. Dicapai pada 14 July 2021.
  50. ^ Lukman Ismail (8 March 2021). "Muzium 3D Kertih Rakan Strategik Terbaharu Kerteh FC". EDISI 9. EDISI 9 Sdn Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  51. ^ Nazreen Izahar (8 March 2021). "Kerteh FC & Muzium 3D Kertih Bersatu Pacu Industri Pelancongan Setempat". Semuanya BOLA. Semuanya BOLA Sdn Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  52. ^ "Kerteh FC Bekerjasama Dengan Muzium 3D Kertih Rancakkan Industri Pelancongan Setempat". MAFIEX. 9 March 2021. Dicapai pada 14 July 2021.
  53. ^ Ahmad Ridzuan (27 March 2021). "Kerteh FC: Penjenamaan Baharu Yang Lebih Segar, Elegan Dan Moden Menuju Perubahan Dinamik Ke Peringkat Global". Vocket FC. The Vocket Sdn Bhd. Dicapai pada 13 July 2021.
  54. ^ Hafizuddin Omar (14 February 2021). "Kerteh FC Lantik Agensi Untuk Teroka Peluang Komersil di Australia, New Zealand". Sukanz. Dicapai pada 14 July 2021.
  55. ^ Malik Muhamad (15 February 2021). "Kerteh FC bina nama di Australia, New Zealand". Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Dicapai pada 14 July 2021.
  56. ^ "Kerteh FC Lebar Sayap Ke Australia, New Zealand". Malaysia Gazette. 15 February 2021. Dicapai pada 14 July 2021.
  57. ^ Lukman Ismail (10 February 2021). "Kerteh FC bersaing dalam VPG Asia Premier League 2021". EDISI 9. EDISI 9 Sdn Bhd. Dicapai pada 13 July 2021.
  58. ^ "Puskas Award Winner Faiz Makes a Comeback" (dalam bahasa English). New Straits Times. New Straits Times Press (M) Bhd. 18 February 2020. Dicapai pada 6 July 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  59. ^ Zulhilmi Zainal (19 February 2020). "Puskas Winner Faiz Looking For Renaissance After Scoring For New Club" (dalam bahasa English). Goal.com. Football Co Media Limited. Dicapai pada 6 July 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)