Kimberly Chuah Ching Li (lahir 12 Jun 2000) ialah seorang pelakon, pengacara, model dan personaliti media sosial Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian selepas tular di aplikasi TikTok pada tahun 2021 kerana penguasaan dan kefasihannya berbahasa Melayu.[1] Namanya semakin menyerlah selepas berjaya diterima sebagai peserta dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja 2022, sehingga berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat akhir.[2][3]

Kimberly Chuah
Kelahiran
Kimberly Chuah Ching Li

(2000-06-12) 12 Jun 2000 (umur 23)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, selebriti media sosial
Tahun aktif2020–kini

Kerjaya sunting

Sejak 2020, Chuah aktif menghasilkan video di platform TikTok miliknya. Video-videonya menarik perhatian ramai dan menerima respon positif daripada penonton sehingga mencecah lebih daripada 1.5 juta tontonan. Dengan peningkatan popularitinya, beliau mula diberi peluang untuk memasuki industri seni berbahasa Melayu terutamanya di dalam projek lakonan drama dan telefilem.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Chuah berketurunan Baba dan Nyonya. Beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarganya. Beliau dibesarkan untuk fasih berbahasa Melayu sejak dari kecil, dan telah bersekolah di sekolah kebangsaan sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kerana ingin membantu menyara keluarganya sambil mempelajari kemahiran baharu di dalam bidang seni, beliau mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu impiannya ke menara gading.[5][6]

Filemografi sunting

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Pengantin Tangkap Muat Mazwin Astro Ria
2024 Gerak Silat Gendang Singa Susan TV2
Chinta Wrong Direction Raya Candy Astro Ria
Bakal Menantu Hajah Noraini Lilian TV1
Lupakan Cinta Hetty Astro First Supertele Astro First

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Kelmarin Cinta TV Okey
2022 Sayap Bagimu Sheila TV3 Watak sampingan (Ep18)
Menantu Mek Barber Pelakon tambahan
Akim & Mira: Kisah Cinta 1999 Phoebe Astro Ria
Seribu Nina Mika Viu
She Was Pretty Illy
2023 Chinta Wrong Direction Candy Astro Ria
Journal Sara-haeyo Julie Viu
Pemburu Rahsia Elijah TV3
2024 Joe Singa TV2
Nyawa Berganti Cinta Watak sampingan
Racun Rihanna Chloe TV3 Watak sampingan
Dr. Pontianak Dr Vivy Astro Warna
Project: Exit Post-produksi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Bual Konti Artis jemputan Berita RTM 5 Februari 2022, bersama Rhys William. Pengalaman sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Rewang Raya: Mana Gula Anau Abah Artis jemputan TV2 Sketsa Drama Raya Aidilfitri bersama pelakon Jalil Hamid, Nen Tebabo, Syafeek Ikhwan, Darling, Ahnaf Bakar
I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) Penyanyi misteri (penyamar) TV3 29 Mei 2022
Dewi Remaja 2022 Peserta (finalis) Astro Ria

Teater sunting

Tahun Teater Tajuk Watak
2022 Pop Up Theatre Sherlock Holmes in Finding Sherlock Mrs. Hudson

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Catatan
2022 "Rayuan Kasih" Qody Rany

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2022 Dewi Remaja 2021/2022 Finalis Dirinya sendiri Menang (Tempat Ketiga) [7]

Rujukan sunting

  1. ^ Murnaena Muhammad Nasir (17 November 2021). "'Amoi' tak pelat cakap Melayu, suka sambal belacan". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  2. ^ Mustazah GP (27 Julai 2022). "Senarai Dan Biodata 16 Finalis / Peserta Dewi Remaja 2022". Iluminasi. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  3. ^ Nana (4 September 2022). ""Ini Adalah Pencapaian Yang Besar.." – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!". Remaja. Dicapai pada 7 Mei 2024.
  4. ^ NST (18 November 2021). "Showbiz: Kimberly a hit with drama fans for excellent Bahasa". The New Straits Times. Dicapai pada 7 May 2024.
  5. ^ Mustazah GP (1 September 2023). "Biodata Kimberly Chuah, Pelakon Drama Berepisod Pemburu Rahsia (TV3)". Iluminasi. Dicapai pada 7 May 2024.
  6. ^ Georgie Joseph (20 Julai 2023). "Kimberly Chuah lakukan pelbagai kerja sejak tingkatan 6". Harian Metro. Dicapai pada 7 May 2024.
  7. ^ Nana (4 September 2022). ""Ini Adalah Pencapaian Yang Besar.." – Aura & Kefasihan Bahasa Kebangsaan Kimberly Chuah Memikat!". Remaja. Dicapai pada 7 May 2024.

Pautan luar sunting