King's Field (siri)

King's Field (Jepun: キングスフィールド, Hepburn: Kingusu Firudo) merupakan sebuah siri permainan video berperanan konsol ciptaan From Software yang telah diterjemah ke bahasa bahasa Inggeris oleh ASCII Entertainment (kini dikenali sebagai Agetec). Siri ini terkenal dengan suasananya yang menyeramkan dan bermisteri di samping kawasan-kawasan sempit dan seakan-akan kurungan bawah tanah.[1] Judul-judul di bawah siri ini telahpun dikeluarkan untuk PlayStation, PlayStation 2, PlayStation Portable, Microsoft Windows dan beberapa pelantar telefon bimbit.[2]

King's Field
GenrePermainan video berperanan konsol
PembangunFrom Software
PenerbitFrom Software
ASCII Entertainment
Agetec
SCEE
Metro 3D
PlatformPlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3 PlayStation Portable, Windows, Telefon bimbit
Keluaran pertamaKing's Field
16 Disember, 1994
Keluaran terkiniKing's Field Mobile
2014

King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation di Jepun pada 16 Disember, 1994, iaitu 13 hari selepas konsol PlayStation itu sendiri dijual di pasaran.[perlu rujukan] Rekaan judul ini dalam gaya 3D penuh dan perspektif orang pertama pada waktu itu dipuji dan selaras dengan itu telah menerima kritikan positif.[perlu rujukan] Dua buah judul King's Field kemudiannya telah dikeluarkan dalam jangka masa yang singkat: King's Field II dikeluarkan pada 21 Julai, 1995, dan King's Field III pada 21 Jun, 1996. King's Field IV dikeluarkan beberapa tahun kemudiannya untuk PlayStation 2 pada 4 Oktober, 2001. [3] Sebuah judul yang berkait rapat dengan siri King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation 3 iaitu Demon's Souls pada 5 Februari, 2009 di Jepun.

Rujukan sunting

  1. ^ Kasavin, Greg (1995-12-31). "Berita Game Spot". Gamespot.com. Dicapai pada 2009-04-28.
  2. ^ "Notis-notis Keluaran From Software". Fromsoftware.jp. Dicapai pada 2009-04-28.
  3. ^ "Tarikh keluaran di GameFAQs". Gamefaqs.com. Dicapai pada 2009-04-28.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.