Konflik Portugal-Uthmaniyyah (1580–1589)

Konflik Portugal-Uthmaniyah (1580–1589) adalah sebuah konflik bersenjata di antara Empayar Portugal dan Empayar Uthmaniyah yang berlaku di Lautan Hindi. Bermula pada tahun 1580 sehingga 1584, Tentera Laut Uthmaniyah buat pertama kalinya hanya menyerang kapal-kapal Portugis di Lautan Hindi. Pada tahun 1585, Mirali Beg telah merampas pelabuhan Portugis di Afrika Timur (Baraawe, Jumbo dan Muqdishu).

Konflik Portugal-Uthmaniyah (1580–1589)
Sebahagian daripada Konflik Portugal-Uthmaniyah

Gambaran Mombasa pada kurun ke-16.
Tarikh1586–1589
Lokasi
Pantai Afrika Timur
Keputusan Kemenangan Portugal.
Pihak yang terlibat
Portugal Empayar Portugal
disokong oleh
Malindi
Zimbas
 Empayar UthmaniyahEmpayar Ajur[1]
disokong oleh
Lamu
Pate
Faza
Mombasa
Pemba
Komandan dan pemimpin
Dom Duarte de Meneses
Martim Afonso de Melo
Manuel de Sousa Coutinho
Tomé de Sousa Coutinho
Mateus de Vasconcelos
Mir Ali Bey #

Pada tahun 1586, tentera Portugis berjaya mengusir Uthmaniyah di bawah Patta dan Melinde, tetapi sebuah armada Portugal telah musnah akibat ribut berdekatan Yemen dan berhampiran Sungai Mombasa. Mombasa telah dirampas oleh Uthmaniyah, tetapi puak-puak Afrika dari Zimba menyertai pasukan Portugis dan merampas semula kota ini. Kota ini kehilangan ramai penduduknya akibat pembunuhan beramai-ramai selepas kejatuhannya dan dibina semula dan diduduki oleh Portugis.

Ekspedisi Mir Ali Bey ke timur Afrika 1586 sunting

Pada bulan Januari 1586, seorang privatir Turki bernama Mir Ali Bey dengan tidak dijangka telah mengemudi sebuah geliung daripada Mocha di Yemen ke timur pantai Afrika, bertujuan untuk menyerang kapal-kapal Portugis di kawasan ini. Di Mogadishu, Mir Ali Bey menyakinkan para penduduknya untuk memberontak menentang Portugis (yang mana mereka membayar ufti), dan beliau kemudian disertai oleh beberapa buah kapal penduduk tempatan untuk menyokong perjalanan beliau. Selain itu, Barawa dan Faza juga mengistiharkan sokongan dan kesetiaan mereka kepada empayar Uthmaniyah, sehingga Mir Ali Bey mempunyai kira-kira 15 buah kapal.[2] Di Pate, Mir Ali Bey menawan sebuah carrack dagang Portugis. Di Lamu, Mir Ali Bey menawan sebuah geliung kecil milik Roque de Brito Falcão, sementara raja Lamu menyerahkan semua pelarian Portugis yang mencari perlindungan di kota ini kepada Turki. Mir Ali Bey juga menerima satu cadangan untuk mewujudkan sebuah kota di Mombasa. [3]

Semasa belayar pulang ke Mocha, di Pate; Mir Ali Bey menawan sebuah lagi carrack Portugis yang baru tiba daripada Chaul, menjanjikan para penumpangnya kebebasan dengan kargo mereka - sebuah janji yang tidak ditunaikan oleh Mir Ali Bey dan mereka dijadikan hamba.[4] Oleh itu, Mir Ali Bey kembali ke Mocha dengan sekitar 20 buah kapal dan 100 orang tawanan Portugis, yang mana kemudian dijadikan tebusan.[5]

Rujukan sunting

  • Attila and Balázs Weiszhár: Lexicon of War (Háborúk lexikona), Athenaum publisher, Budapest 2004.
  • Britannica Hungarica, Hungarian encyclopedia, Hungarian World publisher, Budapest 1994.
  1. ^ Welch (1950), m/s. 25.
  2. ^ Saturnino Monteiro (2011): Portuguese Sea Battles - Volume IV - 1580-1603. P.140
  3. ^ Saturnino Monteiro (2011): Portuguese Sea Battles - Volume IV - 1580-1603. P.140
  4. ^ Saturnino Monteiro (2011): Portuguese Sea Battles - Volume IV - 1580-1603. P.141
  5. ^ Saturnino Monteiro (2011): Portuguese Sea Battles - Volume IV - 1580-1603. P.141