Konsert Andalusia M. Nasir

Konsert Andalusia M. Nasir ialah konsert oleh penyanyi dan komposer Malaysia, M. Nasir. Konsert ini diadakan pada 29 Januari 2000 di Stadium Merdeka dan ia mencipta sejarah apabila menjadi konsert pertama yang mendapat iringan muzik orkestra. Senarai lagu termasuk lagu-lagu popular dari album-album beliau serta lagu-lagu bersama kumpulan Kembara.[1][2]

Konsert Andalusia M. Nasir
Konsert oleh M. Nasir
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatStadium Merdeka
Album berkaitan
Tarikh29 Januari 2000
Jumlah persembahan1
Artis jemputan
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert sunting

Konsert Andalusia M. Nasir diadakan di Kuala Lumpur pada 29 Januari 2000 di Stadium Merdeka, dan menampilkan Senario, Erra Fazira dan Siti Nordiana sebagai artis jemputan. Konsert ini juga diadakan bagi mengubati kekecewaan peminat akibat pembatalan konsert Srikandi yang sepatutnya diadakan sempena pelancaran album Srikandi Cintaku.[1] Reka bentuk pentas konsert dihasilkan oleh Jalil Ngah yang mengambil kira konsep Andalusia yang ada dalam 20 buah lagu yang akan dinyanyikan dalam konsert itu. Konsert ini merupakan konsert akustik. M. Nasir menggabungkan lebih 70 pemuzik termasuk penyanyi koir dan penyanyi latar di atas pentas sepanjang 100 kaki.[2][3] Dalam konsert yang berlangsung selama 4 jam, M. Nasir menyampaikan lagu-lagu popular beliau dari album-albumnya serta lagu-lagunya bersama kumpulan Kembara.[4]

Senarai lagu sunting

  1. "Andalusia"
  2. "Mentera Semerah Padi"
  3. "Mustika"
  4. "Bonda"
  5. "Kias Fansuri"
  6. "Lara"
  7. "Hati Emas"
  8. "Ekspres Rakyat"
  9. "Rajawali Terbang Tinggi"
  10. "Sentuhan Listrikmu"
  11. "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  12. "Apokalips"
  13. "Keroncong Untuk Ana"
  14. "Suatu Masa"

Tarikh konsert sunting

Tarikh Bandar Negara Lokasi
29 Januari 2000 Kuala Lumpur Malaysia Stadium Merdeka, Bukit Jalil

Tetamu sunting

Tarikh Tetamu
29 Januari 2000 Senario, Erra Fazira, Siti Nordiana

Tenaga kerja sunting

  • M. Nasir - penyanyi
  • Jalil Ngah - pereka bentuk
  • Ali Bakar - penerbit konsert
  • BoxOffice Malaysia - penganjur konsert
  • Touch 'n Go - penaja

Rujukan sunting

  1. ^ a b Tengku Khalidah Tengku Bidin (15 Januari 2000). "Konsert M. Nasir pembuka alaf baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 April 2015 – melalui Prahara Seni.
  2. ^ a b Tengku Khalidah Tengku Bidin (27 Januari 2000). "Konsert Andalusia semangat kegemilangan silam". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 April 2015.
  3. ^ Akmal Abdullah (20 Januari 2000). "Konsert Andalusia guna 100 pemuzik". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  4. ^ Zainuri Misfar (20 Januari 2000). "Persembahan terbaik Konsert Andalusia". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2020.