Kuil Arulmigu Balathandayuthabani

Kuil Arulmigu Balathandayuthabani terletak di atas bukit, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang, Malaysia. Di dalamnya terdapat dewa Murugan yang dihiasi dengan warna emas. Terdapat 276 anak tangga untuk mendaki ke atas bukit. Bukit ini sebahagian daripada Bukit Bendera, Pulau Pinang. Masyarakat India di Malaysia yang berugama Hindu akan mengunjungi kuil setiap tahun sempena perayaan hari Thaipusam .

Perayaan Thaipusam 2009 sunting

Pada 7 dan 8 Februari 2009, beberapa lokasi kuil utama di Malaysia dikunjungi masyarakat India dan pelancong asing . Penganut akan membawa kavadi dalam pelbagai saiz , bentuk dan berat menaiki 276 anak tangga untuk mendapatkan restu dewa Murugan. Mereka bersyukur kerana kejayaan dalam pelbagai lapangan, memecahkan kelapa di atas jalan dan memohon kejayaan pada masa mendatang. Ada pelbagai patung dewa dalam kuil tersebut. Thaipusam dirayakan pada bulan purnama di bulan Thai mengikut kalendar Tamil iaitu antara Januari - Februari. Thaipusam dirayakan sempena kejayaan Dewa Murugan berjaya memusnahkan kekejaman dengan memanah 'Vel' pemberian ibunya Dewi Parvathi.

Tradisi memecah buah kelapa di stas jalan raya dari Kuil Kovil Veedum di Lebuh Penang ke Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Kebun Bunga . Penganut Hindu terpaksa berjalan jauh kira-kira 10 km dan mengarak patung emas Dewan Murugan. Kelapa mengandungi air putih dan suci tanpa sebarang pencemaran menjadi simbolik kejayaan mereka. 'Archenai' iaitu talam yang diisi dengan kelapa dan buah-buahan turut dibawa untuk diserahkan kepada sami yang mengikuti perarakan itu untuk melakukan sembahyang.

Patung dewa Murugan akan diarak balik dari Kuil Nattukottai Chettiar di Jalan Kebun Bunga ke Kuil Kovil Veedum di Jalan Penang.[1]

Rujukan sunting