Lelaki Macam Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2016 yang diarahkan oleh Hashim Rejab. Drama ini dibintangi oleh Azrel Ismail, dan Izreen Azminda. Siri drama ini memulakan tayangan perdananya menerusi Slot MegaDrama di saluran Astro Ria bermula 18 Julai 2016 dan menggantikan drama Assalamualaikum Cinta.[1]

Lelaki Macam Dia
GenreDrama, cinta, komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Mamat Muka Selenga karya Aliesha Kirana
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Azrel Ismail
Izreen Azminda
Akhmal Nazri
Zera Hariz
Lagu pembukaan"Jangan Jangan" nyanyian Wani Kayrie
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20
Syarikat penerbitan
Country & Universal Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal18 Julai 2016–11 Ogos 2016
Kronologi
MengikutiAssalamualaikum Cinta
Diikuti olehSi Kolot Suamiku

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Penerbitan dan siaran sunting

Lelaki Macam Dia merupakan sebuah drama dalam bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd dengan arahan oleh Hashim Rejab. Drama ini merupakan drama yang beradaptasi daripada sebuah novel Malaysia yang bernama Mamat Muka Selenga. Novel itu ditulis oleh Aliesha Kirana. Drama ini ditayangkan di saluran Astro, Astro Ria dan Astro Ria HD menerusi Slot MegaDrama,[2] bermula 18 Julai 2016 hingga 11 Ogos 2016.

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j Drama Lelaki Macam Dia. MyInfoTaip. Dicapai 3 Ogos 2021.
  2. ^ a b c d Ahmad Shah (2016-07-21). "Trending di Twitter, Lelaki Macam Dia Dapat Respon Positif Netizen". Gempak.com. Dicapai pada 2023-11-19.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (2019-01-27). "Syamim daki puncak". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 2023-11-19.