MEKO 200 adalah sebuah kelas frigat yang direka oleh limbungan Blohm + Voss daripada Jerman, sebagai salah sebuah daripada keluarga kapal perang MEKO.

Frigat Tentera Laut Turki, TCG Oruç Reis berlepas daripada Pangkalan Tentera Laut Portsmouth di United Kingdom, pada 21 September 2009.
Ringkasan kelas
Pembina: Blohm + Voss
Pengguna:
Dalam perkhidmatan: 1987–kini
Disiapkan: 25
Aktif: 25
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran: 3,400 tan (muatan penuh)
Panjang: 118 m (387 ka)
Lunas: 14.8 m (49 ka)
Draught: 4.3 m (14 ka)
Jana kuasa: 1 × turbin gas General Electric LM2500+ dan 2 × enjin diesel MTU 12V1163 TB83, memacu 2 x aci dengan bebaling pitch boleh laras dalam konfigurasi CODOG.
Halaju: 32 knot (59 km/j)
Jarak: 6,000 batu nautika (11,000 km) at 18 knot (33 km/j)
Anak kapal: 220
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Sonar: Thomson Sintra Spherion B Mod 5; pemasangan badan; pencari dan penyerang aktif; frekuensi medium. Cadangan untuk jujukan tunda
  • Radar pencari udara: Raytheon AN/SPS-49(V)8 ANZ (C/D-band)
  • Radar pencari permukaan: CelsiusTech 9LV 453 TIR (Ericsson Tx/Rx) (G-band)
  • Navigasi: Atlas Elektronik 9600 ARPA (I-band)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • ESM: Racal ubahsuai Sceptre A (pemintas radar), Telefunken PST-1720 Telegon 10 (pemintas komunikasi)
  • Pertahanan diri: Pengumpan: Pelancar pengumpan G & D Aircraft SRBOC Mk-36 Mod 1 untuk SRBOC
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:

Kelainan sunting

Kelas Anzac (MEKO 200) sunting

 
HMAS Parramatta, sebuah kapal frigat MEKO 200 kelas-Anzac dalam Tentera Laut Diraja Australia.

10 buah frigat MEKO 200 telah dibina berdasarkan rekabentuk kelas Anzac: 8 buah untuk Tentera Laut Diraja Australia, dan 2 buah untuk Tentera Laut Diraja New Zealand.

Jabatan Pertahanan Australia memutuskan untuk menaik taraf kapal kelas Anzac mereka meskipun kapal-kapal ini belum siap dibina, konfigurasi naik taraf termasuk— peluru berpandu anti kapal RGM-84 Harpoon yang dipasang dalam dua buah pelancar berganda empat, peluru berpandu Evolved Sea Sparrow yang dipasang dalam VLS membolehkan 32 buah peluru berpandu boleh dibawa, empat buah ruang pengumpan peluru berpandu aktif Nulka, periuk api TSM 5424 Petrel dan sistem sonar mengelakkan halangan. Kesemua naik taraf dan perolehan baharu dijadualkan siap pada tahun 2006.

Pada tahun 2004 Tenix, Saab, dan Jabatan Pertahanan Australia menubuhkan sebuah Kerjasama Awam Persendirian untuk menaik taraf keupayaan pertahanan anti kapal selam kelas Anzac. Naik taraf ini termasuk keupayaan Sagem Vampir NG IRST (jejak dan cari infra-merah), naik taraf SIstem Pengurusan Tempur Saab dan radar dan iluminasi jujukan fasa aktif CEA Technologies PAR 3D band E/F. Sebuah tiang baharu akan dibina untuk menggabungkan sistem-sistem CEAFAR[[:]] dan CEAMOUNT[[:]] dan mengekalkan keupayaan pengawasan elektronik dan radar 2D sedia ada.

Kelas Yavuz/Barbaros (MEKO 200TN) sunting

 
TCG Kemal Reis, sebuah frigat kelas-Salih Reis (MEKO 200 TN Track II-B) dalam Tentera Laut Turki.

Kelainan bagi Turki iaitu MEKO 200TN, adalah sebuah frigat pelbagai peranan MEKO 200 yang telah diubahsuai. Pesanan pertama untuk Tentera Laut Turki telah ditandatangani pada bulan April 1983 dengan dua buah MEKO 200TN akan dibina di Jerman dan dua buah lagi akan dibina di limbungan Gölcük di Turki. Kapal-kapal ini juga akan dikenali sebagai MEKO 200TN Track I atau kelas Yavuz. Dua buah pesanan tambahan tiba, setiap satunya dikenali dengan Track IIA kelas Barbaros dan Track IIB. Frigat kelas Yavuz menerima pakai kaedah pendorongan CODAD dengan 4 buah enjin diesel MTU 20V, yang mana memerlukan jumlah penyelenggaraan yang besar. Terdapat juga persoalan tentang pemilihan Sea Zenith yang dikeluarkan oleh Switzerland, sebuah sistem CIWS termaju yang tidak pernah digunakan pada mana-mana pelantar laut, tetapi tiada laporan negatif berkaitan dengan keupayaan sistem ini daripada Tentera Laut Turki. Frigat Track IIA terkemudian menggabungkan beberapa penambahbaikan besar termasuk kaedah pendorongan CODOG dengan dua buah enjin diesel MTU 16V dan dua buah turbin gas LM2500-30, sesaran yang lebih besar iaitu 3,350 tan (muatan penuh) dan pertukaran pelancar usang Mk-29 Sea Sparrow dengan Mk-41 Mod 8 VLS.

Frigat-frigat ini tidak akan digunakan untuk tugasan penguasaan laut tetapi lebih kepada aset larangan laut yang mana akan cuba membuat kerosakan maksima kepada musuh, sementara pada masa yang sama cuba merendahkan kerosakan kepada sekutu. MEKO200TN Track I/IIA/IIB akan memiliki halaju maksima pada 27/31+ knot, dengan jarak 4,000 batu nautika (7,400 km; 4,600 bt) pada halaju 20/22 knot. Persenjataannya termasuk meriam FMC Mk 45 kaliber 127 mm/54, lapan buah peluru berpandu RGM-84 Harpoon, dua buah tiub torpedo berkembar tiga Mk 32 324 mm, dan peluru berpandu 8/16 RIM-7 Sea Sparrow. Peralatan elektronik termasuk radar pengawasan udara/permukaan DA 08/ AWS-9, radar penjejak WM 25/ AWS 6, radar navigasi TM 1226/ 2690BT ARPA, dan Sistem Kawalan dan Arahan Taktikal STACOS TU/FD. Frigat Turki juga akan dilengkapi dengan Sistem Kawalan Tembakan WM25/ COSYS DDWCS, sebuah sonar DE1160, dan sistem komunikasi Link 11/14 VESTA CDL2, MCS2002.

Kelas Vasco da Gama (MEKO 200PN) sunting

 
Frigat NRP Corte Real milik Tentera Laut Portugal menyertai lintasan hormat dalam Majlis Atlantik Utara semasa Hari Laut.

Kapal kelas Vasco da Gama, satu pembangunan ke atas konsep MEKO 200 PN, merupakan kapal permukaan utama dalam perkhidmatan Tentera Laut Portugal. Portugal mengoperasikan tiga buah kapal dari kelas ini, yang mana telah dibina di Kiel oleh Blohm + Voss dan kemudian oleh HDW, dengan menggunakan teknik pembinaan modular. Kapal-kapal ini unik dalam keluarga MEKO 200 kerana ia satu-satunya menggunakan meriam laut Perancis 100mm sebagai meriam utamanya.

Projek pembinaan bagi tiga buah kapal frigat kelas ini telah diluluskan oleh kerajaan Portugal pada tahun 1985, lima tahun selepas permohonan dibuat oleh Tentera Laut Portugal untuk memperoleh kapal-kapal permukaan baharu.

Kelas Hydra (MEKO 200HN) sunting

 
Sebuah frigat milik Tentera Laut Greece, HS Psara berlayar di Firth of Clyde, Scotland, pada permulaan latihan pelbagai negara Neptune Warrior (NW 063).

Frigat MEKO mempunyai spesifikasi tahap tinggi terhadap ketahanan kejutan, keperluaan kekakuan untuk sistem radar dan kawalan tembakan, ketahanan tekanan gas dan letupan untuk mengekalkan integriti persenjataan yang dibawanya. Badannya dibina dengan keluli yang mempunyai ketegangan tinggi dengan kekuatan yield sebanyak S355 N/mm² 'gred keluli struktur'.

Kapal ini dibahagikan kepada 12 bahagian kedap air, yang mana akan berfungsi hampir bebas antara satu sama lain. Setiap ruang juga mempunyai pemindahan data bebas ke Sistem Automasi Laut, Nautos yang dipasang di atas kapal.

Empat buah frigat kelas-Hydra dalam Tentera Laut Greece adalah dari rekabentuk keluarga MEKO 200HN seberat 3200-tan. Empat buah kapal pertama, Hydra telah dibina oleh Blohm + Voss di Hamburg dan ditauliahkan pada tahun 1992. Tiga buah selepasnya pula telah dibina di Hellenic Shipyards Co. di Skaramagas. Spetsai telah ditauliahkan pada tahun 1996, Psara pada tahun 1998 dan Salamis pada tahun 1999. Tiga buah frigat kelas Hydra telah diaturgerak untuk menyokong Operasi Enduring Freedom 2002–2003.

Kelas Valour (MEKO A-200SAN) sunting

 
SAS Spioenkop sebelum senjata dan penderia dipasang

Empat buah kapal frigat kelas-Valour: SAS Amatola, SAS Isandlwana, SAS Spioenkop dan SAS Mendi telah dibina oleh Blohm + Voss untuk Tentera Laut Afrika Selatan antara 2000 dan 2005.

Penambaikan rekabentuk A-200SAN menggabungkan ciri-ciri pengurangan tanda. Sistem pengurusan pertempuran juga bersumberkan daripada Thales. Dua buah SuperLynx 300, sebuah Atlas Oryx, dua buah AgustaWestland AW109, sebuah Rooivalk atau pelbagai jenis UAV boleh dibawa oleh kapal ini.

Kelas El Radii (MEKO A-200AN) sunting

Dua buah frigat MEKO A-200AN iaitu El Radii, dan El Moudamir, telah dibina untuk Tentera Laut Algeria oleh ThyssenKrupp Marine Systems, setelah pembangunan lanjut dilakukan ke atas rekabentuk kelas Valour.[2] Terdapat pilihan untuk menambah dua buah kapal lagi seperti dalam kontrak.

El Radii adalah kapal frigat MEKO A-200 AN buatan Jerman yang ditauliahkan dalam Tentera Laut Algeria.

Berdasarkan kepada sebuah model skala frigat MEKO A-200 AN yang dipamerkan di booth CMN/Privinvest semasa Euronaval 2014, sebuah kelas baharu frigat yang dipersenjatai berat:

  • 1 × meriam utama Oto Melara 127/64 LW 127 mm (kemungkinan dengan peluru VULCANO)
  • 2 × meriam MSI 30 mm (kemungkinan dengan model SEAHAWK A2)
  • 16 × peluru berpandu anti kapal SAAB RBS-15 Mk3
  • 32 × VLS untuk peluru berpandu permukaan ke udara Denel Umkhonto-IR
  • 2 × pelancar torpedo MU90
  • 4 × pelancar pengumpan Rheinmetall MASS
  • 2 × sistem pelancaran pertahanan diri akuastik WASS/Finmeccanica MORPHEUS (pada setiap sisi sel VLS. Navy Recognition asalnya percaya ia adalah pelancar pengumpan SAGEM NGDS tetapi wakil TKMS mengesahkan ianya adalah sistem WASS.)

Sut-sut penderia termasuk:

  • Radar pengawasan SAAB Sea Giraffe AMB 3-D
  • Sonar pemasangan badan ATLAS ASO
  • Radar kawalan tembakan/optronik SAAB CEROS 200

Serupa dengan kelas Valour, MEKO A-200 AN seolah-olah dipasang dengan sistem CODAG-WARP (COmbined Diesel And Gas turbine-WAter jet and Refined Propellers) yang bukan biasa yang mana digabungkan dalam sebuah pemacu jet air, selain dua buah bebaling.[3]

Pengguna sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://twitter.com/D__Mitch/status/1067064320184516612
  2. ^ "Second Algerian Meko frigate arrives home".
  3. ^ "First of Two German built MEKO A-200 AN Frigate Commissioned with Algerian Navy". Navyrecognition.com. 2016-02-29. Dicapai pada 2016-05-21.
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2014. Dicapai pada December 25, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ "German built MEKO A-200 AN Frigate for Algerian Navy launched by TKMS in Kiel". December 18, 2014.

Pautan luar sunting