Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Kok Lanas yang menang bertanding diatas tiket PN-PAS pada PRN-15. Beliau merupakan ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang telah memenangi kerusi tersebut pada Pemilihan Agung BERSATU sesi 2019-2022 pada 23 Ogos 2020 lalu. Beliau juga merupaka mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin. [1]
Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi DIMP (Pahang) | |
---|---|
Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Memegang jawatan 5 September 2023 | |
Yang Dipertua | Mohd Amar Abdullah |
Didahului oleh | Abdul Fattah Mahmood |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Kok Lanas | |
Memegang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Md Alwi Che Ahmad |
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Memegang jawatan 23 Ogos 2020 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Butiran peribadi | |
Parti politik | BERSATU |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Profesion | Akauntan |
Kerjaya sunting
Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berkelulusan sebagai Akauntan Bertauliah. Beliau menubuhkan sebuah perniagaan koperasi yang dinamakan sebagai Koperasi Wawasan Malaysia Berhad yang mana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah.[2] Beliau juga adalah Ahli Majlis Majlis Amanah Rakyat.[3]