Dr. Mohd Aleef Yusof ialah seorang ahli politik dan doktor perubatan[1] di Malaysia. Beliau telah terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi DUN Sungai Udang dalam pilihan raya negeri Melaka 2021 mewakili Perikatan Nasional[2].

YB Dr.

Mohd Aleef Yusof

ADUN; MBBS (MSU)
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Sungai Udang
Memegang jawatan
27 Disember 2021
Didahului oleh Idris Haron
Butiran peribadi
LahirMohd. Aleef bin Yusof
(1986-01-17) 17 Januari 1986 (umur 38)
Kandang, Melaka
Parti politik BERSATU
PasanganDr. Nurul Liyana Husain
PekerjaanAhli politik
ProfesionPegawai perubatan

Minat mendalam terhadap dunia politik dan niat menabur bakti kepada masyarakat dan negeri Melaka mendorong calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof melepaskan kerjaya profesionalnya sebagai seorang doktor.

Calon muda berusia 35 tahun itu yang dipertaruhkan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini berkata, minatnya untuk menabur bakti kepada rakyat dan negeri Melaka menerusi platform politik telah berputik sejak di bangku sekolah dan kian subur ketika menuntut di universiti.

Bagaimanapun cita-cita anak jati Melaka itu untuk terjun ke dunia politik pada usia lebih awal tertangguh seketika disebabkan terikat kontrak pekerjaan selain demi mencapai cita-cita diidamkannya untuk menjadi seorang doktor.

Mohd Aleef yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Management and Science University (MSU) pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan sebelum berhijrah ke hospital swasta di Melaka.

Kerjaya:

  • Pegawai perubatan kerajaan
  • Pegawai perubatan hospital Mahkota Medical Centre, Melaka

Pendidikan:

  • Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan, MSU

Pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Melaka: Sungai Udang[3][4]
Tahun Nama Undi Lawan Undi Majoriti
2021 Mohd Aleef Yusof (Bersatu) 6,789 Mohamad Ali Mohamad (UMNO) 6,259 530
Hasmorni Tamby (PKR) 2,035
Mohd Zahar Hashim (Bebas) 471

Rujukan sunting

  1. ^ BERNAMA (November 9, 2021). "Lepas kerjaya sebagai doktor, ceburi dunia politik". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ Media Mulia (20 November 2021). "PN menang kerusi Sungai Udang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2021.
  3. ^ Senarai penuh calon PRN Melaka
  4. ^ Keputusan PRN Melaka 2021