Muhammad Faiz Na’aman

Dr. Muhammad Faiz Na’aman adalah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang dilantik pada 2016. Beliau berkelulusan doktor perubatan (MBBS) dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), kini Universiti Cyberjaya, dan pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga adalah pemegang Diploma Mikrobiologi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1][2][3]

Dr.

Muhammad Faiz Na’aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Dalam jawatan
2016–2023
PresidenMahiaddin Yassin
Ahli Lembaga Pengarah
Institut Koperasi Malaysia
Dalam jawatan
2020–2021
Butiran peribadi
LahirKuala Lumpur
Parti politik (2024-kini)
(2020-2023)
(2016-2020)
KediamanPutrajaya
PekerjaanAhli politik, Usahawan
ProfesionDoktor

Beliau kini bergelar usahawan dalam pelbagai jenis perniagaan. Sebelum penubuhan Parti BERSATU, Dr. Faiz merupakan Ahli Dewan Tertinggi NGO PERKASA. Dr. Faiz pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden ASEAN-China Business Council (ACBC) oleh satu entiti swasta dan kini menjawat sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak 2018.

Pada 16 Julai 2020, Dr. Faiz telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu Dr. Faiz juga merupakan ahli Panel Pemikir NGO Malaysia Corruption Watch (MCW) sejak 2019 yang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)[4]. Dr. Faiz turut berperanan sebagai Penasihat Lembaga Eksekutif Persatuan Pegawai Keselamatan Pelabuhan Malaysia (MAPAS).

Rujukan sunting

  1. ^ Oleh Dr Muhammad Faiz Na'aman, "Runtuhnya Srivijaya" Diterbitkan 1 Ogos 2018, 9:00 pagi . Diambil 08 Disember 2018
  2. ^ Oleh ZAKI AMIRUDDIN "AHLI Majlis Tertinggi PPBM, Dr. Muhammad Faiz Na'aman (dua dari kanan) bercakap kepada pemberita mengenai isu penyalahgunaan kuasa politik......" UTUSAN ONLINE 19 Jun 2018. Diambil 08 Disember 2018
  3. ^ Oleh Sinar Harian, "'Jangan meroyan kalau orang pilih Grab dari teksi'" Sinar Harian | Diterbitkan pada 22 Oktober 2018. Diambil 08 Disember 2018
  4. ^ "Ex-EC chief now Bersatu's VP in new line-up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-05. Dicapai pada 2018-12-05.

Pautan luar sunting