Yang Berbahagia Datuk Haji Muhiddin @ Mohd Anas bin Yusin adalah Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran[1] yang dilantik pada 27 November 2018 lalu. Beliau juga merupakan mantan Pengarah Pelajaran Sabah dari 2010 hingga 2012[2] ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia.

Yang Berbahagia Datuk Haji

Muhiddin Yusin

PGDK, ASDK, ADK, BSK (Sabah)
Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Dalam jawatan
27 November 2018 – 24 Februari 2020
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2022)
Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)
MenteriMohd Radzi Md Jidin (2020-2022)
Maszlee Malik (2018-2020)
Pengarah Pelajaran Sabah
Dalam jawatan
2010–2012
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehDatuk Normah Gagoh
Digantikan olehDatuk Jame Alip
Butiran peribadi
LahirMuhiddin @ Mohd. Anas bin Yusin
(1954-02-01) 1 Februari 1954 (umur 70)
Sabah Kundasang, Ranau, Sabah
Parti politik PKR
PendidikanIjazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)
Alma materSheffield Hallam University, UK
PekerjaanGuru
AnugerahLihat senarai

Pendidikan sunting

Beliau adalah lulusan dari Maktab Perguruan Gaya, Sabah (1975). Seterusnya beliau mendapat ijazah pertama, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1982). Setelah itu, beliau menyambung pengajian di United Kingdom peringkat sarjana di Sheffield Hallam University, Sheffield dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) (1994).

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada 1976 apabila dilantik sebagai guru di Sekolah Menengah Sanzac selama 2 tahun. Seterusnya beliau dinaikkan pangkat menjadi Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1983 hingga 1986.

Setelah itu, beliau telah ditugaskan sebagai Penolong Pengarah, Unit Naik Pangkat dan Tatatertib, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan di Jabatan Pendidikan Sabah (1986-1988). Seterusnya dilantik sebagai Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (1989-1991). Kemudian beliau memangku jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (1991-1993), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan Dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (1993-1995), Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Sabah (1995-1998), Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sabah (1998-2003), Ketua Sektor Pengurusan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (2003-2005), Ketua Penolong Pengarah, Sektor Dasar, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005-2007), Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah (2007-2010), Pengarah Pelajaran Sabah (2010-2012) dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada 27 November 2018 lalu.[3]

Politik sunting

Beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2013[4] kerana tidak berpuas hati dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak memberi dana yang secukupnya untuk pendidikan di Sabah. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah bertanding untuk kerusi DUN Karanaan menentang penyandang kerusi, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dari Barisan Nasional namun tewas dalam pertandingan 4 penjuru tersebut.[5]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sabah[6]
Tahun DUN Kerajaan Undian % Lawan Undian % Jumlah Pengundi Majoriti Keluar Mengundi
2013 Karanaan Masidi Manjun (BN) 6,292 Muhiddin @ Mohd Anas Yusin (PKR) 2,792 12,456 3,500 10,353
Jalidin Paidi (STAR) 1,067
Mat Jaili Samat (BEBAS) 31

Anugerah sunting

Darjah kebesaran sunting

  •   Panglima Gemilang Darjah Kinabalu - Datuk
  •   Ahli Setia Darjah Kinabalu
  •   Ahli Darjah Kinabalu
  •   Bintang Setia Kinabalu

Anugerah lain sunting

  • Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sabah (2019)[7]

Rujukan sunting

Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Datuk Normah Gagoh
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
2010-2012
Diikuti oleh:
Datuk Jame Alip