Ngasri Sain (lahir 31 Mei 1950 di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor) ialah seorang juruhebah radio, pengacara televisyen, pelakon dan penyampai suara latar Malaysia.[1][2]

Ngasri Sain
Kelahiran (1950-05-31) 31 Mei 1950 (umur 73)
PekerjaanJuruhebah radio, pengacara televisyen, pelakon, penyampai suara latar
PasanganHabibah Jaafar
Anak-anak

Beliau memulakan kerjayanya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dikenali dengan suara emasnya dalam kerjaya beliau sebagai juruhebah. Selain itu, beliau juga berbakat sebagai pengacara televisyen dan pernah menjadi pengacara rancangan bual bicara pagi RTM, Selamat Pagi Malaysia serta menjadi penyampai suara latar untuk banyak iklan di TV dan radio.[1][2]

Ngasri berkahwin dengan bekas pelakon, Habibah Jaafar dan dikurniakan 6 anak,[3] yang mana 4 daripadanya berkecimpung dalam industri seni sebagai pelakon. Anak-anak beliau bersama Habibah ialah Nasliza, Naszeli, Nasrizal, Nasreen,[4][5] Naszriah dan Nassuhada. Beliau dan isterinya juga bertanggungjawab menguruskan kerjaya seni dan pendidikan anak-anak mereka.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ Adam Salleh (13 November 1991). "Akauntan idaman gadis Ngasri Sain". Harian Metro. Dicapai pada 27 Julai 2022.
  2. ^ Nurul Adlina Kamaludin (12 Oktober 1997). "6 beradik mahu cemerlang dua bidang". Berita Minggu. Dicapai pada 27 Julai 2022.
  3. ^ Wahidah Asrani (1 Jun 2009). "Ngasri sebak 'lepaskan' Darling". mStar Online. Dicapai pada 27 Julai 2018.

Pautan luar sunting