Datuk Wira Noordin bin Yaani (1941 – 20 Mei 2022) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi DUN Sungai Udang pada penggal 1995-1999 mewakili Barisan Nasional. Beliau juga pernah menjadi setiausaha politik bagi Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik dari 1982 hingga peletakan jawatan Abdul Rahim pada 1994[1].

Noordin Yaani
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.Negeri
Dalam jawatan
1995–1999
Ketua MenteriMohd Zin Abdul Ghani
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Sungai Udang
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehMohd Ali bin Mohd Rustam
Digantikan olehAbdul Karim Sulaiman
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka
Dalam jawatan
1982–1994
Ketua MenteriAbdul Rahim Thamby Chik
Butiran peribadi
Lahir1941
Meninggal dunia20 Mei 2022
Hospital Alor Gajah, Melaka
Sebab kematianSakit tua

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Malaysia
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2016)
  •   Melaka
    • Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) - Datuk (1995)
    • Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) - Datuk Wira (2017)

Meninggal dunia sunting

Noordin meninggal dunia pada 20 Mei 2022 di Hospital Alor Gajah, Melaka akibat sakit tua. Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan orang anak[2].

Rujukan sunting

  1. ^ Farah Suhaidah Othman (20 Mei 2022). "Tokoh UMNO Melaka Datuk Wira Noordin Yaani meninggal dunia". Melaka Hari Ini. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  2. ^ Amir Mamat (Mei 20, 2022). "Bekas ADUN Sungai Udang meninggal dunia". BH. Dicapai pada 31 Mei 2022.