Norish Karman

Pelakon wanita Malaysia

Nor'Ashikin "Norish" Karman (lahir 11 Mei 1974) adalah pelakon filem dan drama Malaysia, kelahiran Singapura.

Norish Karman
Kelahiran
Nor'Ashikin binti Karman

(1974-05-11) 11 Mei 1974 (umur 49)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1995–kini
PasanganHashimuddin Abdul Kadir (k. 1998; c. 2008)
Anak-anak4
Ibu bapa
  • Karman Sukarjo (bapa)
  • Sherifah Salmah Aljunied (ibu)

Kerjaya sunting

Drama lakonannya ialah drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Hj. Azmi. Drama Spa Q juga menarik. Dia juga terpilih sebagai juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang.

Cerekarama Mahar Untukmu yang disiarkan di slot Cerekarama di TV3 bersama Adi Putra dan Nabila Huda mengundang perhatian penonton.

Kehidupan peribadi sunting

Norish Karman pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 di Perlis. Bagaimanapun mereka sah bercerai pada 15 Julai 2008. Hishamuddin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Menerusi perkahwinan itu, Norish dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12; Muhammad Hady Amieran, 9; dan Nur Hanyz Amanda, 8.[1] Pada 2011, Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberi hak penjagaan tiga anaknya kepada beliau. Norish memfailkan kes itu pada 10 Oktober 2008.[2]

Kehadiran anak ke-4 bernama Haq Lutfie Alexander pada 24 September 2011 menimbulkan tanda tanya kerana selepas bercerai, Norish tidak pernah mengumumkan sebarang majlis pernikahan semula dirinya. Anak bungsunya itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya melalui pembedahan.[3] Beliau menetap di sebuah perumahan elit di Mont Kiara, Selangor. Ibunya Sherifah Salmah Aljunied, 66, dan bapanya Karman Sukarjo, 74, kini bersamanya di Mont Kiara. Norish Karman adalah anak kedua dalam tiga beradik perempuan.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Sayang Salmah Salmah Filem pertama
1998 Iman Alone Yati
Raja Melewar Sani Naam
2008 KAMI The Movie Ibu Ali
2012 Kahwin 5 Monalisa
2015 Gamatisme
2022 Juang Ketua Jururawat
TBA Projek: Kahar Datin Pra-produksi
Musytari Dalam perancangan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Anakku Sazali Drama pertama
2001 Astana Idaman (Musim 1) Tengku Intan Astro Ria
2006–2007 Diari Ramadhan Rafique Siti Zubaidah TV3
2007-2008 Spa Q Qistina
2008 Lara Rindu Mahsuri
2010 Asmaradana Raja Marlia
Ular Emas Ular Hitam
2010–2011 Ayoub Norma
2011 Cinta Antara Kita Puan Anita
Tahajjud Cinta Puan Nora Asyikin
2012 Ampunkan Dosaku Sarimah
Julia Puan Anis
2013 Love You Mr. Arrogant Puan Sri Maryam
Sangkar Maznah TV9 Penampilan khas
2015 Ajaibnya Cinta Datin Suzana TV3
Kalau Hati Ini Rama-Rama TV2
2019 Diari Ramadhan Rafique Reunion Siti Zubaidah TV3
2020 Seadanya Aku Kartina
Pengantin Satu Malam Datin Roziah/Frida
2021 Perisik Cinta Tak Diundang Mak Tah
Mr. Bibik Puan Ameena
Bila Hati Berbisik Tengku Anis TV Okey Penampilan khas
2023 Perempuan Itu Ustazah Khafila Tonton Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Neon Pelanggan Restoran II VCD
2012 Mahar Untukmu Tengku Marina TV3
2014 Love You Mr Arrogant Raya Datin Maryam
2015 Aku Mahu Ke New York 1 Datin Zamzarina Astro Ceria
Aku Mahu Ke New York 2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Leha Astro Warna Episod: "Kebahagiaan Yang Diragut"

Rujukan sunting

Pautan luar sunting