Pak Belalang adalah sebuah cerita rakyat bagi rumpun Melayu. Cerita ini mengisahkan tentang seorang tua yang dipanggil Pak Belalang (kerana mempunyai anak bernama Belalang) yang sentiasa bergantung harap kepada kebijaksanaan anaknya.

Sejarah sunting

Pak Belalang adalah hasil karya seorang penulis berasal daripada Perak iaitu Raja Haji Yahya.[1] Tarikh sebenar beliau karangkan cerita ini adalah tidak diketahui. Namun dapat dipastikan ia telah dikarang sebelum tahun 1908, iaitu tahun di mana cerita-cerita karangan beliau dibukukan untuk pasaran.

Adaptasi sunting

Buku sunting

Cerita Pak Belalang telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk "Cherita Jenaka" yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat popular yang lain seperti Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai oleh Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada tahun 1908. Cetakan ini diulang cetak sebanyak beberapa kali dengan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman.[2] [3]

Filem sunting

  • Pada tahun 1959, sebuah filem adaptasi cerita rakyat ini telah dihasilkan dengan judul "Nujum Pa’ Blalang". Filem ini telah diarahkan oleh Allahyarham P. Ramlee dan dibintangi oleh beliau sendiri sebagai Pak Belalang. Watak anak Pak Belalang pula telah dibintangni oleh Allahyarham Bad Latiff
  • Pak Belalang juga muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Zaibo[4]. Watak anak Pak Belalang pula telah dibintangi oleh Hadziq Hakem.

Lagu sunting

Cerita Pak Belalang turut diadaptasikan ke dalam lirik lagu oleh Kumpulan Kristal di dalam lagu mereka iaitu Resam Pak Belalang menerusi album mereka yang juga berjudul "Pak Belalang".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ T/A (2007). Cerita Jenaka:Bibliografi. Malay Concordance Project. Diperolehi pada 15 Julai 2007
  2. ^ Raja Haji Yahya, Cherita Jenaka, iaitu Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai, ed. R.O. Winstedt & A.J. Sturrock, Singapura: Malayan Publishing House, 1908.
  3. ^ "ANTIQBOOK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-23. Dicapai pada 2008-08-06.
  4. ^ Budiey (27 November 2008). "Ziana Zain Jadi Nenek Kebayan Dalam Filem Magica". Budiey. Dicapai pada 28 Januari 2022.

Pautan luar sunting