Parlimen Singapura ke-12

Parlimen Singapura ke-12 merupakan Parlimen Singapura lalu yang ditubuhkan pada 10 Oktober 2011 dan telah dibubarkan pada 25 Ogos 2015.[2][3] Para anggota parlimen telah ditentukan melalui Pilihan raya umum Singapura 2011 pada 7 Mei 2011, dan sudah dua kali diubah disebabkan oleh pengusiran Anggota Parlimen (AP) Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang pada tahun 2012 dan peletakan jawatan AP SMC Punggol East merangkap Speaker Parlimen pada 2013 akibat hubungan sulit.

Parlimen Singapura ke-12
Parlimen Majoriti
10 Oktober 2011 – 25 Ogos 2015
Dewan
Susunan kerusi di Dewan
Speaker Parlimen
Perdana
Menteri
Ketua
Pembangkang
Sesi
Sesi pertama
10 Oktober 2011-15 April 2014
Sesi ke-2
16 Mei 2014–25 Ogos 2015
Kabinet
Kabinet ke-12
Lee Hsien Loong
10 Oktober 2011-kini
Ahli Parlimen
DipilihNCMPDilantik
8739
<ke-11 ke-13>

Parlimen ke-12 ini dikuasai majoriti Parti Tindakan Rakyat, diketuai oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan anggota kabinet, yang mengambil kuasa pada 7 Mei 2011. Pihak pembangkang pula dipimpin oleh Setiausaha Agung Parti Pekerja, Encik Low Thia Khiang. Speaker Parlimen Singapura ialah Puan Halimah Yacob dari the Parti Tindakan Rakyat. Beliau dilantik sebagai Speaker Parlimen ke-9 pada 14 Januari 2013.

Keputusan pilihan raya umum Singapura 2011 sunting

s • b Ringkasan keputusan pilihan raya umum Parlimen Singapura pada 7 Mei 2011[4]
Parti dan perikatan Pemimpin Jumlah kerusi ditanding Kerusi mng Undian popular % undian sah +/- % undian sah di kawasan ditanding +/-
  Parti Tindakan Rakyat Lee Hsien Loong 87 81 1,212,154 60.14
 
6.46 60.14
 
6.46
  Parti Pekerja Low Thia Khiang 23 6 258,510 12.82
 
3.51 46.58
 
8.15
  Parti Perpaduan Nasional Goh Meng Seng 24 0 242,682 12.04
 
0.95* 39.25
 
6.37*
  Parti Demokratik Singapura Chee Soon Juan 11 0 97,369 4.83
 
0.76 36.76
 
13.53
  Parti Reformasi Kenneth Jeyaretnam 11 0 86,294 4.28
 
Parti baharu 31.78
 
Parti baharu
  Parti Rakyat Singapura Chiam See Tong 7 0 62,639 3.11
 
9.88* 41.42
 
8.90*
  Perikatan Demokratik Singapura Desmond Lim 7 0 55,988 2.78
 
10.21 30.06
 
2.46
Jumlah 87 2,015,636 97.83% jumlah undi
Undian tolak (tidak diisi atau rosak) 44,737 2.17% jumlah undi
Jumlah undi 2,060,373 Peratusan undi: 93.18% jumlah pengundi yang layak
Tidak mengundi 150,729
Jumlah pengundi yang layak (tidak termasuk pengundi tanpa tandingan) 2,211,102
Jumlah pengundi tanpa tandingan (kesemuanya dari GRC Tanjong Pagar) 139,771
Jumlah pengundi 2,350,873
Termasuk kawasan menang tanpa bertanding.
* Dahulunya sebahagian daripada Perikatan Demokratik Singapura. Peralihan undi yang tertera di atas adalah daripada perkongsian undi SDA pada 2006.

Parti Pekerja (WP) dan Parti Rakyat Singapura (SPP) yang telah memperoleh peratusan undi tertinggi di kalangan calon pembangkang yang kalah di dalam pilihan raya umum ini masing-masing diberi kerusi Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi (NCMP) mengikut Perlembagaan. WP diberi 2 kerusi manakala SPP diberi 1 kerusi. Kerusi-kerusi ini kini diduduki oleh Encik Gerald Giam Yean Song dan Encik Yee Jenn Jong dari WP serta Puan Lina Chiam dari SPP.

Pemegang Jawatan sunting

Speaker sunting

  • Michael Palmer (AP Parti Tindakan Rakyat bagi SMC Punggol East) telah dilantik menjadi Speaker Parlimen pada 10 Oktober 2011. Beliau meletak jawatan pada 14 Disember 2012 kerana terlibat dalam hubungan sulit.[1]
  • Charles Chong dari Parti Tindakan Rakyat, AP bagi SMC Joo Chiat, ditetapkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai Pemangku Speaker Parlimen pada 14 Disember 2012. Beliau kemudiannya digantikan oleh Halimah Yacob pada 14 Januari 2013.
  • Halimah Yacob dari Parti Tindakan Rakyat, AP bagi GRC Jurong, dilantik sebagai Speaker Parlimen pada 14 Januari 2013.
  • Charles Chong dan Seah Kian Peng dari Parti Tindakan Rakyat dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen pada 17 Oktober 2011.

Pemimpin sunting

Ketua Dewan sunting

Whip sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Michael Palmer resigns from PAP and Parliament" [Michael Palmer meletak jawatan sebagai anggota PAP dan Parlimen] (dalam bahasa English). Parti Tindakan Rakyat. 12 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-25. Dicapai pada 2015-09-11.
  3. ^ "Dissolution of Parliament on 25 August 2015" [Pembubaran Parlimen pada 25 Ogos 2015]. www.pmo.gov.sg (dalam bahasa English). Pejabat Perdana Menteri Singapura. Dicapai pada 27 Ogos 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Singapore Parliamentary General Election 2011
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-25. Dicapai pada 2015-09-11.