ASWARA sunting

Profil sunting

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

MISI sunting

Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.

Melahir golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.

Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan.

Menjadi badan pengiktirafan pengamal profesional seni budaya dan warisan.

VISI sunting

Menjadi sebuah intitusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.

OBJEKTIF sunting

Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Latar Belakang sunting

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Piagam Pelanggan sunting

ASWARA akan berusaha memenuhi kehendak ” stake holder”, pelajar, ibu bapa, pembekal, industry, penggiat dan pihak media. ASWARA berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti :-

·Menyediakan program pendidikan dan latihan seni budaya dan warisan secara formal yang terbaik dan memenuhi kehendak negara sekurang-kurangnya 10 aktiviti sebulan.

·Menyediakan kurikulum dan kaedah pembelajaran dalam pendidikan Muzik, Penulisan, Tari, Teater, Filem dan Video, Seni Halus dan Warisan berteraskan kesenian tradisional tanpa mengabaikan keperluan semasa.

·Menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan memenuhi dasar pendidikan negara sekurang-kurangnya 77 orang tenaga pengajar berpengalaman di dalam bidang yang diceburi.

·Menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan peralatan pembelajaran yang terbaik sekurang-kurangnya 29 buah ruang pembelajaran.

·Menyediakan bahan-bahan rujukan pembelajaran dan khidmat nasihat mesra.

·Menyediakan khidmat nasihat yang memenuhi keperluan pelanggan