Hj Fadzli Yusof mengendalikan Program I.M.P.A.K NLP
Hj Fadzli Yusof mengendalikan Program I.M.P.A.K NL

Edupreuner & Author sunting

Seorang pencinta ilmu, pendidik, trainer, pakar motivasi dan usahawan – Hj Fadzli Yusof adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada NLPM Centre SDN BHD, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pengembangan potensi dan komunikasi untuk prestasi kerjaya serta bisnes dengan aplikasi NLP yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi.

Hj. Fadzli dilahirkan di Terengganu, Malaysia dan berhijrah ke Kuala Lumpur sejak tahun 1994 untuk menyambung pengajiannya di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Lulusan Sarjana Muda (kepujian) Undang-Undang dan Sarjana (Master) dalam Perbandingan Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), beliau gigih menimba ilmu pembangunan diri sehingga bertemu dengan Neuro Linguistic Programming dan menjadi Certified NLP Practitioner (NFNLP) pada tahun 2006.

SEJAK 2004: KINI TELAH MENULIS 50 BUKU MOTIVASI sunting

Minat mendalam Hj. Fadzli untuk berkongsi tip dan teknik kejayaan bermula apabila Berjaya menerbitkan buku pertama; “Mengurus Kerja dan Waktu: Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa”. Mulai sejak itu, Hj. Fadzli telah menerbitkan 50 buah judul buku motivasi dan komunikasi yang telah terjual ratusan ribu naskhah di pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Buku yang ditulis bersama Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 55 Petua Orang Berjaya telah diulangcetak melebihi 30 kali cetakan, bahkan buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah pula mendapat Anugerah Buku Pilihan Pembaca Paling Popular Berita Harian oleh Popular Bookstores 2007.

Sejak tahun 2006, Hj. Fadzli telah dipilih menjadi kolumnis tetap bagi majalah Dewan Siswa, dan dua tahun kemudian kolumnis tetap majalah eSiswa. Beliau juga pernah menjadi kolumnis tetap majalah Mingguan Wanita dan kolumnis bulanan Solusi sejak dari siri pertama sehingga 2016. Sejak 2006, tulisan-tulisan beliau telah muncul di ratusan artikel yang dipublikasikan di majalah-majalah yang menjadi sumber inspirasi bagi jutaan pembaca.

KELAYAKAN PROFESSIONAL BERTARAF ANTARABANGSA sunting

Berpengalaman sebagai Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, beliau memulakan langkah sebagai pendidik, trainer & motivator sejak tahun 2005 dengan memfokuskan kepada program pembangunan potensi diri dan komunikasi kerjaya serta bisnes. Program-program telah Berjaya dihadiri oleh puluhan ribu peserta daripada pelbagai latarbelakang dari agensi swasta, kerajaan sehinggalah syarikat bertaraf dunia. Pada tahun 2009, beliau telah diiktiraf sebagai NLP International Trainer oleh Dr William Horton, selaku Presiden NFNLP (National Federation of NLP) dan mula mengendalikan seminar pentauliahan antarabangsa. Program ini dihadiri oleh ramai usahawan, tokoh korporat, eksekutif, selebriti, pendakwah, dan ramai lagi yang berminat untuk meningkatkan potensi diri dan kemahiran berkomunikasi mereka.

Sejak 2014, beliau telah membangunkan NLP Malaysia Centre yang merupakan penganjur seminar NLP terbesar di Malaysia dengan nama NLP Grand Power Seminar. Pada tahun 2020, NLP Grand Power Seminar telah diadakan secara online yang telah mengumpulkan hampir 10,000 penyertaan. Atas kesungguhan dan komitmennya yang tinggi terhadap pembangunan NLP di Malaysia, Hj. Fadzli telah dipilih sebagai Presiden Kehormat kepada Pertubuhan Neuro Linguistic Programming Malaysia (MSNLP).

Selain daripada dikenali sebagai seorang trainer yang rasional dan objektif, kebanyakan anak didik beliau menyukai konsep dan pendekatan beliau yang mengadunkan di antara ilmu tradisi Islam dengan struktur ilmu terkini, sehingga menjadikan seminar yang dikendalikannya benar-benar mengharmonikan elemen minda, jasmani dan ruhani. Mungkin kerana itulah seminar beliau dianggap antara yang paling senang difahami, dan mudah untuk dipraktikkan bagi memberikan impak kepada kehidupan seharian peserta.

MENERBITKAN AUDIO SEMINAR PERTAMA DI MALAYSIA sunting

Antara revolusi dunia pembangunan diri yang berjaya dipelopori oleh Fadzli Yusof ialah menerbitkan Seminar Audio Premium NLP yang pertama di Malaysia. Lebih menarik, bukan sahaja satu tajuk, tetapi telah mencecah 15 topik audio seminar yang berbeza.

Dengan audio seminar ini, ramai orang boleh mendapat manfaat daripada ilmu beliau jika tidak berkesempatan untuk menghadiri seminar pada waktu tersebut. Anda boleh lihat dengan lebih lanjut di NLP Malaysia

MUNCUL DALAM RATUSAN RANCANGAN MEDIA ELEKTRONIK sunting

Hj Fadzli Yusof seringkali dijemput oleh stesen TV dan Radio bagi berkongsi petua, teknik, tip dan hikmah dengan jutaan audien di seluruh Malaysia. Mungkin kerana beliau mempunyai gaya pembentangan yang segar dan menarik, sehingga memberikan impak mendalam kepada para penonton dan disukai oleh para penerbit rancangan. Antara rancangan yang popular ialah Malaysia Hari Ini (TV3), Wanita Hari ini (TV3), Assalamualaikum (TV Al Hijrah), Selamat Pagi Malaysia (RTM1), Nasi Lemak Kopi O (TV9), Motivasi Pagi (TV3), Motivasi Pelajar (TV9), Bicara Awani (Astro Awani), Motivasi Pagi IKIM.fm, dan puluhan lagi siri lain di saluran utama negara.

PENGLIBATAN PERTUBUHAN MASYARAKAT: sunting

TAMRIN: PERTUBUHAN TRAINER TERBESAR DI MALAYSIA sunting

Bermula tahun 2010, beliau dijemput bersama Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr Tengku Asmadi, dan ramai lagi tokoh motivator nasional dan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan mengumpulkan trainer dan motivator dari seluruh Malaysia yang dikenali sebagai Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Islam Malaysia atau singkatannya TAMRIN. Kredibiliti Fadzli Yusof diiktiraf apabila beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung TAMRIN yang pertama dan seterusnya menjadi Timbalan Presiden TAMRIN sehingga 2018. Kini, beliau menyandang jawatan sebagai Presiden TAMRIN yang kedua.  Program terbesar TAMRIN pada 2019 dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia sendiri ketika melancarkan Kempen Malaysia Positif. Selain daripada itu, TAMRIN juga pernah menganjurkan Konvensyen Trainer Motivator Muslim yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia sendiri.

NGO DAN SUMBANGAN LAIN sunting

Selain itu, beliau juga adalah pengasas kepada Pertubuhan NLP Malaysia (Malaysian Society of NLP) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia sejak 2017 lagi.

Pada tahun 2016, beliau dilantik menjadi Pensyarah Adjunct di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan aktif memberikan kuliah berkenaan pengurusan sehingga kini.

Selain itu, beliau dilantik menjadi Panel Pakar untuk Program Ulul Albab oleh Pusat Ulul Albab UPSI dari tahun 2017 hingga tahun 2019.

Pada tahun 2020, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis penasihat Pusat Citra UKM untuk membantu pembinaan modul dalam program pengajian yang ditawarkan oleh pusat tersebut.  Selain itu, beliau juga dilantik sebagai pensyarah adjunct di UTP sejak 2016 sehingga sekarang.

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN sunting

Mendapat pengiktirafan ASEAN HR AWARD sebagai LEADING NLP TRAINER pada tahun 2019 yang disampaikan oleh YB Menteri Pembangunan Usahawan sendiri.

Pada tahun 2020, nama beliau telah terpilih untuk dimasukkan ke dalam BRITISHPEDIA SUCCESSFUL PEOPLE IN MALAYSIA sebagai salah seorang individu yang menyumbangkan kepada proses pembangunan masyarakat di Malaysia.