MEJAR MOHD ASRI HAMZAH .Mohd Asri Hamzah dilahirkan pada tahun 1965 di Besut Terengganu. Semasa di bangku sekolah rendah dan menengah beliau adalah antara pelajar pintar dan aktif dalam kegiatan sukan dan berpersatuan di sekolahnya. Atas sebab itu beliau telah terpilih melanjutkan pelajarannya di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi Kuala Lumpur Malaysia. semasa di Maktab Tentera Diraja beliau meupakan pelajar yang sangat aktif dan berjaya dalam peperiksaan SPMnya dan melayakkan beliau melanjutkan pelajarannya ke Luar negara.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Aerospace dari Northrop University Los Angeles California.Sekembalinya beliau ke tanah air pada tahun 1988 beliau telah menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia selama sepuloh tahun sehingga awal tahun 1999. Beliau berhenti dengan menyandang pangkat Mejar TUDM. Semasa didalam TUDM beliau pernah berkhidmat dibeberapa Skuadron dan Markas Pemerintahan Tentera Udara. Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1994 beliau terpilih menjadi Kumpulan perintis "PIONEER TEAM" untuk menubuhkan Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia bersama sebelas orang rakan-rakannya.Pasukan Udara Tentera Darat