Kelahiran Cahaya.FM bertitik tolak daripada segmen Dunia Nasyid Anda yang dibawa oleh DJ Aldusuni atau lebih dikenali sebagai Nazri Abdullah di radio online berkomuniti pertama Sabah iaitu Utara.FM. Pengalamannya dalam perjuangan bersama badan-badan NGO dan orang-orang perseorangan dalam membantu dan mendekati saudara baru di Sabah mencetuskan kelahiran blog Suara Mualaf Sabah yang di http://nazri-suaramualaf.blogspot.com. Pengalaman mengendalikan segmen di Utara.FM dan atas persepakatan bersama dengan penerbit Utara.FM iaitu DJ Rumputt, maka lahirlah radio online yang tampil dengan wajah Islam dengan konsep Islamik iaitu Cahaya.FM. Radio ini adalah siaran online Islam pertama di Sabah yang mana pelancarannya telah di sempurnakan oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah pada 25 September 2010. Bahasa pengantar bagi Cahaya.FM ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat hasrat untuk mempelbagaikan bahasa pengantar di Cahaya.FM iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Penubuhan awal Cahaya.FM ialah pada 8 April 2010. yang mana pada masa itu hanya dikendalikan oleh Nazri Abdullah selaku penerbit dan juga penyampai. Perjalanan pahit dan manis dalam masa sebulan selepas penubuhan radio ini ditempuhi dengan tabah dan tidak berputus asa walaupun mengendalikannya secara bersendirian. Kini, dalam usia muda memasuki bulan ke-7 , Cahaya.FM sudah mempunyai krew dan penyampai dari merata tempat di Malaysia serta dari Singapura iaitu :