The Hebrew word for "murder" is ratzakh, whereas the word for "kill" is haroq. Yosri (bincang) 15:38, 10 Oktober 2015 (UTC)Balas

Tidak perlu pertikaikan sumbangan orang, tapi tepuk dada tanyalah diri, apa sumbangan diri sendiri? Yosri (bincang) 15:59, 10 Oktober 2015 (UTC)Balas

Sekiranya anda benar-benar membaca rencana anda, anda boleh mengesan ayat terjemahan mesin seperti berikut:-

  • Afghanistan
    • ".. Sarung wilayahnya 652,000 km2.." (Sarung apa?)
    • "..Habitasi manusia di Afghanistan.." (Penempatan)
    • "...Tanah itu juga pernah berkhidmat sebagai sumber..." (Tanah tidak boleh berkhidmat)
  • Abkhazia
    • ".. dan sayap barat daya.." (Sayap terbang?)
    • "..konflik telah dimarak beberapa kali..." (dimarak?)
    • "sebuah negara yang manusia (makhluk manusia)"
    • "...pemerintah Abkhazia beralih ke belakang..." (beralih bagaimana?)


  • Merkava
    • "...akses yang mudah di bawah api musuh...." (di bawah api?)
    • "..pengeluaran Merkava telah diputuskan akan dihentikan .."
    • "...Mark IV adalah menaik taraf yang paling baru-baru ini ..."
    • "...Kereta kebal ini memulakan pembangunan..." (mula dibangunkan) Yosri (bincang) 17:36, 10 Oktober 2015 (UTC)Balas

Salam Yosri,

Saya sudah lihat dah pesanan anda di atas dan sudah faham, jadi terima kasih banyak-banyak.

Bagus dan Alhamdulillah sebab anda dah tahu perkataan Ratzakh.

Bagi saya, sumbangan saya dalam talian dan luar talian internet mungkin banyak.

Btw saya nak katakan bahawa, salah sangat ke nak guna terjemahan mesin? Dah tahu budak yang saya perhatikan guna terjemahan mesin, kenapa awak atau pengguna wiki ms lain tak buat pembetulan sendiri kat artikel sir daniel? Cakap kenalah serupa bikin. Bila saya cakap macam ni, tentu awak nak pertahankan pendapat awak dengan balas mesej saya ni bila awak nampak pesanan yang tengah saya tulis sekarang ini. Asalkan budak saya yang saya perhatikan ini ada usaha. Betul bukan?

Anda lihat artikel anda ni kalau anda mahu tahankan pendapat anda sebelum anda pikir untuk balas pesanan saya ni:

Dibandingkan dengan artikel yang dibuat oleh sir daniel:

Nampak tak perbedaannya? Walaupun guna terjemahan mesin tapi role model saya ada usaha, dan sesiapa jua boleh perbetulkan terjemahan si daniel kalau terjemahan (i.e terjemahan mesin) itu salah.

Yosri, saya sudah katakan pada anda sebelum ini bahawa anda boleh buat artikel panjang kalau anda ada usaha, saya dah sebut dah, 5 huruf: U.S.A.H.A. Kena ingat tu. Harap anda belajar. Anda boleh buat artikel panjang seperti sir daniel, kalau anda pilih dan kuatkan sikap anda untuk usaha. Bagi role model yang ajar saya, nak majukan wikipedia seperti wiki ms jauh lebih mudah dari belajar addmath, percayalah. Tu yang role model saya ajar. Najiv Tun Ratzakh (bincang) 09:46, 18 Oktober 2015 (UTC)Balas

P/s: Saya cakap bukan kerana nak menang tapi nak cakap perkara yang betul. Bukan juga hantar pesanan untuk membuli. Harap maklum.

Terima kasih di atas ulasan anda. Sebagaimana yang saya beritahu, terjemahan mesin yang teruk tidak diterima kerana ia merosakkan bahasa. Saya tidak perlu membaiki apa-apa rencana kerana saya bukan bekerja dengan anda atau sesiapa sahaja. Anda juga tidak perlu mempersoalkan sumbangan saya kerana semua sumbangan saya ada disenarai. Mana-mana suntingan yang tidak memenuhi dasar Wikipedia atau memiliki kandungan bahasa yang teruk akan ditegur. Ini adalah bagi menjamin kualiti Wikipedia bahasa Melayu. Saya telah mengulas mengenai rencana Afghanistan. Mengenai rencana Abkhazia lihat "...pihak berkuasa dimulakan kes jenayah..." ; "... Mereka yang dihadapi suku ..." Tidak guna memiliki banyak rencana tetapi bahasa tunggang-langgang. Tidak perlu salin dan tampal terjemahan mesin jika tidak mahu membetulkan kesalahan tatabahasa. Anda boleh terus terjemah mesin ditalian Untuk filem The Rock, salin tampal dalam tempoh 10 saat terjemahan mesin. Hasilnya kelihatan seperti bahasa Melayu, tetapi memiliki banyak kesalahan tatabahasa. Itu bukanlah matlamat Wikipedia. Menggunakan terjemahan mesin tidak dilarang, tetapi menggunakan salin tampal terjemahan mesin adalah dilarang. Terjemahan mesin yang terlalu teruk saya akan padamkan serta merta, terjemahan mesin yang memerlukan hanya sedikit pembetulan akan saya tag sahaja, sebagaimana dasar Wikipedia. Saya lebih menumpu pada pembersihan Wikipedia dari vandalisma dan asas rencana, sebagai contoh semua rencana filem memiliki maklumat asas, pengarah, tempoh tayangan, pelakon, negara asal. Ia boleh dikembangkan oleh penyumbang lain dengan merujuk pada pautan yang diberi pada menu bahasa (yang dipaut secara manual oleh saya). Yosri (bincang) 13:16, 18 Oktober 2015 (UTC)Balas
Untuk makluman anda, maklumat filem-filem tersebut adalah berdasarkan data dari IMDb. Yosri (bincang) 13:42, 18 Oktober 2015 (UTC)Balas