Tuanku Panglima Perunggit, yang juga bergelar Kejuruan Padang,[1] ialah pemerintah kedua (1641-1700) Kesultanan Deli (sekarang di Sumatera Utara, Indonesia).[2][3] Baginda meneruskan pemerintahan ayahandanya Tuanku Panglima Gocah Pahlawan,[4] sebagai panglima perwakilan (wali negara) Kesultanan Aceh yang memerintah di bekas wilayah Kerajaan Aru yang telah ditaklukkan.[4] Nama bondanya ialah Putri Nang Bulan beru Surbakti, adinda perempuan datuk Sunggal, Datuk Itam Surbakti, salah seorang pemerintah (Karo: raja urung) suku Karo di Deli Tua.[5]

Kerana pengaruh Kesultanan Aceh kemudian melemah di berbagai-bagai daerah di Sumatera, Perunggit mengambil kesempatan untuk membuat Deli merdeka dan berdaulat.[3][6] Baginda mula mendapat sokongan dari Syarikat Hindia Timur Belanda di Melaka, dan pada tahun 1667 menghantar utusan langsung ke ibu pejabatnya di Batavia.[6] Pada tahun 1669, Perunggit mengumumkan bahawa Deli bebas dari kekuasaan Aceh.[3][6]

Perunggit berkahwin dengan adinda perempuan datuk Sukapiring.[4] Selepas baginda mangkat, pemerintahannya diteruskan oleh anakandanya, Tuanku Panglima Paderap.[2][4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Peranginangin, Martin Luther (2004). Orang Karo diantara orang Batak (dalam bahasa Indonesia). Pustaka Sora Mido.
  2. ^ a b Perret, Daniel (2010-04-23). Kolonialisme dan Etnisitas Batak dan Melayu di Sumatra Timur Laut (dalam bahasa Indonesia). Kepustakaan Populer Gramedia. ISBN 9789799102386.
  3. ^ a b c Utomo, Bambang Budi; Karim, Mulyawan; Sundari, Ekowati (2009-01-01). Treasures of Sumatra (dalam bahasa Indonesia). Direktorat Jenderal Kebudayaan.
  4. ^ a b c d Ikhsan, Edy (2015). Konflik Tanah Ulayat dan Pluralisme Hukum: Hilangnya Ruang Hidup Orang Melayu Deli (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Pustaka Obor Indonesia. ISBN 9789794619377.
  5. ^ Putro, Brahma (1981). Karo, dari jaman ke jaman (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Massa Cabang Medan.
  6. ^ a b c Sinar, (Tengku) Luckman (1996). The History of Medan in the Olden Times (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Penelitian dan Pengembangan Seni Budaya Melayu. m/s. 24–25.