Pulau Bunting
Pulau Bunting merupakan sebuah pulau tidak berpenghuni di Yan, Kedah. Pulau ini terletak di Selat Melakau.[1] Pulau ini berkeluasan 91 hektar dan dihubungkan dengan tanah besar melalui Jambatan Pulau Bunting.[2]
Geografi | |
---|---|
Koordinat | 5°52′37″N 100°19′32″E / 5.87694°N 100.32556°E |
Luas | 226 ekar (91 he) |
Pentadbiran | |
Negeri | Kedah |
Daerah | Yan |
Pulau Bunting di Yan, Kedah ini sering dikaitkan dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi, Kedah. Namun kedua-kedua pulau adalah berbeza dan tiada kena-mengena sama sekali ya sahabat.
Pembangunan sunting
Pulau Bunting telah dibangunkan di bawah projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan matlamat perubahan daerah Yan dari sebuah daerah pertanian kepada sebuah perbandaran utama yang pelbagai.
Di bawah pembangunan ini, Pulau Bunting akan diubah menjadi hab pelancongan, perindustrian akuakultur luar pesisir, petrokimia dan tenaga boleh diperbaharui. [2]
Rujukan sunting
- ^ "Pulau Bunting, Malaysia". www.geonames.org. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ a b "Pulau Bunting Development - Northern Corridor Economic Region (NCER) Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-09. Dicapai pada 2023-12-16.