Puzi Hadi

penulis Malaysia

Puzi Hadi atau nama sebenarnya Mohamad Puzi bin A. Hadi (lahir 9 Mei 1951, di Bukit Awi, Kulim, Kedah merupakan penyair Malaysia. Kini beliau menetap di Taman Muhibbah, Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah.

Puzi Hadi
Kelahiran
Mohamad Puzi bin A. Hadi

(1951-05-09) 9 Mei 1951 (umur 73)
Bukit Awi, Kulim, Kedah, Malaysia
Pekerjaanpenulis, penyair
Tahun aktif1971–kini

Puzi Hadi adalah penyair bakat alam daripada generasi baru dan terkenal dengan puisi eksperimental.Dia seorang deklamator puisi.

Pendidikan sunting

Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal, Seberang Perai dan Sekolah Kebangsaan Chowrasta, Jalan Hutton ,Georgetown.Sekolah Menengah Jalan Residency dan Sekolah Menengah Abdullah Munshi, Jalan Counter Hall (kini Jalan P. Ramlee) serta Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras.

Tahun 1990, Puzi mengikuti Kursus Pengajian Luar Kampus, Universiti Sains Malaysia jurusan Kesusasteraan.

Keluarga sunting

Ayahnya, seorang anggota polis bertukar dari Kulim ke Georgetown, Pulau Pinang.

Bakat penulisan sunting

Melalui akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu beliau mengenali penyair Muhammad Iqbal dan Rabindranath Tagore.Gurunya, Yassin bin Saini merupakan seorang penulis. Nama Abdullah Munshi mendorong minatnya menulis.Puisi pertamanya berjudul “Padang Kota Lama” tersiar dalam majalah Dewan Sastera pada Mac 1971 sewaktu berusia 20 tahun. Beliau berkenalan dengan penyair Kassim Ahmad di Pulau Pinang dan Abdul Ghafar Ibrahim di Kulim.Penyair Indonesia, W.S. Rendra cukup mempengaruhinya.

Puzi mengikuti Kursus Pembantu Perubatan di Seremban dan bertugas di Jabatan Perubatan Dada di Hospital Alor Setar (1971-1974). Kunjungannya ke Studio Anak Alam , beliau berkenalan dengan Latiff Mohidin.Peluangnya ke Taman Ismail Marzuki di Jakarta sempena Pesta Puisi ASEAN 1978 , beliau berkenalan dengan Sutardji Calzoum Bachri dan Ibrahim Sattah.

Beliau membaca puisi “Balada” dalam Majlis Gema Puisi 1971 di Panggung Anniversary.Semasa Hari Puisi I di Tanjung Keling, Melaka ,Puzi membaca puisi karya Latiff Mohidin ala koir bagi mengenang “Bapa Penyair Melayu”, iaitu Pungguk.

Pada Oktober 1991, DBP mewakilkan Puzi Hadi dan Awang Abdullah ke Penataran Penciptaan Sastera di Indonesia selama sebulan. Dia turut menjelajah ke Yogyakarta, Bali dan Surabaya.Di sana dia rapat dengan Budi Darma di Surabaya dan sempat bermalam di Aula Bengkel Teater Rendra di Depok, Jawa Barat. Sanggar Teater W.S. Rendra meransang minat puisinya.

Tahun 1990, Puzi mengikuti Kursus Pengajian Luar Kampus, Universiti Sains Malaysia dan aktif dalam Persatuan Mahasiswa Luar Kampus cawangan Alor Setar (1992/1993) dan sebagai Pengerusi sesi 1993/1994 dan 1994/1995. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (kesusasteraan) pada tahun 1998.

Beliau diundang membaca puisi dalam Majlis Hari Anak Alam dan Hari Puisi III di Kelang, Selangor (1974). Puzi menjadi hos Baca Puisi DBKL`89 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Di pentas SEMARAK di Pasir Salak, Perak , beliau berkesempatan membaca puisi di hadapan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, bersama Firdaus Abdullah. Beliau juga membaca puisi secara trio bersama-sama Affrini Adham dan Saadin Abdullah dalam majlis “The Sultan Was Not Alone”, iaitu pelancaran buku dan pameran Sultan Badlishah (1894-1958).

Puzi pernah membaca puisi di Jakarta sempena Pesta Puisi Asean (1978). 1985, Puzi membaca puisi di Prince of Songkla University, Thailand dan baca puisi di Dhaka, Bangladesh sempena Pesta Puisi Asia (1987).Antara puisinya yang menarik , bertajuk “Bujang”.

Kegiatan persatuan sunting

Puzi menjadi ahli kepada Persatuan Penulis Nasional (PENA), ASASI (Kedah) dan PINGGIRAN (Kedah).Beliau menjadi AJK ASASI (1984-1986), Pemangku Setiausaha Satu (1988) dan Setiausaha Satu (1989-Mei 1990).Bendahari Koperasi Serbaguna Penulis Utara Malaysia Berhad (1986-1990). Beliau menjadi editor Buletin Media terbitan Hospital Alor Setar sejak 1992. Beliau menerima Anugerah Khas Hospital Alor Setar pada tahun 1999. Sekarang beliau merupakan Presiden Pertubuhan Sanggar Warisan Budaya Melayu Kedah (SWADAYA).

Hadiah dan anugerah sunting

Puzi pernah memenangi hadiah ketiga Hadiah Penulisan Darulaman II (Puisi) anjuran ASASI Kedah dengan puisinya "Apa Diharap Lagi" (1983). Puisinya "Shauqiyah Hanim" memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985. Hadiah pertama dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 1987 bagi Peringkat Negeri Kedah dan Peringkat Kebangsaan. Puisinya “Takziah Sarajevo ’90” memenangi hadiah saguhati Peraduan Menulis Puisi Bosnia anjuran PENA–BBB (1994).

Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (P.C.K.) sempena Keputeraan Sultan Kedah ke -61 pada Januari 1989.

Karya puisi sunting

  1. Gema Membelah Gema 1 (antologi bersama). Melaka: Jawatankuasa Hari Puisi 1, 1971
  2. Serunai Hati (antologi bersama). Seremban: PEN, 1972
  3. Gema Membelah Gema 3 (antologi bersama). Kelang: Jawatankuasa Hari Puisi ke-3, 1974
  4. Bujang. Alor Setar: Penerbitan Sendiri, 1975
  5. Buku V Pesta Puisi Asean `78. Jakarta: Dewan Kesenian Jakarta, 1978
  6. Tinta Pena (antologi bersama).  : PENA, 1981
  7. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama).  : DBP , 1981
  8. Manifestasi (antologi bersama).  : PENA, 1982
  9. Titian Laut (antologi bersama).  : DBP , 1984
  10. Keris dalam Bunga Raya (antologi bersama).  : PENA, 1985
  11. Titian Laut II (antologi bersama).  : DBP , 1986
  12. Maruah Merdeka (antologi bersama).  : GAPENA, 1986
  13. Bak Ombak.  : Teks Publishing Sdn. Bhd., 1987
  14. Malaysia dalam Puisi (antologi bersama).  : DBP , 1988
  15. Mengenangmu Puisi-puisi Melayu Berunsur Islam 1933-1986 (antologi bersama).  : DBP , 1988
  16. Perubahan (antologi bersama).  : DBP , 1988
  17. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama).  : DBP , 1988
  18. Bak Ombak.  : Teks Publishing Sdn. Bhd., 1988
  19. Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama).  : DBP , 1989
  20. Mengenang-Mu Puisi-puisi Melayu Berunsur Islam 1933-1986 (antologi bersama).  : DBP , 1989
  21. Merpati Putih dan Pelangi (antologi bersama). : DBP , 1990
  22. Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama).  : DBP , 1990
  23. Gema Membelah Gema 10 (antologi bersama). Pulau Pinang: Jawatankuasa Hari Puisi Nasional ke-12, 1991
  24. Lokomatif.  : DBP , 1991
  25. Puisi Sepanjang Zaman (antologi bersama).  : DBP , 1992
  26. BOSNIA: Meniti Kematian (antologi bersama). Alor Setar: Pinggiran, 1992
  27. Suara Rasa (antologi bersama).  : Maybank, 1992
  28. Suara Kemanusiaan (antologi bersama).  : DBP , 1994
  29. Qalha (antologi bersama). Alor Setar: ASASI, 1999

Rujukan sunting