Qasrina Karim

Pelakon wanita Malaysia

Qasrina Karim (lahir 11 April 1996) ialah seorang pelakon, model dan duta produk dari Malaysia. Beliau dikenali menerusi peranannya dalam filem Kongsi Raya dan Siapa Tutup Lampu? dan yang paling terbaru, siri drama My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.

Qasrina Karim
Kelahiran (1996-04-11) 11 April 1996 (umur 28)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPelakon, model, duta produk
Tahun aktif2016–kini

Kerjaya sunting

Qasrina memulakan kerjaya sebagai seorang model sejak 2016 dengan memperagakan koleksi jenama terkenal termasuk produk hijab Alhumaira sebagai wajah rasmi. Beliau kemudian mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi filem Kongsi Raya (2022) dan Siapa Tutup Lampu? (2021).[1] Qasrina juga muncul dalam siri komedi saluran Astro Ceria, Salam Squad 3.0, dan drama Senduk Swap (2022) lakonannya bersama Emma Sofea.[2]

Qasrina juga memegang watak utama dalam siri Legenda Puteri Qaseh (2023) sebagai Puteri Qaseh yang juga ditayangkan di Astro Ceria. Selain dipilih menjadi duta kempen Ramadan Raya Astro pada tahun 2023, beliau memegang watak sampingan sebagai Siti Siakap dalam drama Astro Ria yang ditayangkan pada bulan Ramadan bertajuk Imam Instant Ustaz Scammer (2023) lakonan bersama Mira Filzah, Hun Haqeem dan Mierul Aiman. Seterusnya, Qasrina memegang watak utama bernama Sameera di slot Megadrama Astro Ria, My Famous Ex-Boyfriend (2023) gandingan bersama Hael Husaini dan Nadhir Nasar.

Selain berlakon, Qasrina juga dipilih menjadi duta produk Wardah Beauty dan Samsung.

Kehidupan peribadi sunting

Qasrina dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Qasrina juga mempunyai darah kacukan Melayu dan Irish. Beliau dikenali dengan lesung pipit dan senyumannya yang manis.

Beliau tular di laman Twitter pada 2018 kerana persamaan wajah dengan Mira Filzah dan Siti Nurhaliza.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Siapa Tutup Lampu? Aida Filem pertama
2022 Kongsi Raya Sharifah
Bintang Hatiku Dian
TBA Siapa Tutup Lampu? 2 Aida Sekuel pada Siapa Tutup Lampu?

Drama & Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Salam Squad 3.0 Zahara Astro Ceria
2022 Senduk Swap Ayu TA-DAA!
2023 Legenda Puteri Qaseh Puteri Qaseh Astro Ceria
Imam Instant Ustazah Scammer Siti Siakap Astro Ria
My Famous Ex-Boyfriend Sameera
2024 My Famous Ex-Boyfriend Raya

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2024 Sepahtu Reunion Al-Raya Amalina Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Rompak Raya"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Ridzuan Abdul Rahman (26 Januari 2022). "Qasrina bukan adik Mira Filzah, rimas sering 'disamakan'?". Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2022.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Ogos 2022). "'Orang komen bentuk dahi saya' - Qasrina Karim". Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2022.
  3. ^ Nur Emira Saizali (14 Februari 2022). "Qasrina Karim klon Mira Filzah?". Kosmo!. Dicapai pada 10 Oktober 2022.

Pautan luar sunting