Sandakan FM (dulu Radio Malaysia Sandakan) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Stesen radio utamanya bersiaran dari Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Sandakan, Sabah.

Sandakan FM
BandarSandakan
Kawasan penyiaran
SloganBersamamu
Frekuensi90.1 FM
Tarikh siaran pertama2 Mei 1986; 37 tahun yang lalu (1986-05-02)
BahasaMelayu
Pemilik
Saluran kembarPerlis FM
Kedah FM
Langkawi FM
Mutiara FM
Perak FM
Kelantan FM
Terengganu FM
Pahang FM
Selangor FM
KL FM
Negeri FM
Melaka FM
Johor FM
Sarawak FM
Red FM
Wai FM
Miri FM
Labuan FM
Sabah FM
Sabah V FM
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/SandakanFM
Tapak websandakanfm.rtm.gov.my

Sejarah sunting

Pejabat RTM Sandakan wujud pada 2 Mei 1986. Ia terletak di Tingkat 6 Wisma Persekutuan Sandakan. Pada ketika itu peranan RTM Sandakan adalah membuat liputan peristiwa di Bahagian Sandakan. Bahan-bahan berakam liputan dihantar ke RTM Kota Kinabalu untuk disiarkan di Radio Malaysia Sabah di Kota Kinabalu menerusi saluran Rangkaian Nasional dan Biru.

Pada 5 Januari 1992, Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Tuan Haji Abdul Aziz Abas telah melancarkan Radio Malaysia Sandakan. Ia telah dilancarkan pada pukul 6 pagi melalui gelombang sederhana 783 KHz. Siaran RMS itu dapat diikuti dalam lingkungan 70 batu dari pusat bandar Sandakan iaitu menerusi siaran AM.

Siaran RMS merupakan siaran radio daerah yang ketiga di Sabah selepas siaran radio daerah Tawau dan Labuan. Pada ketika itu, RMS ke udara setiap hari selama 5 jam iaitu bermula jam 6 pagi hingga 9 pagi dari jam 4 petang hingga 6 petang.

Pelancaran RMS mempunyai beberapa matlamat penting, antaranya ialah:

  • memberi peluang kepada masyarakat kawasan tersebut untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat.
  • menggalakkan semua pihak mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi interaksi yang lebih padu ke arah kejayaan bersama.
  • menggalakkan jabatan-jabatan kerajaan mengambil kesempatan untuk meningkatkan penyebaran maklumat mereka menerusi radio.
  • meningkatkan hubungan di antara Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan masyarakat setempat.
  • menyalurkan segala maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai.

Alat pemancar Sandakan FM menyalurkan siarannya menerusi frekuensi MW 783 KHz sehingga 30 Jun 2003 dan menghentikan perkhidmatannya pada 1 Julai 2003.

Siaran Sandakan FM kini dapat didengar bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam menerusi frekuensi FM 90.1 MHz yang meliputi seluruh daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Telupid, serta di sebahagian kecil kawasan dalam daerah Lahad Datu, apabila alat pemancar FM Stereo di Bukit Trig, Sandakan mula beroperasi sejak 26 Mac 2003 dan masih bersiaran pada hari ini.

Saluran radio itu mula bersiaran dari jam 5:50 pagi hingga jam 7:00 malam setiap hari.

Semasa saluran radio itu tamat siaran dari 7:00 malam hingga 5:50 pagi MYT setiap hari; Simulcast stesen radio Melayu RTM Sabah FM dan RTM Nasional FM dibawakan selepas sign-off.

Rujukan sunting