Shanthesh Kumar (lahir 16 November 1988), juga dikenali dengan Santesh merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial pada 2018 menerusi lagu "Amalina".[1] Pada tahun 2019, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim kedua.

Santesh
Kelahiran
Shanthesh Kumar

(1988-11-16) 16 November 1988 (umur 35)
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, pelakon
Tahun aktif1996; 2011–kini
PasanganRajeswary (k. 2016)
Kerjaya muzik
GenrePop
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Kerjaya sunting

Santesh memulakan kerjaya hiburan menerusi persembahan pentas sejak berusia 7 tahun. Beliau mula berkecimpung dalam bidang muzik secara serius pada 2011 dan telah menerbitkan 5 album dalam bahasa Tamil. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Amalina" yang menjadi sohor kini di YouTube.[2]

Big Stage (musim 2) sunting

Pada tahun 2019, Santesh telah terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara termasuk Irfan Haris, Syada Amzah, Fieya Julia, Neeta Manishaa dan ramai lagi.[3][4] Selepas enam minggu bertanding, beliau tersingkir di konsert minggu keenam.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu sendiri/cover "Amalina" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Balqis" Siti Nurhaliza TERSELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Di Matamu" Sufian Suhaimi TERSELAMAT
Minggu 4 Duominasi
bersama Baby Shima
"Roadblock Hatiku" Baby Shima & Floor 88 TERSELAMAT
Minggu 5 Cannot Brain "Gangnam Style" Psy TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Dato' Sri Siti Nurhaliza "Jikalau Kau Cinta"
"Lagu Untukmu" (bersama Dinda Permata)
Judika
Meet Uncle Hussain
TERSINGKIR

Diskografi sunting

Album sunting

  • Silap Kahwin (2014)
  • Tangkap Basah (2016)

Single sunting

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis lirik Catatan
2014 Wifi Dirinya sendiri Lagu Tamil
Im Sorry Ma
2016 Kette Varthe
2017 Katthi
2018 Kili
Socks Bala
"Amalina" Harry Khalifah Rumadi Rumnan (Bahasa Melayu)
Dirinya sendiri (Bahasa Tamil)
2019 "Mymuna"
2019 Manimagudam Dirinya sendiri Lagu Tamil
2020 Yaaro
Jiwang
Poyo (feat. Danial Zaini & Noki K-Clique) Mr. Yin Danial Zaini, Mr. Yin & Noki K-Clique
2021 Tanggima Dirinya sendiri Lagu Tamil
Lepak Mamak
Shocked
Kadhal Oru Dheivam
Dilema Cinta Don Ozel Don Ozel/Eone
Kamu Yang Rugi Argo

Komposer sunting

Tahun Tajuk Lagu
2014 Graamatthu Ponnu
2015 Ponnungale Thappa Pessathe
2017 Painkiller
2018 Saage Poren
Love in Swiss
2019 Nalla Paatu
2020 Thevadhai
Per Yenne Solle

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Catatan
2014 AIM 2014 Best Folk Song of the Year
2018 Yasi 2018 Prominent Male Singer Yayasan Seniman Indian Malaysia
2020 Anugerah Seniman Golden Hibiscus Awards 2020 Artist Achievement
2022 Ulagam Awards 2022 Raaga Popular Music Composer of the Year
Popular Malaysian Tamil Song of the Year

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Marabahaya Underground Santesh Filem pertama
2022 Seratus Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Muruku Ikan Masin TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Big Stage (musim ke-2) Peserta Astro Ria
Maharaja Lawak Mega 2019 Astro Warna
2020 Pertandingan Akhir Bintang Minnal @ RTM2020 TV2
2021 Punchline DAC #dudukrumah Astro Warna

Rujukan sunting

  1. ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Oktober 2018). Terbaiklah Shantesh! Harian Metro. Dicapai pada 26 November 2018.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 September 2018). Usaha 22 tahun berbaloi Harian Metro. Dicapai pada 26 November 2018.
  3. ^ Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan. mstar. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  4. ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
  5. ^ Big Stage 2019: Saya tidak terkilan - Santesh Astro Awani. 23 September 2019. Dicapai pada 26 November 2019.

Pautan luar sunting