Sejarah awal Suriname bermula dari tahun 3000 SM apabila diperkirakan penduduk asli Amerika (Orang Indo-Amerika) mula-mula mendiami kawasan tersebut. Etnik Arawak yang merupakan nelayan nomaden yang ulung, serta Etnik Kali'na yang terkenal mampu membuat perahu berukuran cukup besar bahkan sampai merantau ke Kepulauan Karibia adalah dua etnik pribumi paling ramai di Suriname sebelum kedatangan Penjajah Eropa. Beberapa etnik yang lebih kecil juga terdapat di Suriname iaitu Akurio, Trió, Warrau, dan Wayana.

Belanda pertama mendarat di kawasan itu dan memberi namanya iaitu Suriname, nama yang diambil dari Suku Surinen, salah satu dari banyak suku-suku Arawak yang hidup di pesisir kawasan. Sebuah dermaga dagang kecil diasaskan pada tahun 1613 oleh West Indische Compagnie (WIC) yang diberi nama "Parmurbo" hampir di saat yang bersamaan Sepanyol merebut dermaga dan menamainya Paramaribo. Terjadi segitiga tarik ulur di wilayah itu antara Inggeris, Sepanyol, dan Belanda bagi menguasai Suriname.

Belanda berjaya menguasai Suriname tanpa cabaran setelah Traktat London 1814. Dalam kegiatan-kegiatan ekonominya, para penjajah eropa memeras tenaga penduduk pribumi dengan dijadikan pacal agar bekerja tanpa diberi yuran di ladang tebu dan kopi. Setelah peniadaan penggunaan pacal pada akhir abad ke-19, Kerajaan Belanda mencari buruh murah dari Madeira, India, dan Indonesia, yang juga dijajah oleh Belanda. Bahasa Belanda ialah bahasa rasmi Suriname. Oleh kerana populasinya yang pelbagai, ia juga telah memartabatkan sebuah bahasa kacukan, Sranan Tongo. Bahasa pribumi iakni Bahasa Arawak juga cukup popular di negara ini.[1]

Tamadun Bumiputra sunting

Selama ribuan tahun lamanya, kawasan yang akan dikenal sebagai Suriname ini dihuni pelbagai tamadun-tamadun asli yang berbeza-beza dan cara serta gaya hidup yang berbeza-beza pula. Ada dua etnik terbesar sebelum penjajahan Eropa iakni Arawak suku separuh nomad pesisir pantai yang hidup dari memburu dan menangkap ikan. Kali'na yang keturunannya tersebar meluas sampai ke Karibia dan mereka terkadang memenangkan perang suku melawan Arawak dan mampu membina kapal layar yang cukup besar.[2] [3] Mereka menetap di Galibi ( Kupali Yumï, yang bermaksud "pohon nenek moyang") di muara sungai Marowijne.

 
Rumpun Bahasa Arawak di Amerika Selatan. Filum Arawak utara berwarna biru terang, sementara Filum Arawak selatan berwarna biru gelap

Suku-suku Arawak di Suriname termasuk Suku Surinen yang merupakan asal dari penamaan negara ini diambil, termasuk ke dalam Filum Arawak Utara. Orang Arawak seperti kerabatnya di kawasan lain berjaya membina tamadun yang cukup maju. Menurut riset yang dilakukan Michael Heckenberger, seorang antropolg asal Universiti Florida yang mengasas Proyek Central Amazon, dia dan rakan-rakannya melakukan penggalian dan menemukan seni tembikar yang polanya cukup rumit, kampung-kampung yang diberi kubu dari kayu (bagi menghalau serangan Orang Kali'na), berladang, kuburan besar dan bukti rangkaian perdagangan dengan suku tempatan lain adalah bukti yang Professor itu dapat selama penelitiannya bahawa orang Arawak bukan hanya sekedar bangsa yang tak memiliki tamadun kuat.

Ada juga penemuan-penemuan bahwa mereka memiliki kemampuan yang piawai dalam mengolah hasil bumi dengan menggunakan pelbagsi cara seperti menaburkan arang agar merubah tanah yang tadinya coklat menjadi berwarna hitam yang bahkan sampai sekarang masih digunakan di bidang agraria. Menurut pandangan Heckenberger, seni tembikar dan beberapa hal ehwal kebudayaan lain adalah contoh mengapa rumpun bahasa Arawak sukses menjadi salah satu yang terbesar dan di Suriname.[4]

Orang Arawak sendiri sebenarnya berasal dari lembah Sungai Orinoco di Venezuela. Sementara orang Kali'na berasal dari Gugusan Kepulauan Antilles.[5][6] Orang Warao yang mantap kebudayaannya muncul di Suriname dapat dikatakan lebih pribumi dibanding keduanya dan sudah mendiami Suriname sebelum kedatangan mereka. Orang Warao hidup dengan berburu dan mengumpulkan makanan dan ironinya, sebagian besar dari Suku ini merantau ke Sungai Orinoco karena haiwan buruan lebih melimpah di sana sekaligus rempat Suku Arawak berasal. Di kawasan itu mereka berjaya menjadi etnik paling besar.

  1. ^ Albert Gastmann, "Suriname and the Dutch in the Caribbean" in Encyclopedia of Latin American History and Culture vol. 5, p. 189. New York: Charles Scribner's Sons 1996.
  2. ^ Romero-Figueroa, Andrés. Basic Word Order and Sentence Types in Kari'ña. Meunchen: Lincom Europa 2000
  3. ^ Carlin, Eithne and Boven, Karen (2002). The native population: Migrations and identities Diarkibkan 2014-03-18 di Wayback Machine. In: Atlas of the languages of Suriname, Eithne Carlin and Jacques Arends (Eds.) Leiden: KITLV Press
  4. ^ Tennesen, M. (September–October 2010). "Uncovering the Arawacks". Archaeology. 63 (5): 51–52, 54, 56. JSTOR 41780608.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Rouse5 tidak disediakan
  6. ^ Olson, James Stewart (1991). The Indians of Central and South America: An Ethnohistorical Dictionary. Greenwood. m/s. 29. ISBN 0313263876. Dicapai pada 16 June 2014.