Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain


Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain (Semuhsin) merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Semenyih, Selangor. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Semenyih sahaja. Engku Husain merupakan tokoh pemerintah dari Negeri Sembilan kerana Semenyih pernah berada di bawah kerajaan Sungai Ujong, Negeri Sembilan, sebelum persempadanan semula.

Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
Alamat
SMK ENGKU HUSAIN
 Malaysia 43500 Semenyih, Semenyih, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berjaya Berbakti
Ditubuhkan1 Januari 1975
Autoriti pendidikanHulu Langat
Nombor sekolah603-87238285
Kod sekolahBEA4608[1]
PengetuaTN. HJ. RIZAL BIN UZIR
GPK Pentadbiran dan AkademikDR. FAIROSE BINTI SHAMSUDIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNORLIAH BT AHMAD
Penolong Kanan KokurikulumMUHAIRENE BINTI MOHAMMED
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangNOR AZAHEEN BT HJ ABDUL HAMID
Faks603-87242569

Mulanya, sekolah ini menampung pelajar tingkatan 1 hingga 3 tetapi kini, sekolah ini dapat menampung pelajar dari kelas peralihan hingga tingkatan 5.

Pada 2009, Semuhsin memiliki 1628 pelajar lelaki dan 1678 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3306 orang. Ia mempunyai seramai 173 orang guru.2009

Sejarah sunting

Menurut sumber tempatan, pada zaman Jepun (1941-1945), tapak sekolah ini pernah digunakan oleh tentera Jepun untuk berkhemah dan latihan.[perlu rujukan] Pada 29 Disember 1954, akhbar The Strait Times melaporkan sebuah helikopter tentera terhempas berhampiran kawasan ini. Tiga orang pegawai tentera yang terlibat ialah NH Jackson Smith dan WR Williams. Mereka dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Lumpur. Pada 1988, sebuah helikopter juga mendarat kecemasan di padang sekolah ini akibat hujan lebat dan angin kencang.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1975 setelah ramai pelajar yang menyatakan keinginan untuk meneruskan pengajian di sekolah menengah. Menteri Pelajaran ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad (1974-1978). Sebelum itu, para pelajar yang ingin meneruskan pengajian terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang atau Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang.

Guru besar yang pertama ialah Raja Alias bin Abdul Rahman. Ketika itu, beliau juga merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Semenyih .

Antara guru yang terawal mengajar di sini ialah Cikgu Mat Derakah Bin Alias, Puan Halimaton Bte Iban, Cikgu Baharom Bin Said, Cikgu Abdul Aziz Bin Abd. Wahab, Cikgu Yu Soo Chin, Cikgu Shamsiah Jantan, Cikgu Amar Singh dan Tan Poh Beng.

Pada tahun 1990, sekolah ini menampung 1300 orang pelajar daripada pelbagai kaum. Pada tahun 2005, sekolah ini menampung 2997 orang pelajar dari kawasan Semenyih. Bilangan pelajar sekolah ini mendadak naik setelah wujudnya Bandar dengan mempunyai 3600 orang pelajar ekoran pembinaan Bandar Rinching (1996), Bandar Tasik Kesuma (1998), Bandar Sunway Semenyih dan Kem Batalion Polis Gerakan Am (2011). Bilangan pelajar berkurang kepada 3100 orang pada 2012 setelah SMK Bandar Seri Putra (2011) dibina di Bandar Seri Putra .

Barisan Pentadbir sunting

Nama penuh Jawatan
TN. HJ. RIZAL BIN UZIR Pengetua
DR. FAIROSE BINTI SHAMSUDIN Penolong Kanan
NORLIAH BT AHMAD Penolong Kanan HEM
MUHAIRENE BINTI MOHAMMED Penolong Kanan Kokurikulum
NOR AZAHEEN BT HJ ABDUL HAMID Penolong Kanan Petang
MOHD SALLEH BIN MOHD ALI GKMP Bahasa
MAYRLIDZATUL AKMAL BT AHMAD GKMP Kemanusiaan
SUHANA BTE MOHD MOTTASIR GKMP Sains & Matematik
NURUL SYAHRIZAN BIN AHMAT MARZUKI GKMP Teknik & Vokasional

Pengetua sunting

Nama penuh Tempoh
Mat Derakah Alias 1 Januari 1979 - 1 Mei 1979
Raja Alias Raja Abdul Rahman 2 Mei 1979 - 31 Disember 1981
Abdul Aziz Mohd Nor 1 Januari 1982 - 15 April 1985


Datin Siti Zaharah Mohd Zin 16 April 1987- 30 November 1993
Kamariah Haroon 1 Disember 1993 - 16 Jun 1994
Abd Aziz Mohd Nor 16 Jun 1994 - 26 September 1998
Asnah Harun 1 Oktober 1998 - 2006
Latifah Mohd Isa 1 Januari 2007 - 2009
Maziyah Hassan 1 April 2009 - Oktober 2011
Abdul Gaffar Kunchi Mohd Januari 2012 - 2015
Che Ratni Mohamed 10 Mac 2015 - 5 Ogos 2017
Abdul Gaffar Kunchi Mohd 5 September 2017 - 29 Ogos 2022
Tuan Haji Rizal Haji Uzir 2 September 2022 - Sekarang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting