Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti atau nama ringkasnya SMK Penanti, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kubang Semang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
Penanti National Secondary School
center‎
Lokasi
 Malaysia Kubang Semang, 14400, Kubang Semang,, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Nama lainSekolah Menengah Kubang Semang
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Sinar Hidup
Nombor sekolah6045213215
Kod sekolahPEE0041
Faks6045213216
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti memiliki 740 pelajar lelaki dan 854 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1594 orang. Ia mempunyai seramai 119 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti (SMKP) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1970 di bawah Rancangan Malaysia Pertama dan mula beroperasi pada 4 Januari 1971 di bawah pentadbiran Tuan Haji Razikin bin Omar. Di awal penubuhan, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kubang Semang.

Sejarah Penubuhan Sekolah sunting

Sejarah awal sunting

Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi. Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.


Tahun 1970-an sunting

Pada tahun 1973, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1,026 orang. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh sebab itu, mulai tahun 1973 Sekolah Menengah Kubang Semang telah menjalankan dua sesi persekolahan. Kesemua kelas dijalankan pada sesi pagi kecuali kelas-kelas Tingkatan Satu yang dijalankan pada waktu petang. Pada tahun 1976, bangunan Makmal Sains Tulen telah siap dibina di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Beberapa bangunan tambahan juga telah dibina pada tahun 1977. Bilangan bilik darjah meningkat dari 18 buah kepada 30 buah di samping tiga buah Makmal Sains Tulen. Pelajar-pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan MCE buat pertama kalinya pada tahun 1978 dengan pencapaian 47.40% (SPM) dan 51.51% (MCE).

Tahun 1980-an sunting

Pada 29 Mac 1980, Tuan Haji Razikin bin Omar bersara selepas berkhidmat selama sepuluh tahun di sekolah ini. Encik Abdul Rahman bin Ali yang mengambil alih tugas sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kubang Semang mulai 1 Julai 1980 telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan. Beliau telah menukar nama sekolah dari Sekolah Menengah Kubang Semang kepada Sekolah Menengah Penanti. Beliau juga mengasaskan penubuhan Pusat Sumber Pelajaran yang dikenali "Khutub Khanah Penanti" dengan sumbangan Outright Grant dari Jabatan Perdana Menteri melalui YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah. Sekolah Menengah Penanti telah dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah pada 17 Mei 1981.

Pada 1 Januari 1982, Encik Abdul Rahman bin Ali telah bertukar ke Pusat Sumber Pelajaran Negeri Kelantan sebagai Ketua Penyelaras dan tempat beliau sebagai Guru Besar telah diambil alih oleh Tn. Hj. Kamaruzzaman bin Hassan pada 15 Februari 1982.

Pada tahun 1983, sekolah ini telah membuka kelas Tingkatan Enam aliran sastera dengan jumlah pelajarnya seramai 43 orang. Pada awal tahun 1984, bangunan pasang siap yang mengandungi lima bilik darjah telah dibina. Rumah Pengetua juga telah dibina pada tahun yang sama. Sebuah bangunan baru yang mengandungi lima buah bilik darjah telah didirikan pada tahun 1985. Pejabat Pentadbiran dan bilik guru telah diubahsuai pada tahun 1985. Setelah lima tahun berkhidmat di sekolah ini , Tuan Haji Kamaruzzaman bin Hassan telah bertukar pada tahun 1987. Tugas beliau telah diambilalih oleh Tuan Haji Yahya bin Md. Nor.

Pada tahun 1988, Sekolah Menengah Penanti yang diterajui oleh Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah membuka Asrama Puteri di bangunan Yayasan Aman. Seramai 115 orang pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah ditempatkan di asrama ini. Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah bertukar sekolah pada tahun 1991. Beliau digantikan oleh Tuan Haji Daud bin Taha.

Tahun 1990-an sunting

Kemudahan infrastuktur sekolah semakin bertambah baik di bawah pentadbiran Tuan Haji Daud bin Taha. Berbagai pembaharuan telah dijalankan bagi meningkatkan prasarana sekolah. Di bawah pentadbirannya, Sekolah Menengah Penanti telah dipilih mewakili Pulau Pinang untuk menyertai Projek Rangkaian Munsyi, iaitu projek usahasama antara Telekom Malaysia dan Kementerian Pendidikan. Melalui projek ini, sekolah telah dilengkapkan dengan rangkaian komputer dan internet serta kemudahan lain yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Sekolah Menengah Penanti adalah antara sekolah pertama di Pulau Pinang yang mempunyai kemudahan internet. Tuan Haji Daud bin Taha menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1994 untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

 
Taman mini di antara Blok B dan Blok C SMKP

Kecemerlangan Sekolah Menengah Penanti semakin terserlah semasa pentadbiran Tn. Haji Abdullah bin Abas yang mengambilalih tugas sebagai pengetua mulai tahun 1995 dan berkhidmat sehingga tahun 1998. Peningkatan akademik dan pembangunan fizikal Sekolah Menengah Penanti diperkukuhkan dengan kerjasama semua pihak.

Selepas persaraan Tuan Haji Abdullah bin Abas pada tahun 1998, buat pertama kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti ditadbir oleh seorang pengetua wanita. Pengetua keenam ini ialah Puan Siti Maizon bt Abu Bakar. Kerjayanya di sekolah ini bermula sebagai guru biasa. Seterusnya beliau menjawat jawatan Penyelia Petang, Penolong Kanan 1 dan dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti pada bulan September 1998. Beliau berkhidmat selama empat tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti dengan mengadakan berbagai pembaharuan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

Tahun 2000-an sunting

Pada tahun 2001, bangunan asrama telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Encik Dawa @ Dewa bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang pada masa itu. Pelajar-pelajar asrama tidak lagi ditempatkan di bangunan Yayasan Aman.

Pada tahun 2000 sebuah blok dua tingkat bangunan baru siap dibina dan mula digunakan untuk sesi pembelajaran pada tahun 2001 untuk menampung bilangan pelajar yang ramai. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer telah dibina dan diserahkan secara rasmi kepada pihak sekolah pada tahun 2002.

Puan Siti Maizon bt Abu Bakar telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu pada bulan April 2002. Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti berdiri megah di bumi Penanti tanpa bimbingan Pengetua lebih dari setahun lamanya. Pentadbiran sekolah pada waktu itu diterajui oleh Pemangku Pengetua, Puan Saodah bt Ahamad. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah kebangsaan Penanti mendapat sebuah surau baru yang lebih sempurna dan selesa hasil derma dari pelajar, guru dan masyarakat setempat.

Misi dan Visi sunting

Misi sunting

"Melahirkan modal insan yang gemilang berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan dan aspirasi negara"

Semua warga SMK Penanti bertekad untuk melahirkan modal insan yang gemilang, iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menjadikan mereka warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta dapat memberi sumbangan terhadap kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.[1]

 
Slogan Pra-universiti SMKP

Visi sunting

"SMKP unggul dan gemilang menjelang 2012"

Semua warga SMK Penanti akan berusaha dengan penuh komitmen dan penglibatan yang menyeluruh bagi memastikan SMK Penanti menjelang 2012 menjadi sebuah sekolah yang terkenal di Pulau Pinang dari segi pencapaian akademik, kokurikulum dan pelajarnya bersahsiah tinggi serta memiliki prasarana yang lengkap dan mencukupi.[2]


Senarai Pengetua Sekolah sunting

  1. Tuan Haji Razikin bin Omar (1971-1980)
  2. Encik Abdul Rahman bin Ali (1980-1982)
  3. Tuan Haji Kamaruzzaman bin Hassan (1982-1987)
  4. Tuan Haji Yahya bin Md. Nor (1987-19910
  5. Tuan Haji Daud bin Taha (1991-1994)
  6. Tuan Haji Abdullah bin Abas (1995-1998)
  7. Puan Siti Maizon bt Abu Bakar (1998-2002)
  8. Tuan Haji Mohd Daud bin Hasanudin (2003-2006)
  9. Puan Hajah Ajar bt Man (2007-2012)
  10. Puan Hajah Jamaah bt Haji Taman (2012-)
  11. Puan Hajah Balkhis
  12. Tuan Haji Mohd Munir Bin Md Ramli (2015-Sekarang)
 
Guru-guru sedang bersedia untuk sambutan Hari Guru di SMKP

Ketua Pelajar sunting

  1. Yusof bin Abdullah@cop makkoi ( 1991-1992)

2. Mohd Riduan bin Md Ali (2009-2010)

Kecemerlangan Sekolah sunting

Pada 1 Mei 2003, pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah diambil alih oleh Tuan Haji Mohd Daud bin Hasanudin. Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti mencatat beberapa lagi kejayaan di bawah pentadbiran beliau. Untuk lima tahun berturut-turut, asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti dianugerah Asrama Lima Mutiara. Sekolah ini juga telah dicalonkan untuk mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara 2003. Buat pertama kalinya, seorang pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Cik Norasmahani bt Hussain menjadi pelajar Melayu tunggal antara 14 pelajar lain di negeri ini yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2003.

Pada 23 Februari 2013 , skuad ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti (MOHAMAD ROSLAINI BIN ABDUL RAZAK sEbagai jurulatih dan pengurus pasukan) buat julung kalinya menjuarai KEJOHANAN RAGBI MSSPP BAWAH 18 TAHUN 15 SEPASUKAN (divesyen 2) dengan menewaskan SEKOLAH MENENGAH SAINS KEPALA BATAS dengan skor 15 berbalas 14. SMK Penanti merupakan satu-satunya sekolah berstatuskan SMK yang berjaya melepasi suku akhir serta separuh akhir untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir (divisyen 2) pada tahun tersebut. Antara pasukan dari sekolah lain yang juga bermain di dalam divesyen 2 ialah KV BUTTERWORTH dan KV SEBERANG PERAI.

Kelab usahawan muda juga merupakan antara faktor SMK PENANTI di kenali di seluruh PULAU PINANG malah di peringkat kebangsaan.Selama 3 tahun berturut SMK PENANTI menjadi JOHAN keseluruhan dalam pertandingan usahawan muda peringkat negeri.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
Kubang Semang
14400, Kubang Semang
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045213215
Fax = 6045213216

Rujukan sunting


Pautan luar sunting


Koordinat: 5°24′17.7″N 100°28′9.7″E / 5.404917°N 100.469361°E / 5.404917; 100.469361