Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (SMKTAD) atau dikenali sebagai STAD adalah salah satu daripada sekolah-sekolah terkemuka dan terulung di Negeri Sembilan. Sekolah ini sentiasa menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum yang amat membanggakan seluruh warga sekolah. [perlu rujukan]

Sekolah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah
Lokasi
Sikamat,, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
MotoIlmu Meninggikan Mutu"
Nombor sekolah6067625590
Kod sekolahNEA4088
Faks6067618671
Laman sesawang
Map

Sekolah ini dibarisi oleh guru-guru yang amat berkaliber dan cemerlang dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik anak bangsa. Seluruh kakitangan sekolah juga amat cekap dan telus dalam menjalankan tugas mereka tidak kira apa jawatan yang dipegang sekalipun.[perlu rujukan]

Pelajar-pelajar sekolah ini juga boleh dikatakan amat berdisiplin dan menjadikan sekolah ini antara tempat yang paling sesuai untuk mereka menuntut ilmu.

Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah mempunyai kira-kira 823 pelajar lelaki manakala 865 pelajar perempuan , menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1687 orang. Ia mempunyai 151 tenaga pengajar yang terdiri daripada guru tetap .

Kemudahan asrama disediakan bagi menampung 250 orang pelajar yang terpilih berdasarkan merit akademik dan sukan elit iaitu Bolasepak dan Sepaktakraw. Warden Asrama amat berdedikasi dan komited dalam memastikan kecemerlangan pelajar duniawi dan ukhrawi .

Sejarah sunting

Sekolah ini adalah sebuah sekolah Melayu Menengah Tinggi yang pertama di Negeri Sembilan. Pembentukannya hasil dari Laporan Razak 1957. Sekolah ini telah dibuka secara rasmi pada 18 Januari 1959. Antara tahun 1956 hingga 1964 hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu di Negeri Sembilan. Ramai tokoh terbilang lahir dari sekolah ini .

Bermula dengan menumpang Sekolah Menengah aliran Inggeris, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Jalan Hose (kini Jalan Zaaba), Seremban. Bermula dengan jumlah pelajar seramai 77 orang sahaja pelajar tingkatan satu, 9 orang guru di bawah penyelia En. Shaharuddin Bin Ishak. Pada tahun 1960, seramai 84 orang pelajar baru telah masuk menjadikan bilangan pelajar kesemuanya seramai 161 orang, iaitu 88 orang lelaki dan 73 orang perempuan. Pada tahun 1961 jumlah pelajar telah meningkat menjadi 243 orang terdiri daripada 145 orang lelaki dan 75 orang perempuan. Memandangkan jumlah pelajar yang semakin bertambah, manakala kemudahan bilik darjah yang terhad di sekolah menengah KGV, maka pelajar tingkatan dua Sekolah Melayu ini telah ditumpangkan pula di Sekolah Kebangsaan Channer Road (kini Sekolah Kebangsaan Seri Kelana), Seremban. 2 Blok asrama lelaki dan perempuan yang lama telah dijadikan bilik darjah Pada tahun 1961 juga pelajar kumpulan pertama daripada sekolah ini telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.

Pada tahun 1966, semua pelajar Sekolah Menengah Melayu yang menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V dan Sekolah Kebangsaan Channer Road dipindahkan ke bangunannya sendiri di kawasan seluas 4 hektar di kilometer 5, Jalan Sikamat, Seremban, kekal hingga sekarang. Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan dua tingkat untuk bilik darjah (kini dikenali blok Temenggung dan blok Syahbandar), dua blok asrama (asrama lelaki dan prempuan), satu blok makmal sains dan satu bilik masakan.

Sekolah ini telah dirasmikan pada 29 Mac 1969 oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman DMN, DK (BRUNEI). Dengan siapnya 2 Blok tambahan untuk dijadikan asrama Putera dan Puteri (asrama lelaki dan perempuan) baru, pada tahun 1984, ketika Sambutan Jubli Perak atau Ulangtahun ke -25 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Durah (SMKTD) sekolah ini telah dinamakan secara rasminya dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (STAD) bersempena dengan nama DYMM Tunku Ampuan Durah permaisuri kepada Tuanku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 9. Blok lama asrama lelaki dan perempuan pula dijadikan bilik darjah tambahan, Dengan itu identitinya sebagai Sekolah Melayu telah lenyap seiring dengan perkembangan arus pendidikan di Malaysia.

Sekolah ini memulakan kelas tingkatan enam pada tahun 1969. Inilah julung kalinya tingkatan enam aliran Melayu diadakan di Negeri Sembilan. Seramai 35 orang pelajar telah diterima masuk. Sembilan orang daripada sekolah ini sendiri manakala yang lain daripada sekolah aliran Melayu seluruh Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga sekolah ini telah menerima seramai 15 orang pelajar tingkatan satu dari Sabah. Pada tahun 1975, telah diwujudkan pula kelas aliran Sains tingkatan 6 dengan perintisnya seramai 35 orang pelajar. Apa yang membanggakan ialah seramai 13 orang pelajar daripada kumpulan pertama mengambil Sijil Tinggi Persekolahan (STP) aliran sains itu telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.

Semasa sekolah ini mula-mula berpindah ke bangunannya sendiri, di tapaknya sekarang, sekolah ini cuma mempunyai dua blok bangunan dua tingkat (blok Temenggung dan blok Syahbandar yang mengandungi 15 bilik darjah, satu blok bangunan setingkat mengandungi 4 bilik makmal sains dan satu bilik jahitan. Bangunan tambahan dua blok bangunan dua tingkat (blok Bendahara dan blok Laksamana) siap dibina pada tahun 1984. Dewan Kuliah “Seri Budiman” yang boleh memuatkan seramai 120 orang pula dibina pada tahun 1998 di dalam blok bangunan tingkatan 6 sekarang.

Pada mulanya sekolah ini tidak mempunyai kemudahan padang sekolah yang sempurna. Pada tahun 1979 tanah seluas 11 ekar disebelah kawasan sekolah ini telah diperoleh dan dijadikan padang sekolah hingga sekarang. Selain itu sebuah surau bangunan kayu dua tingkat telah dibina pada tahun 1982 yang dapat menampung kira-kira 200 orang jemaah. Keadaan bangunan surau kayu yang berusia lebih 20 tahun telah uzur dan digantikan dengan surau bangunan batu yang lebih selesa pada tahun 2001.

Pada 2001 berlaku perubahan drastic dalam perkembangan bangunan sekolah. Bangunan tambahan 3 buah blok banguan 4 tingkat telah dibina iaitu blok Panglima, blok Biduanda dan blok Bentara. Kini pada tahun 2006, Sekolah Tunku Ampuan Durah telah mempunyai 7 blok bangunan kesemuanya iaitu blok Temenggung , Syahbandar, Biduanda, Bendahara, Laksamana, Bentara dan blok Panglima dan mempunyai 44 buah kelas yang digunakan untuk dua ssi pagi dan petang. Pembinaan blok tambahan ini pada awalnya dijangkakan dapat menyediakan tempat kepada semua pelajar belajar dalam satu sesi, tetapi memandangkan jumlah kemasukkan pelajar yang ramai sekolah ini masih dijalankan dalam dua sesi. Tingkatan satu dan dua belajar pada sesi petang, tingakatan tiga, empat, lima, enam rendah dan enam atas belajar pada sesi pagi. Selain itu Dewan Sekolah juga telah siap pada akhir tahun 2001. Dewan Besar Tunku Ampuan Durah telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa B. Dato Hj. Abdul Samaad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Sebuah bangunan yang menempatkan makmal komputer juga disiapkan pada tahun yang sama.

Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pada awalnya ada dua blok bangunan dua tingkat, satu untuk pelajar lelaki dan satu untuk pelajar perempuan. Pada tahun 1967, pelajar asrama terdiri daripada 64 orang lelaki dan 76 orang perempuan. Pada tahun 1992 asarama dapat menampung seramai 450 orang pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 2000 asrama ini menempatkan seramai 138 orang pelajar lelaki dan 194 orang pelajar perempuan. Kini pada tahun 2006 pelajar asrama seramai 237 orang.

Bilangan guru sekolah ini bertambah mengikut pertambahan pelajar. Pada tahun 1959, bilangan guru hanya seramai 9 orang kerana bilangan pelajar pada masa itu hanya seramai 77 orang. Pada tahun 1967 ada seramai 37 orang guru dan 815 orang pelajar. Pada tahun 1989 bilangan guru dan pelajar meningkat dua kali ganda, bilangan guru menjadi 86 orang dan jumlah 135 orang dengan bilangan pelajarnya seramai 2064 orang. Jumlah pelajarnya seramai 1626 orang. Kini pada tahun 2006 bilangan gurunya mencapai 125 orang.

Kakitangan bukan akademik juga berkembang mengikut perkembangan sekolah. Pada tahun 1968 hanya terdapat seorang kerani, seorang pembantu pejabat dan dua orang pembantu makmal. Pada tahun 1988 terdapat seorang kerani kanan, seorang kerani, 2 orang pembantu pejabat, 8 orang pembantu makmal dan 13 orang pekerja am. Kini perjalanan sekolah telah dibantu oleh seorang ketua Pembantu tadbir, seorang ketua Pembantu makmal, 3 orang pembantu tadbir, 3 orang pembantu makmal, 2 orang Penyelia asrama, 2 orang pembantu tadbir, 3 orang pembantu makmal, 2 orang Penyelia asrama, 2 orang pembantu tadbir rendah, seorang pembantu makmal rendah, 8 orang pembantu am rendah dan 6 orang pekerja rendah awam.

Dari tahun 1959 hingga kini,sekolah ini telah ditadbir oleh 16 orang pengetua. Pada tahun 1959 hingga 1966 sekolah ini ditadbir oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan King George V kerana pada masa itu sekolah ini menumpang di sekolah tersebut. Seorang guru aliran Melayu telah dilantik sebagai penyelia. Beliau ialah Encik Shaharuddin B. Ishak.

Nama Sekolah sunting

Nama sekolah telah diambil sempena dari nama Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah, DKNS.

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin adalah bekas pemaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke-9, Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah dilantik sebagai Tunku Ampuan Muda Negeri Sembilan pada tahun 1960 dan kemudian Tunku Ampuan Negeri Sembilan (1960-1967).

Tunku Ampuan Durah dilahirkan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda begitu gemar dengan lukisan cina dan dikurniakan Darjat Kerabat.

Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban.

Pada tanggal 8 Ogos 1999, Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Durah telah mangkat ketika berusia 77 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti.

Misi sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Visi sunting

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara terbilang

Matlamat sunting

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan yang berima, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

Objektif sunting

  • Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mencapai 100% lulus dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM setiap tahun dan dalam setiap mata pelajaran
  • Penguasaan Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris dengan fasih.
  • Peningkatan dari segi pencapaian cemerlang dalam semua mata pelajaran.
  • Menjadikan SMK Tunku Ampuan Durah sebuah sekolah berkesan dan sekolah yang berwatak.
  • Mempertingkatkan profesionalisme guru dari aspek ilmu pengetahuan, kecekapan menangani masalah, bijak berkomunikasi, prinsip pedagogi, dan perhubungan seperjawatan yang mantap.
  • Mempertingkatkan hubungan dan penglibatan ibu bapa, komuniti dengan pihak sekolah dari segi kepekaan terhadap pendidikan anak-anak, sebarang aktiviti sekolah dan peka terhadap wawasan sekolah.
  • Menyediakan prasarana pendidikan secukupnya agar Pengajaran dan Pembelajaran lebih kondusif ( matlamat 80% aliran sains).

Lagu Sekolah sunting

TUNKU DURAH MAHLIGAI ILMU

TEMPAT MENYEMAI HARAPAN BANGSA

MELAHIRKAN PERMATA SEJATI ABADI

MAJULAH MAJU SEKOLAHKU MAJU

SUARA MESRA DARI GURU

MEMANDU MEMUPUK PUTERA PUTERI

SEGALA PELAJARAN YANG KU TATAPI

MAJULAH MAJU SEKOLAH KU MAJU

BERGANDING TANGAN BERSATU PADU

MENDUKUNG CITA-CITA COGANKU

ILMU MENINGGIKAN MUTU

MAJULAH MAJULAH

MAJULAH MAJU SEKOLAHKU MAJU

MAJULAH MAJU SEKOLAHKU MAJU

Peluang Pelajaran sunting

  • ALIRAN PERDANA – TINGKATAN 1-5
  • Elektif Menengah atas : Kelas Sains Tulen , Grafik Komputer , Perniagaan, Geografi , Tasawwur Islam , PSV, Sains Rumahtangga dan Ekonomi
  • PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI dan PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF – (MASALAH PENDENGARAN (T1-T5 – 8 KELAS )
  • RANCANGAN KHAS – T1-T3 (3 KELAS)
  • PROGRAM PRA UNIVERSITI (20 KELAS)

Pencapaian sunting

Kebanyakan penglibatan SMKTAD sekitar tahun 2010 hingga 2021 dalam peringkat daerah,negeri dan kebangsaan dalam bidang sukan dalam program elit iaitu Bolasepak dan Sepaktakraw . Penglibatan aktif pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi dalam bidang Olahraga tipikal dan paralympiad , Kesenian dan Kebudayaan serta Keagamaan . Pelajar Pra Universiti melibatkan diri dalam program kajian tindakan , perbahasan , drama dan penyelidikan akademik

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah
Jalan Sikamat
70400, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067625590
Fax = 6067618671

Pautan luar sunting