Shahidan Kassim
YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim (lahir 17 Jun 1951) merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Perlis. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Besar Perlis sejak 1995 sehingga Mac 2008 apabila digantikan oleh Dato Seri Dr. Md Isa Sabu. Shahidan berkeras untuk kekal dengan jawatan tersebut atas dasar dia adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis dan mendapat surat perlantikan daripada Perdana Menteri.[1] Bagaimanapun, mengikut Undang Tubuh Negeri Perlis, Raja Perlis boleh memilih sendiri sesiapa yang Tuanku perkenan atau mengikut kata putus kesemua wakil rakyat. Dato' Seri Md Isa Sabu telah mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan diperkenan Tuanku sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. Shahidan pernah menjadi Ahli Parlimen Arau, pengerusi kelab penyokong kerajaan (BBC) di Parlimen, Pengerusi FAMA, Pengerusi Yayasan MARA dan Pengarah MARA. Di dalam bidang sukan pula, beliau juga memegang banyak jawatan. Di antaranya adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis(PBP) dan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).[2]
Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim SPMP (Pls); SSAP (Pah); AMP, JP (Pls) | |
---|---|
شهيدان بن قاسم | |
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat | |
Memegang jawatan 30 Oktober 2023 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P3 Arau, Perlis | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato Ismail Kassim |
Majoriti | 4,856 (PRU-14) |
Dalam jawatan 6 Oktober 1986 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh |
Digantikan oleh | Kamarudin Ahmad |
Menteri Wilayah Persekutuan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Dato Sri Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Datuk Seri Jalaluddin Alias |
Didahului oleh | Tan Sri Annuar Musa |
Digantikan oleh | Dr Zaliha Mustafa |
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 16 Mei 2020 – 29 Ogos 2021 | |
Timbalan | Ustaz Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh |
Didahului oleh | Dato Johari Abdul (PHBBC) (BBC) |
Digantikan oleh | Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman (KMBBC) |
Pengerusi PRIMA Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Oktober 2020 – 29 Ogos 2021 | |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Menteri Besar Perlis ke-7 | |
Dalam jawatan 6 Mei 1995 – 13 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh |
Digantikan oleh | Dato Seri Dr. Md Isa Sabu |
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Tambun Tulang | |
Dalam jawatan 1995–2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Dato Ismail Kassim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tambun Tulang, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia) | 17 Jun 1951
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | UMNO (1986-2022) PAS (2022-kini) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (1986-2022) Muafakat Nasional (2019-2020) Perikatan Nasional (sejak 2022) |
Hubungan | Dato Ismail Kassim (adik) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Lain-lain sunting
- Adik beliau, bekas senator Dato' Ismail Kassim merupakan bekas seorang Ahli Parlimen bagi P3 Arau.
Lain-lain sunting
- Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
Keputusan pilihan raya sunting
Year | Kerajaan | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Shahidan Kassim (UMNO) | 18,156 | 60% | Tengku Abdul Rahman (PAS) | 11,091 | 37% | ||
1990 | Shahidan Kassim (UMNO) | 20,948 | 60% | Khalid Samad (PAS) | 13,154 | 37% | ||
2013 | Shahidan Kassim (UMNO) | 19,376 | 51% | Haron Din (PAS) | 18,005 | 47% | ||
2018 | Shahidan Kassim (UMNO) | 16,547 | 42% | Dato' Dr. Haji Abd Rahman Bin Daud (PKR) | 11,691 | 30% | ||
2022 | Shahidan Kassim (PAS) | 31,458 | 67% | Rozabil Abd Rahman (UMNO) | 8,242 | 17% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Pct | Pembagkang | Undi | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Shahidan Kassim (UMNO) | 3,777 | 67% | Alias Othman (S46) | 1,661 | 30% | ||
1999 | Shahidan Kassim (UMNO) | 3,464 | 56% | Ismail Ahmad (PAS) | 2,587 | 42% | ||
2004 | Shahidan Kassim (UMNO) | 4,422 | 61% | Haron Din (PAS) | 2,680 | 37% | ||
2008 | Shahidan Kassim (UMNO) | 4,371 | 64% | Che Nordin Che Ahmad (PAS) | 2,361 | 34% |
Rujukan sunting
- ^ Kontroversi pelantikan MB Perlis - *Md. Isa diperkenan istana *Shahidan terima watikah PM, Utusan Malaysia, dicapai 15 Mac 2008
- ^ [1], "Masalah kepada persatuan: Shahidan sedia lepas jawatan", Utusan Online, 5 Ogos 2008.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 2 February 2010. Percentage figures based on total turnout.