Sherman Bersaudara

Sherman Bersaudara merupakan sepasang penggubah lagu berbangsa Amerika Syarikat yang khusus dalam filem muzikal. Mereka terdiri daripada Robert B. Sherman (lahir 19 Disember 1925 – 5 Mac 2012) dan Richard M. Sherman (lahir 12 Jun 1928).

Robert B. Sherman & Richard M. Sherman di London Palladium menghadiri pementasan perdana Chitty Chitty Bang Bang: The Stage Musical pada tahun 2002.

Sherman Bersaudara menggubah lebih banyak skor lagu muzikal filem daripada mana-mana pasukan penggubah lagu yang lain sepanjang sejarah.[1] Sumbangan mereka dalam terdapat dalam filem-filem seperti Mary Poppins, Chitty Chitty Bang Bang, The Jungle Book, dan The Aristocats.

Kehidupan dan kerja sunting

Robert dan Richard Sherman yang merupakan anak kepada pendatang Yahudi Rusia, mulai menulis lagu bersama-sama pada tahun 1951 sebagai cabaran daripada ayah mereka iaitu Al Sherman. Mereka berdua membuat lagu bersama-sama mahupun rakan-rakan yang lain sepanjang 1950-an.

Pada tahun 1958, Robert mengasaskan syarikat penerbitan muzik Music World Corporation, yang seterusnya menjalin hubungan dengan syarikat penerbitan muzik Disney, Wonderland Music Company. Pada tahun itu juga, Sherman Bersaudara menyambut lagu hit carta sepuluh teratas dengan "Tall Paul" yang didendangkan oleh Mouseketeer Judy Harriet dan diedarkan oleh Surf Records label, kemudian diulang rakam oleh Mouseketeer Annette Funicello. Kejayaan lagu ini mendapat perhatian Walt Disney, yang akhirnya mengambil kerja Sherman Bersaudara sebagai Kakitangan Penggubah Lagu untuk Walt Disney Studios. Lagu pertama yang digubah oleh mereka atas penugasan peribadi Walt Disney ialah "Strummin' Song" pada tahun 1961 untuk telefilem The Horsemasters yang dibintangi Annette Funicello.

Ketika bekerja di Disney, Sherman Bersaudara menggubah lebih banyak skor muzik filem daripada mana-mana penggubah lagu yang lain sepanjang sejarah perfileman. Mereka juga menulis apa yang disifatkan sebagai lagu yang paling terkenal daripada mereka, iaitu "it's a small world (after all)" untuk 1964 New York World's Fair. Semenjak itu, adalah dipercayai bahawa ini telah menjadi lagu yang paling banyak diterjemah dan dipersembahkan d Bumi, itu pun banyak berpunca daripada hakikat bahawa ia dimainkan secara berulang-ulang di tarikan "it's a small world" di semua taman tema Disney.[2]

Pada tahun 1965, Sherman Bersaudara meraih dua Anugerah Akademi untuk Mary Poppins yang merangkumi lagu-lagu "Feed The Birds," "Supercalifragilisticexpialidocious," dan "Chim Chim Cher-ee" yang memenangkan Oscar untuk mereka. Semenjak tayangan perdana Mary Poppins, adik-beradik Sherman itu meraih sembilan lagi pencalonan Anugerah Akademi, dua Anugerah Grammy, dua pencalonan Grammy, dan 23 album yang bersijil emas dan platinum.

Robert dan Richard Sherman berkhidmat secara langsung untuk Walt Disney, menyiapkan skor-skor muzik untuk filem muzikal aksi sebenar The Happiest Millionaire dan The One and Only, Genuine, Original Family Band sehingga Disney meninggal dunia pada tahun 1966. Semenjak meninggalkan syarikat Disney, adik-beradik itu bebas bekerja sebagai penggubah skor lagu filem, rancangan televisyen, pameran taman hiburan, dan pementasan muzikal.

Tugas bukan Disney pertama mereka merupakan filem terbitan Albert R. Broccoli, iaitu Chitty Chitty Bang Bang pada tahun 1968, yang meraihkan mereka pencalonan Anugerah Akademi yang ketiga buat mereka.

Pada tahun 1970, Sherman Bersaudara kembali ke Disney untuk mengusahakan muzik untuk The Aristocats dan Bedknobs and Broomsticks yang memberikan pencalonan Oscar yang keempat dan kelima. Tahun 1972 menyaksikan keluarnya filem Snoopy Come Home yang memberikan mereka pencalonan Grammy.

Pada tahun 1973, Sherman Bersaudara turut melakar sejarah dengan menjadi satu-satunya warga AS yang meraih Hadiah Pertama di Pesta Filem Moscow untuk Tom Sawyer, untuk which they also authored the screenplay.

Fail:Sherman Brothers Songbook.jpg
(Kiri ke kanan) Richard M. Sherman dan Robert B. Sherman pada kulit buku The Sherman Brothers Songbook (1991) terbitan Hal Leonard Music.

Pada tahun 1976, “The Slipper and the Rose” dipilih sebagai Royal Command Performance tahun itu. Persembahan itu dihadiri oleh Bonda Ratu Elizabeth. Adaptasi muzikal moden pertama buat cerita klasik Cinderella, iaitu "Slipper", turut menampilkan lagu-lagu, skor, dan lakon layar buatan Sherman Bersaudara. Dua lagi pencalonan Anugerah Akademi diraih oleh adik-beradik itu sempena filem tersebut. Pada tahun yang sama, Sherman Bersaudara menerima bintang mereka di "Walk of Fame" Hollywood di seberang Grauman's Chinese Theater.

Antara lagi sumbangan Sherman Bersaudara kepada filem buatan Disney mahupun bukan buatan Disney ialah The Jungle Book (1967), The Aristocats (1970), The Parent Trap (1961), The Parent Trap (1998), Charlotte's Web (1973), The Many Adventures of Winnie the Pooh (1977), Snoopy, Come Home (1972),Bedknobs and Broomsticks (1971), and Little Nemo: Adventures in Slumberland (1992).

Di luar dunia perfileman, pertunjukan pentas Over Here! (1974) merupakan muzikal Broadway yang paling lumayan pada tahun itu dan turut meraih pencalonan Anugerah Tony. Sherman Bersaudara turut menggubah pelbagai lagu hit termasuk "You're Sixteen," yang mencapai kedudukan 10 teratas dalam carta Billboard's Hot 100 dua kali: mula-mula dengan Johnny Burnette pada tahun 1960, diikuti Ringo Starr yang mencapai tangga teratas 13 tahun kemudian. Lain-lain lagu hit 10 teratas termasuk "Pineapple Princess," "Let's Get Together," dan banyak lagi.

Pada tahun 2000, Sherman Bersaudara menggubah skor lagu untuk filem The Tigger Movie, iaitu filem pertama yang diusahakan mereka dalam syarikat Disney selepas 28 tahun.

Pada tahun 2002, Chitty dipentaskan di London dan mendapat sambutan hebat. Chitty Chitty Bang Bang merupakan pementasan yang paling berjaya di London Palladium dengan tempoh persembahan yang paling lama sepanjang sejarah panggung itu. Pada 28 April 2005, sebuah lagi kumpulan Chitty dilancarkan di Foxwoods Theatre di Broadway (New York City), yang mana Sherman Bersaudara menggubah enam buah lagu tamabahan khusus buat pementasan baru ini. Sebuah lagi kumpulan teater Chitty sedang menjelajahi seluruh United Kingdom.

Pada tahun 2003, empat buah muzikal Sherman Bersaudara memasuki carta 10 Teratas Filem Kanak-Kanak Kegemaran Sepanjang Zaman dalam sebuah tinjaun seluruh Britain yang dilaporkan oleh BBC, terutamanya Chitty Chitty Bang Bang (1968) yang mengungguli carta tersebut.

Atas sumbangan mereka kepada persada perfileman, Sherman Bersaudara menerima sebutir bintang di Hollywood Walk of Fame di 6918 Hollywood Blvd. serta dilantik ke dalam Songwriters Hall of Fame pada 9 Jun 2005. Pada 16 November 2006, Mary Poppins dibuka di New Amsterdam Theatre di Broadway.

Pada 17 November 2008, Sherman Bersaudara menerima National Medal of Arts, iaitu anugerah kehormat tertinggi yang dikurniakan kepada seniman atau penaung seni oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Anugerah tersebut dipersembahkan oleh Presiden George W. Bush di Rumah Putih.

Pada 11 Mac 2010, Sherman Bersaudara dipersembah dengan tingkap khas di Main Street, U.S.A. di Disneyland di Anaheim, California, sebagai penghargaan kepada jasa mereka kepada taman tema Disney.

Sumbangan sunting

Skor utama sunting

Lakon layar filem sunting

Pementasan muzikal sunting

 
London Palladium (2004)
 
Prince Edward Theatre (2005)

Lagu taman tema sunting

Lain-lain sunting

Anugerah sunting

Anugerah Akademi sunting

Anugerah Annie sunting

Anugerah BAFTA sunting

BMI sunting

  • 1977 "Pioneer Award" dianugerahkan di Los Angeles, California.
  • 1991 "Lifetime Achievement Award" dianugerahkan di Los Angeles, California.

Anugerah Christopher sunting

Disney sunting

Golden Globes sunting

Anugerah Grammy sunting

Anugerah Laurel sunting

Pesta Filem Moscow sunting

  • 1973 Anugerah Tempat Pertama dalam kategori "Best Music" untuk Tom Sawyer

National Medal of Arts sunting

Anugerah Olivier sunting

Walk of Fame sunting

  • 1976 Sebutir bintang di Hollywood Walk of Fame dianugerahkan kepada "Richard & Robert Sherman" pada 17 November 1976, letaknya di 6914 Hollywood Blvd.

Rujukan sunting

  1. ^ London Today on air interview with Robert B. Sherman, April 17, 2002
  2. ^ ""it's a small world" by Disneyland Chorus". Dicapai pada 2008-05-19.
  3. ^ Garreau, Joel."Stan Lee, Olivia de Havilland Win Medal of Arts Honors",Washington Post, November 17, 2008

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting