merupakan salah satu submesingan termoden yang paling banyak digunakan oleh polis, tentera dan unit-unit khas.]]

Submesingan atau mesingan kecil (Bahasa Inggeris: submachine gun, atau singkatannya SMG) merupakan sepucuk senjata api yang mempunyai kemampuan menembak secara semburan automatik seperti mesingan dengan peluru pistol. Konsep senjata api ini pertama kali digunakan pada tahun 1900-an, dimana ia dipasang udi dan menembak secara automatik.

Rancangan untuk mereka sistem tersebut bermula pada akhir Perang Dunia Pertama, sebagai pengembangan dari pistol berudi sebelum ini, dan untuk digunakan ketika Peperangan kubu parit. Submesingan mula digunakan pada Perang Dunia Kedua, sebagai senjata untuk anggota barisan hadapan dan pasukan elit. Kini, submesingan merupakan senjata yang paling banyak digunakan oleh unit-unit polis dan separa tentera. Submesingan ini amat sesuai untuk digunakan pada pertempuran jarak dekat di bandar, dimana ia berkemampuan menghujani peluru ke sasaran lebih penting dari jarak jangkauan dan ketepatan. Submesingan juga direka secara popular pada tahun 1920-an dan 30-an sebagai senjata mafia, khasnya submesingan Thompson, yang dikenali dengan gelaran "Tommy Gun".

Sejarah sunting

Perang Dunia I sunting

Submesingan (SMG) direka pada akhir Perang Dunia Pertama. Dan senjata ini ditempa keras dalam pertempuran di kawasan parit, yang telah menjadi pertempuran yang bahaya dan ganas, menggunakan pistol, bom tangan, bayonet, hingga peralatan gali yang tajam.

 
Senapan submesin Jerman Bergmann MP18.

Itali adalah negara pertama yang memperkenalkan senjata jenis submesingan, dengan gelaran Villar Perosa. Diperkenalkan pada tahun 1915, senjata ini seringkali disebut sebagai submesingan pertama kerana ia menembak peluru berkaliber 9 mm Glisenti. Senjata ini sebenarnya diperluaskan untuk digunakan dalam pesawat udara, tetapi akhirnya sampai ke tangan infantri, untuk digunakan sebagai senjata tempur jarak dekat dan sebagai senjata ringan. Rekabentuk yang unik ini akhirnya diperluaskan menjadi submesingan tradisional iaitu Beretta 1918.

Tetapi submesingan pertama adalah buatan Jerman, iaitu Bergmann MP18, sungguhpun Beretta 1918 digunakan terlebih dahulu sebelum MP18, MP18 telah menjalani ujian peringkat prototip sejak pada tahun 1916. Rekabentuk Bergmann direka khusus sebagai submesingan dengan udi khas pistol automatik, dan menggunakan peluru 9mm Parabellum dengan kelopak kosong.

Submesingan Thompson juga diperkenalkan pada waktu yang sama dengan rekabentuk Bergman dan Beretta, tapi rekaan ini ditunda ketika Amerika Syarikat dan pereka senjata ini menyertai peperangan. Rekaan Thompson baru diselesaikan selepas perang tamat, dengan rekaan mekanisma yang berbeza dari Beretta 1918 dan MP18, tetapi tidak sempat menjadi submesingan rekaan khas pertama yang digunakan di medan perang, kerana Perang Dunia Pertama sudah selesai.

Masa diantara dua perang sunting

 
Submesingan Thompson yang dipakai angkatan bersenjata Amerika Serikat.

Pada masa diantara perang, submesingan terkenal menjadi senjata mafia, iaitu gambaran ikonik gangster dengan jas panjang menembak submesingan Thompson dengan kelopak dram. Ini mengakibatkan beberapa penganalisis tentera untuk menghindari menggunakan submesingan. Tapi akhirnya submesingan mengikut tahap digunakan oleh tentera, dengan sejumlah negara merekabentuk masing-masing, mulai tahun 1930-an.

Pihak Soviet mengembangkan PPD34 and PPD38, Perancis mengembangkan MAS-35 menjadi MAS-38. Jerman memperbarui MP18 menjadi MP28/II dan MP34. Dan pada akhirnya Nazi Jerman mengadopsi MP38, yang uniknya, tidak memakai bagian-bagian dari kayu. Italia juga banyak memperbaiki desain mereka, dengan tujuan utama mengurangi biaya produksi, serta memperbaiki kualitas dan berat.

Perang Dunia II sunting

 
Senapan submesin MP40 Jerman.

Semasa Perang Dunia Kedua, dimana pihak Nazi Jerman menceroboh Polandia, pengeluaran MP38 baru dimulakan dan beberapa ribu laras yang digunakan, tetapi senjata ini amat digemari, khasnya di bandar. Dari rekabentuk MP38, rekaan submesingan yang baru bermula, iaitu MP40, yang lebih mudah dan lebih murah untuk dikeluarkan. MP40 direka dengan menggunakan aluminium, dan berjaya direka dengan lebih ringan dari MP38 kerana menggunakan besi cetak yang lebih ringan dari besi machined.

British pada awalnya menjadikan submesingan Lanchester yang merupakan hasil tiruan dari MP28/II buatan Jerman. Tapi kerana kos yang diperlukan terlalu tinggi serta waktu pengeluarannya yang begitu lama, British mereka submesingan sendiri, iaitu Sten. Amat murah dan mudah dikeluarkan, pada akhir Perang Dunia Kedua Jerman turut meniru rekaan Sten dan merekanya dengan diberi nama MP 3008.

Amerika Syarikat dan sekutunya menggunakan submesingan Thompson, iaitu versi M1, yang sedikit lebih sederhana dari versi pertama, dan menggunakan kekotak kelopak. Tetapi mesingan Thompson amat mahal untuk dikeluarkan, dan pada tahun 1942 Amerika menjadikan submesingan M3 "Grease gun", diikuti versi M3A1 pada tahun 1944. Submesingan M3 tidak efektif, tapi lebih murah kerana diperbuat daripada besi cetak.

Pada akhir Perang Dunia Kedua, pihak yang paling banyak menggunakan submesingan adalah Kesatuan Soviet, malahan ada batalion yang hanya dilengkapi submesingan sahaja. Kerana ditangan seorang perajurit yang tidak berpengalaman sekalipun, jumlah peluru yang digunakan mampu memberikannya lebih banyak kematian. Ini adalah salah satu faktor yang akan menyebabkan terciptanya raifal gempur.

Setelah Perang Dunia II sunting

 
Senapan submesin modern MP7.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penggunaan submesingan di dalam pasukan tentera mula berkurangan. Submesingan mula digantikan dengan raifal gempur, yang merupakan pertengahan antara submesingan dengan mesingan. Dan submesingan hanya secara terhad kepada pasukan elit, krew kereta kebal dan pesawat, komando serta pasukan anti-pengganas.

Submesingan banyak digunakan oleh polis dan unit anti-pengganas, tetapi dengan pengenalan jaket kalis peluru yang semakin canggih, pihak persenjataan mula menggunakan raifal gempur dan karbin yang jauh lebih pendek. Tetapi penggunaan submesingan juga sudah mula berkembang, dengan pengenalan submesingan moden seperti FN P90 dan HK MP7 yang direka bagi menggunakan peluru yang merupakan gabungan antara peluru pistol dengan peluru raifal, yang dikatakan mampu menembusi pakaian kalis peluru dan jangkauan yang lebih baik.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting